Saturday, December 20, 2008

misi buat temanku...

Aku membenci kemungkaran itu,
namun aku takut kebencian aku pada pelakunya,
dan menyelinap si gelap busuk yang bangga dengan diri di hatiku,
menganti ruang syukur yang sesepatutnya luas dalam jiwa pilihan hidayah,
Istighfarku berpanjangan,
dengan sebak mendalam,
aku hanya hamba~MU yang lemah,
YA Pemilik Hatiku
Kenapa kebencian itu tidak ditukar dengan sayang,
sayang mereka jauh dari rahmat tuhan,
dan kerana sayang dan sepatutnya aku mampu mengubahi mereka bukan mengasari...
kerana kita mungkin seperti mereka tika dulu...

sy mula belajar x mudah membenci manusia kerna kejahilan atau ikutan nafsu,tetapi sebaliknya mencari jalan untuk mengubah keadaan yg x baik itu..dan teman2 ku...aku perlukan bantuan kalian untuk jgn menutup mata dengan kemungkaran. walaupun kita bukan dr golongan pelaku,sekiranya bencana diturunkan,tetap menimpa pelaku atau bukan pelaku kerna kurang ingat mengingati hukum ALLAH...tegurlah sy tika leka,dan sm2 kita bel untuk memandang satu teguran itu dr sudut positif

ALLAH berfirman dalam surah al-anfaal:

24. Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu[605], Ketahuilah bahwa Sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya[606] dan Sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.

25. Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. dan Ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.

[605] Maksudnya: menyeru kamu berperang untuk meninggikan kalimat Allah yang dapat membinasakan musuh serta menghidupkan Islam dan muslimin. juga berarti menyeru kamu kepada iman, petunjuk jihad dan segala yang ada hubungannya dengan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

[606] Maksudnya: Allah-lah yang menguasai hati manusia.

Monday, December 15, 2008

Idul Adhaku di FPSK



Alhamdulillah pd tahun ini sy menyambut idul adha di fpsk walaupun kpg halaman teramat dekat.Namun ibu saya memahami tanggungjawab saya~semoga dirimu sentiasa dalam dakapan cinta ALLAh ^_^.Walaupun idul adha telah berlalu selama seminggu,rasa blum terlambat saya untuk mencoret peristiwa2 ketika idul adha di fmhs.Syukur kepada ALLAH ,setelah persiapan secara intensive dilakukan, 3 hari dimanfaatkan untuk menjayakan program ini.bg pihak upps,segala sumbangan tenaga dan masa~pengorbanan terbesar dalam medic, sebb medic sll x ada masa yg byk untuk aktivi senggang~ amat dihargai.Dan saya berharap ukhuwah yang terjalin antara junior2 and senior fmhs akan berpanjangan dan bukan setakat mekar apabila ada program tertentu saja.
memacakkan khemah..alhamdulillah sesapa yg x rapat ngan senior bleh kenal fiil masing2 walaupun ckit...


Berkorban atau terkorban~selepas isyak,6/12/2008
dari laser kamera di ruang solat wanita

kehadiran ustaz Hassan Basri menyampaikan ceramah bertajuk "berkorban atau terkorban" disulami msj2 yang berfaedah dan diselangi dgn humor2 yg mengamit minat para pendengar.Walaupun sudah beberapa kali mendengar beliau memberi ceramah, tidak pernah timbul perasaan bosan kerana penyampaiaan yg santai.Serba sedikit ulasan dari ceramah beiau
  • pergorbanan hamba Allah, nabi ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail~moralnya Nabi Ibrahaim adalah hamba ALLAH yg amat taat dan mempunyai anak yg juga amat taat,jd seharusnya ibubapa berkorban dan berusa menjadi ibubapa yang baik untuk melahirkan anak yg baik
  • Kisah seorg bapa yg menemui Saidina Umar untuk mengadu perihal anaknya yg derhaka.Namun bapa itu tidak berkorban tiga perkara untuk anaknya~dengan menjalankan3 kewajipan utama;memilih calon teman hidup yg soleh/solehah, memberi nama yg baik kpd anak dan memberi ilmu agama.Maka krn ketidaksanggupan bp ini berkorban ,maka akhlak anaknya terkorban.
  • 5 perkara yg dijg dalam islam ; agama,nyawa, keturunan ,akal dan harta ~insay ALLAH di entry yg len sy akan mengulas lbh lanjut
  • isu semasa jug adiselitkan~kadar org memeluk islam di eropah meningkat dgn peratus yg amat besar (kalau x silap pernah terbaca dalam satu buku,lebih daripada 200 peratus).Islam itu agama org yg berilmu,maka ramai yg berilmu di eropah memeluk islam selepas tragedi 11 disember dan disebaliknya berbeza di nusantara,indonesia contohnya,ramai yg murtad.
sebenar byk lg point2 yg disampaikan beliau, namun tidak mampu untuk sy singkapkan satu persatu.Semoga yg mendengar dapat memanfaatkan dan di sebar kepada rakan-rakan...
Di sini saya selitkan gmbr2 suasana sepanjang sambutan idul adha di fpsk

makan3..maaf ye ustaz ala-kadar je

makan dalam talam tu sunnah rasul...jgn berebut2 ye,siapa makan yg terlast dapat suami soleh...
^-^

Persiapan memasak untuk pagi raya~suka sgt suasana ukhuwah macam nie...

menu utama adalah nasi lemak, lemang ngan rendang...alhamdulillah sedap...
nie krew2 memasak rendang ayam...kak alia cakap serunding..Kak eikha dah risau..p xpa2 sedap jugak.sebelah kanan hanya pelakon tambahan.jgn marah ye,zah


unic pulak gambar nie...

Pagi idul adha

aktiviti pertama pagi raya~mestilah solat raya...mintak maaf ye kat sesapa yg tertinggal sbb bas x dpt tunggu lg.


saat2 di masjid jamek negeri sarawak

alhamdulillah ada jugak adek2 dr semenanjung puji masjid kat sarawak nie ^-^

wajah siapa paling "hepi" kat gambar nie?
nie bebudak muslimah 1st year...aik ada sorang yg tersilap masuk kumpulan...ye tak ye, pengetua rupanya bebudak 1st year,kak shurli
wajah akak2 senior dengan santapan di pagi raya~pas balik masjid

Saat2 lembu dikorbankan~baru dapat tengok secara live


ini saat2 lembu2 masih menikmati panorama alam

saat lembu ke2 ditenangkan oleh tuannya setelah menyaksikan korban yg sebelumnya~Alhamdulillah ,nasib lembu tu x pa2 masa adegan kejar-mengejar,klo patah kaki kan x dapat nak korban dah

yok sama2 berganding bahu menumbangkan lembu

Majlis Ramah Mesra idul adha

khusyuk menengok slideshow yd disediakan oleh upps...terpaksa pegang tabir,angin kuat sangat~redha semuanya dari ALLAH

makan2...nak tambah nasik...




BAGI YANG SUDI MENGORBAN MASA UNTUK PERSIAPAN SAMBUTAN IDUL ADHA NIE.SEMOGA ALLAH MERAHMATI KALIAN

@@@ TERIMA KASIH @@@
%%% %%%


@@@~~~ukhuwah fillah~~~@@@

Thursday, December 11, 2008

Hari lahir

11 DECEMBER 1988

Detik kelahiran hamba ALLAH ini…

Alhamdulillah ALLAH memberi kesempatan kepada saya menjadi sebaik-baik makhluk ciptaan-Nya iaitu manusia di bumi yang fana…

Semakin bertambah umur semakin saya merasa masih banyak amal yang kurang…

Kepada sahabat-sahabat yang mengigati tarikh lahir insan biasa ni…saya ucap berbanyak2 terima kasih, terasa kehadiran saya dalam hidup kalian mempunyai erti dalam kehidupan kalian…

Kepada ibu saya,beliau insan yg saya sayangi setelah yang lebih berhak~semoga say mampu menyejukkan hatimu…

begitu juga kpd bapa dan abang~semoga saya tidak menjadi punca mengheret kalian ke api neraka…sungguh saya menyayangi kalian…

kepada kak Fatin~terima kasih banyak kerana sentiasa mengigati saya yg kerap lalai…

Kepada sahabat2 yg dekat dan apatah lagi yang jauh-sungguh kehadiran kalian dalam hidup saya mengajar saya untuk berusaha menjadi manusia yang lebih baik.Sungguh Ingatan kalian kepada saya amat berharga, semoga ukhuwah kita berpanjangan semata-mata kerana ALLAH…

“JIKA UMUR YANG PANJANG ITU MENDEKATKAN DIRIKU PADA –MU ,YA ALLAH,PANJANGKANLAH UMURKU.NAMUN SEKIRANYA UMUR YANG PANJANG MENJAUHKAN DIRIKU PADA –MU,RELAKAN AKU KEMBALI KEPADA-MU DAN TERIMALAH TAUBATKU”

Wednesday, December 3, 2008

Bencana atau ujian


"Saya dah tak boleh lagi"...perkataan itu sering terungkap apabila kita mengalami perkara buruk yang berulang-ulang.Jika datang seorg teman kepada kt menyatakan masalahnya,Insya ALLAH kita akan menasihatinya.Itu yg sering kita lakukan, namun sejauh mana kita mampu bertindak se"positive" mungkin bila berada di tempat mereka.Saya akui saat pertama mendapat lamaran itu ,hidup terasa amat bahagia,umpama selangkah cuma untuk mengapai bintang...Itu lumrah kehidupan pelajar medic.Namun setelah menghadapi sendiri, bukan mudah untuk berdiri tetapi senang untuk jatuh.

Tetapi bukan kekecewaan yang saya ingin kongsikan pada coretan kali ini~lebih kepada nasihat terutama untuk diri sendiri dan rakan sepejuangan.Selalu terfikir "teruk sangat kah aku sampai diuji seteruk nie,usaha dah ,solat hajat selalu dah buat,apa yang tak cukup?".maaf kiranya pandagan saya kepada ayat diatas lebih kepada ayat org yg dah putus asa dan merasa dirinya cukup.Sy yakin x siapa yg x pernah menghadapi masalah dalam hidup dan disitu datangnya kekuatan untuk menguji teguh atau rapuh kepercayaan kita kepada ALLAH...Redha tidak mudah tetapi boleh dipupuk.

"ALLAH redha kepada mereka yang redha kepada ~NYA"
Al:Baiyyinah:8

Sebagai manusia biasa ,adakah bencana atau ujian yg diturunkan oleh ALLAH untuk kita?
Bencana itu diturunkan untuk makhluk yang berdosa sebagai penghapus dosanya.Sungguh kasih syg ALLAH melimpah luas,x bertepi.dalam keadaan berdosa kita masih diberi peluang untuk menghapus dosa itu di dunia.tetapi berapa ramai kita redha dan yakin dengan janji-NYA?
Ujian pula diturun kepada hamba2-NYA yg benar imannya,amat jarang melakukan dosa seperti para nabi dan wali2 -NYA.Dan golongan ini amat sedikit pada zaman sekarang,terlalu sedikit.Peringatan untuk diri dan sahabat2 seperjuangan,ingat kita tidak layak pun mengecap nikmat bernafas dengan O2 yg free diberi pencipta teragung sekiranya kita x redha dgn sedikit bencana yg diturunkan.dan usahlah terlalu berputus asa~sedih itu lumrah,namun jgn sehingga hilang kepercayaan kepada-NYA...

"Ya ALLAH layakkah diriku menganggap ini sebagai ujian setelah byk dosa yg tentu blm lg terbayar...
Ya ALLAH, jika kau sukarkan jalan diriku dan sahabat2 mendapat kejayaan, redhakan hati kami,sungguh kau mempunyai rancangan yang lebih baik utk hamba-Mu...Pemilik hati kami,Biar keberkatan dicari walaupun hasilnya x sebesar mana... Ikhlaskan hati kami dengan segala takdir-Mu, Ya ALLAH..."
~~~@@@~~~
vvv


Saat artikel ini mula ditulis semasa sy berada di pusingan terbawah roda kehidupan sy sebagai medical student...Semoga ALLAH sentiasa memelihara niat kita untuk menjadi perawat yg soleh dan solehah...
.

Monday, November 24, 2008

Sahabat...

Pertemukanlah kami dengannya, Ya ALLAH...

Tazkirah Isyak...



Assalamualaikum...
saya baru selesai mendengar tazkirah dr seorg sahabat slps solat isyak berjemaah,sedikit masa untuk menitip peringatan yang disampaikan oleh beliau...petikan hadis daripada buku Himpunan Hadis akhir Zaman~skiranya sy x tersilap.

Antara isi2 yang jelas didengar~mgkn krn masalah speaker di ruang solat muslimat~ dan sempat dikumpul juga dr jemaah yang lain adalah:~


  • Dalam suatu hari Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat,yang tinggal hanya org tua dan wanita.Kalimah laillaha illallah hanya tinggal istilah tanpa kefahaman tentangnya dan walaupun hanya sedikit iman dihati umat pada ms itu,ALLAH menetapkan syurga untuknya.
  • pd akhir zaman ,Islam akan luntur,seperti lunturnya kain yang telah lama dipakai.
  • umat Islam tidak mengamalkan Islam~sekadar puasa .membaca Al-Quran dan solat dikira memadai~
  • kalimah laillaha illallah juga disebut tanpa memahami tuntutan disebalik kalimah tersebut
  • Islam di akhir zaman kembali dagang seperti pd permulaannya.
Sedikit ulasan dari saya sendiri,situasi ini sekarang mmg tlh melanda umat Islam sekarang,ramai yang gemar mengamalkan formula ini


puasa+baca Al-Quran+Solat=lengkap sudah Islamku


kita sentiasa merasa cukup dgn mgamalkan formula diatas,ada yang masih bahagia di muka bumi ALLAH tanpa mgamalkan formula diataspun.Jauhnya jiwa kita terhadap Pencipta,sedangkan kita sentiasa diberi nikmat oleh-NYA.Islam itu ad-din.Cara hidup.Teringat kata seorg penceramah


"Dalam matematik,5-1=4, tapi bukan Islam,contohnya rukun Islam,satu kita x amalkan blum lagi dikatakan lengkap Islam kita"...Allahu'alam



Kata2 penceramah itu mmg jelas benarnya.Bagi sebahagian situasi lain ,kita x blh trs mengatakan salah (hehe...ada ustaz pernah cakap,makcik2 & pakcik2 kt kpg yg kt kena ajar solat,xkan kita nak ckp cr dia selama nie salah,itulah satu2 harapan nya untuk bekalan menghadap ALLAH).


Maka sebagai manusia tidak layak kita menghukum manusia lain melainkan dgn hukum ALLAH,kerana ALLAH telah mengangkat manusia kepada sebaik-baik makhluk ciptaan-NYA.Bg saya,sekiranya kita ingin mengamalkan Islam,biarlah bermula dgn mengamalkan perkara asas dahulu~pelajari dan jiwai~perbykkan bc tafsir Quran krn kt kbykn kita x fasih bbahasa arab dan dgr lagu nasyid(saranan dr sy sendri dan berapa org sahat sbb lirik lg nasyid blh buat hati kita lembut).Kemudian, belajarlah memahami hukum2 yang halus tuntutannya kepada manusia.Insya ALLAH akan memberkati usaha yang sedikit demi sedikit tetapi istiqamah dr sekaligus berubah jadi baik namun kembali jahil(fasa memahami lg penting dr pmgamal tanpa faham,dan yang faham sellalu akan mengamal ilmunya dgn hidayah dr ALLAH jg)...jd,bg kwn di luar sana ,x perlu segan untuk berubah ke arah kebaikan,tetapi malulah apabila kejahilan dan kemungkaran....





p/s: akan bersambung~nk study~doakan sy dikuatkan hati oleh ALLAH dl meniti jambatan ilmu nie~

Tuesday, November 18, 2008

Sedekah


Assalamualaikum...
semalam say menghadiri satu usrah kecil...usrah yang amat x disangka-sangka kerana sahabat terlupa memberitahu say ttg pertemuan pada malam tu.Niat dah terpasang~kena siapkan report ECG malam nie jugak~namun saya tetap bersyukur kerana ALLAH masih belum memisahkan saya dari kelompok org-org yang rajin memberi peringatan...

Usrah kecil itu dipengerusikan oleh Kak Nadz ~tatkala ini beliau mesti sudah berada di rumah nun jauh di perak,meninggalkan bumi kenyalang nie,sedih nye lama lg baru dpt jumpa kak Nadz..semoga dilindungi ALLAH~Usrah seperti biasa dimulakan dengan Al-fatihah.Sebenarnya saya menulis entry ini bertujuan untuk berkongsi tajuk yang kami bincangkan.Sebelum itu,renungkan hadis di bawah...

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "Bersedekahlah kamu walaupun sebutir tamar , kerana sedekah itu menolong orang yang kelaparan dan memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api

Insaf memikirkan hadis diatasMudah dilafaz sukar diamal selain hamba yang benar-benar mantap imannaya.Berapa banyakkah org yang kelaparan yang kita tolong~mungkin ada yg kita x peduli,kerana sibuk mengisi tengkolok diri sendiri~Berapa byk dosa kita terhapus dari sedekah~tepuklah dada,tanya iman.

Terlintas suatu kisah,ketika umat Islam diperintahkan untuk menginfaqkan harta untuk peperangan Tabuk.Satu-satunya org yang menyerahkan seluruh hartanya ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq.Walaupun kadar harta yang diinfaqkan x sebesar kadar harta yg diinfaqkan oleh saidina Umar~meninfaqkan setengah dari hartanya~namun jika dibandingkan dgn jumlah keseluruhan harta,Saidina Abu Bakar telah mengiinfaq seluruh harta yang ada tanpa meninggalkan sedikitpun.Satu kalimah yang betul2 menyentuh hati "Aku tinggalkan ALLAH dan Rasul untuk keluargaku" kata Saidina Abu Bakar apabila Rasulullah bertanya samaada keluarganya ada ditinggalkan harta atau tidak.

Terlalu jauh iman umat sekarang berbanding dgn zaman sahabat.Namun biar kita bermula dgn sedikit2 amalan sedekah dan sentiasa ditambah dari sehari ke sehari~Insaya ALLAH , sifat istiqamah akan terdidik~.

Sedikit ulasan dari pertemuan kami:~


~selain bertaubat,iktiarlah dengan bersedekah(tajuk artikel yg dibincangkan =>


~jika x mampu sedekah harta,berkomunikasilah dengan bahasa yang baik.Ini mampu menghindarkan dr melukakan perasaan orang lain..dan bagi perempuan dgn yang bukan muhrim,seeloknya jgn dilembutkan suara...insya ALLAH kalau niat anda betul,suara x akan jd buruk...hehe...lgpun seburuk-buruk suara adalah suara keldai.


~sedekah benda yang halal dan bermutu.x elok kalau kita bersedekah barang yang tidak layak lagi digunakan.dan semolek-moleknya kita sedekah barang yang kita sayang.erm..mampukah?


~jiran org yg terdekat dgn kita.pernah terdengar suatu hadis (kalau salah tolong perbetulkan),laknat ALLAh kepada org yg kekenyangan sedangkan jiran tetangganya kelaparan.Dalam kes ni,kita kena jaga tepi kain org,bukan perkara x baik kan...lgpun kita dipertanggungjawabkan dengan sgl yang berlaku disekeliling kita sekiranya kita x langsung usaha untuk mengubah perkara x baik kepada lebih baik.


~sabda nabi" Apabila seseorang mengelokkan sedekahnya ,nescaya ALLAH SWT akan menggelokkan waris pusakanya"

Pada kefahaman kami,ALLAH akan membaikkan waris yang mampu menjaga harta si mati saat selepas pemergiaannya sekiranya masa hidupnya dipenuh dengan sedekah yanga elok-elok.Sekiranya si mati seorang yang bakhil dan x elok pula sedekahnya,dgn kehendak ALLAH juga warisnya akan menjolikan hartanya dalam ms yg singkat setelah bersusah payah si mati menimbun harta...

~sabda nabi bermaksud" tiap-tiap manusia akan diletak dibawah naungan sedekahnya ,di masyhar hingga selesai semua kes antara sesama manusia"
....nauzubillah...sdgkan panas di duniapun kdg-kdg boleh membakar,inikan pula apabila matahari sejengkal di kepala...ampuni dosa kami ,YA ALLAH...


~org yg sebenar miskin itu adalah yang tidak mengadu hal kemiskinannya kerana sifat malunya dan menjaga harga dirinya disisi ALLAH.Tangan yg memberi lebih baik dari tangn yg menerima.Tetapi harus ingat,sebagai manusia,sentiasa mengambil tahu kesusahan saudara adalah perkara yang baik sekiranya tidak bertujuan mengaibkannya.jika tidak mampu kembali kepada point kedua,berinteraksi dengan baik,insya ALLAh,kata-kata yang baik bagai air yang tenang mengalir membasuh kedukaan.

Sebagai peringatan sebelum saya menangguhkan nukilan saya kali ini, belajarlah bersedekah walaupun kita perlu berkongsi makanan yang sedikit.Insya ALLAH diberkati ALLAH...ayok,kawanku,kita upgrade iman kita...~.~

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP