Wednesday, December 16, 2009

Partograph Daie_Progression of dakwah

Bismilahirahmanirahim...

Ya ALLAH, dah pukul berape nie? Dalam kelesuan sy bangkit dr tidur dan untuk melihat jam loceng sy. Alhamdulillah, sy tidak lambat utk halaqah cinta dengan cermin2 ajaib sy...

Sudah menjadi rutin sebagai pelajar perubatan, hospital menjadi rumah keduanya.Lebih- lebih lg bg sy yg baru memasuki clinical year, sedikit terasa payah apabila pulang ke hostel dalam keadaan lelah.

Maafkan sy, ya cermin2 ajaibku, tidak mampu menghadiri halaqah cinta krn internet yang semakin slow~ sedih nyer~ hampir 2 jam, namun tiada perubahan, . Namun sedikit sebanyak sy membaca butir2 perkongsian kalian, yang sempat masuk ke dalam skype sy tatkala line laju sedikit. Menarik tajuknya. Tahniah kepada kalian. erm...sy ingin butiran lanjut tentang buku yg kalian bincangkan. Sukar mendapat buku sebegitu di Sibu kerana sepanjang saya di sini hanya 2 kedai buku yang sempat sy jelajahi.

Jam dah menunjukkan pukul 12, opss...i haven't finish editing my partograph.
Sejam selepas itu alhamdulilah siap...datang idea di dalam minda...

"Partograph Daie"

Bagi yang terlibat dengan perbidanan (obstetrics), sama ada doktor, nurse atau student perubatan, partograph di definasikan sebagai " diagrammatic representation of the progress of labour".

Bahagian yg plg signifikan dlm dakwah adalah "progression of labour"~ boleh diumpamakan permualaan seseorg merelakan dirinya dalam bidang dakwah. Faktor2nya:
  • Hidayah ALLAH
  • Ajakan sahabat
  • Sekadar mencari nama dalam organisasi...erm..husnudzon

Ada 5 jenis parto. yg abnormal :

  1. False labour= diibaratkan daie yg berdakwah tetapi jiwa nya tidak rela atau masih takut
  2. Prolonged latent phase = diibaratkan daie yang yg rela tetapi terkubur usaha dakwahnya
  3. Primary dysfunctional labour = diibaratkan daie yang lambat tindakan & penglibatan dalam aktiviti dakwah sejak dari awal lagi
  4. secondary arrest (selalunya kene buat Caesarean section nie) = diibaratkan daie yg bagus momentumnya pd awal penglibatannya dalam dakwah, tetapi tiba2 terhenti tatkala hampir ke kemuncak...so kena di bedah sebab2nya
  5. evidence of fetal distress = diibaratkan daie yang memang nazak dalam penglibatan dakwah
Entah terasa diri di dalam "prolonged latent phase" dlam aktiviti dakwah. ya mungkin kerana jarak, tetapi bukan alasan kukuh sedangkan saudara2 di perantauan pun mampu berdakwah dalam suasana manusia yg betul2 gilakan dunia.

Ataupun in secondary arrest. Ya cermin2 ajaib ku, bantulah sy dlm melajukan momentum dalam dakwah di jalan ALLAH.





Saturday, December 12, 2009

ExaM is AroUnD tHe CoNneR...

Bismilahirahmanirahim...

Exam is around the corner...Doakan sy dan kawan2 mampu utk menghadapinya...Ya ALLAH, kuatkan hati kami...

~terpaksa senyum dalam hati yg berdebar2~
~sampai berbuih2 menghafal...hehe..~
~berpeluh pulak, xda lam buku lah apa yg doc ckp~
~kadang2 naik pening...x dpt pk lagi-->bleh g tdo x?~
~dari td baca nie..x faham2 jugak~

Saya akan berhibernasi untuk seminggu lebih...salam maal hijrah ya sahabat2...


Apapun usaha+tawakal = kejayaan di dunia & akhirat (insya ALLAH)

"Ya ALLAH...
kau hiasilah kami ini...
kebijaksaan para malaikat,
kefahaman para rasul,
dan hafazan para nabi...

Pemudahkan urusan kami,
selancar tusukan jarum...

Perkenankan ilmu~MU yang dipelajari kami,mudah difahami
seperti cepatnya air diresap tanah...

Kebalkan diri kami dari fikiran buruk dan dicerca,
seperti kebalnya daun keladi terhadap air..."
~AMIN~



Orang yang gagal merancang ialah orang yang merancang untuk gagal. Orang yang merancang tetapi gagal, ia adalah perancangan dari Allah untuknya.



SyuKraN , ya ukhti2 ku...


cantikkan image diatas, itu dari ukhti2 kesayangan sy...it's really touching...

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah, ALLAH masih memberi kesempatan untuk sy menghirup udara pemberian~NYA, menikmati hidup dalam kasih~NYA...melangkah dgn jiwa yg masih ingat kepada~NYA ( kekekalkan jiwa ini dalam redha kepada ALLAH sebagai tuhannya, IsLam sebagai agamanya, & Rasulullah S.A.W sebagai rasulnya)...

Namun, jauh dilubuk hati, sy takut, adakah hidup sepanjang ini, sudah sy semai dgn kebaikan, sudah benar2 sy bajai dgn ketakwaan, untuk sy tuai di hadapan Ya~Khaliq...
Mungkin hidup sejauh ini untuk ALLAH menguji sejauh mana ikhlas cinta sy kepada~NYA...kuatkan keyakinanku ,YA ALLAH....





nie beluncas besar hadiah dr mereka...hehe...
boleh tidur lena nie...
jgnlah tahajud tergadai sudah..hehe...

syg ukhti2 ku...


Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. (sumber: darulnuman.com)

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

hehe...mcm btul..insya ALLAH kt try untuk kekalkan yg baik dan mengubah yg tidak elok...

Friday, December 11, 2009

Usrah 11 dec 2009/24 zulhijjah 1430 : Ikhlas itu umpama semut hitam diatas batu hitam dimalam yang kelam

Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah ALLAH meringankan hati2 kami utk ke usrah pada malam jumaat semalam, 11 dec.Di sini sy titipkn sedikit butir2 perbincangan km moga mampu menjadi peringatan kpd dr km dan yg membacanya nanti...

Selepas Alia membacakan salah satu hadis 40, huda meneruskan dgn taskirahnya..suka dgr huda bg taskirah..santai...tp ingat syg2ku kt kne belajar adab menghormati majlis ilmu...

AKHLAK MULIA 51: JANGAN MENCACI ORANG

Perbuatan mencaci seseorg mrupakan perbuatan yg sgt dikutukdan dibenci ALLAH S.W.T. Apbl seseorg tlibat dgn perbuatan mencaci dan mengutuk org lain, dgn sendirinya mengambarkan keburukan diri mereka sendiri.
Org yg suka mencaci biasanya tidak disukai oleh org lain. Sikap mjauhkn diri drpd pbuatan mencaci org adalah akhlak mulia yg perlu ada ...Cara beramal:

~sentiasa menyedari keaiban diri yg mungkin lbh byk dr org lain
~menyedari yg mencaci tidak mendatangkan faedah, bahkan lebih kpd permusuhan
~faham bhw mencaci org adalah pbuatan tercutuk. Firman ALLAH: "wahai org2 beriman, jgnlah km mperolokkan-olok kaum yg lain krn blh jd mrk yg diolokkn lbh baik drp mrk yg mengolok-olok..."
~menyedari betapa dahsyatnya pembalasan dr ALLAH dan ancaman dr Rasulullah kpd pencaci.Sabda Rasulullah : "Mencaci maki ssorg muslim itu adalah fasik dan memeranginya adalah kufur" (bukhari & muslim)
Insya ALLAH, cubalah utk menyemai amaln diatas , belajar menghormati org, dan org lain akan menghormati kt...

AKHLAK MULIA 33: SENTIASA BERSABAR

Definisi (Imam Ghazali): Sabar adalah menahan diri drpd sgl gangguan dan tahan menderita thadap sesuatu yg tidak disukai. Dan berkait rpt dgn:
  • al~Qanaah - sentiasa mrasa cukup dgn kurniaan ALLAH
  • az~Zuhd - tidak mementingkan masalah dunia
  • Kitmanus Sir - merahsiakan rahsia
  • al~Hilm- lambat marah
  • asy~Syaja'ah - berani
  • al~Iffah - pemaaf
jd aspek yg perlu ada dlm sabar :
~sabar dlm melaksanakan kewajiban
~sabar dlm membela agama, mencari ilmu, mencari rezeki dsbnya
~sabar menghadapi halangan dlm menyebarkan agama dan beramal
~sabar menerima takdir dan ketentuan ALLAH S.W.T dgn hati yg ikhlas

Amalan2 utk memupuk sifat sabar:
~sering mengigatkan diri yg sifat sabar adalah mulia dan kekalkn diri kt dalam sifat itu
~jgn melayan org yg mencabar ke arah yg tidak baik
~jika perlu membalas, biarlah tenang , ringkas dan tidak dipengaruhi oleh emosi dan keadaan
~elakkan drpd mnutrkan kata2 yg tidak sopan ,kasar dan tidak bermaruah
~menunjukkan sifat berhemah tinggi...plg tidak pun profesionalism..
~akuilah ksilapn dan berlapang dada
~ulangi perkataan maaf...(huda ckp, kalau dah 3 kali cukuplah, terpulang kpd org tu lg)
~tgglkn tempat kejadian dgn keadaan yg baik

Kesimpulannya, org yg bersabar akan beroleh kejayaan dlm kehidupan serta dikurniakan ganjaran besar dr ALLAH, beroleh ketenangan , kekuatan dan kedamaian...

ISU SEMASA..erm nie yg sy x pdh ulas sgt nie

Km berbincang mengenai 2o12, berkenaan dgn emel yg memuatkan hadis nabi -->pasal 15 ramadhan yg jatuh pd hari jumaat, dimana kiamat akan mula berlaku..allahualam...insya ALLAH nanti sy try utk mtk dr sahabat yg menyampaikan dan sahabat2 renungkan sendiri sm ada sahih atau tidak hadis ini...skiranya hadis dhoif skalipun sy berharap kt jdkn hari ini umpama hari terakhir sbelum kt bertemu dgn Yang Maha Mengadili...smg iman kt sentiasa dipelihara di kala byk manusia menyarungkan baju dunia dr baju akhirat...

SOAL JAWAB

Alia: mcm mane kte nak ikhlas dlm ibadah?

Atun umair
: ikhlas...hazirah , bgtahu...(ini bermaksud atun dah bgtau hazirah sbelum nie, dia nak hazirah recall balik)

Hazirah: IKHLAS TU UMPAMA SEMUT HITAM DI ATAS BATU HITAM DI MALAM YANG GELAP

Atun umair: ha'ah betul tu...IKHLAS TU UMPAMA SEMUT HITAM DI ATAS BATU HITAM DI MALAM YANG KELAM (satu perkataan je tkr ;) ...wpun kte dah niat nak ikhlas pun, kadang kadang ada je yg membisik perkara x elok...

~allahualam~

suka sgt ayat diatas ...
so, roses for my dear friends...
@
@@@
<@@>
!!V!!
"May ALLAH bless all of you"

Sunday, December 6, 2009

Selamat kembali jiwaku...& terima kasih ya mawar-mawarku

Genap seminggu sy mninggalkan kuching...
Genap seminggu pesanan sahabat2 seperjuangan sy tergiang-giang di telinga...
Insya Allah sy cuba utk menyampaikan nya ke hati...

Rindu saya pd kalian bukan rindu biasa..
rindu wajah letih kalian slepas bdakwah dan beraktiviti dbwh terik mentari,
rindu senyum kalian dalam setiap sapaan...
rindu cinta sahabat dlm hati kalian yg ikhlas berkerja di jln ALLAH...

alhamdulillah baru kini diberi kekuatan utk kembali menulis...trima kasih kerana kalian cermin2 ajaibku seperti kata asiah yusro. Sy tatapi stiap waktu yg sy lalui di bumi Sibu ini, amat berbeda dr Kuching, bukan kerana saya dilahirkan di Kuching tetapi kerana gersangnya jiwa sy di sini...hampir 5 bulan sy tidak menulis di blog ini...entah jiwa sy gersang, tiada kalian menasihatkan...mmg sujud sy kepada-NYA satu-satunya penguat sy, namun sy tewas apbl tiada pendamping sperti kalian...yang bisa menambah iman di dada, yang bisa meredakan kemarahan sy dan yang bisa membuatkan sy menitik air mata krn indahnya kebaikan shbt seperti kalian...tambahan kepenatan yg baru sy pelajari disini, berulang alik ke hospital, hmpr kseluruhan topik clinical adalah "self study"..dan kepenatan itu yg akan sy truskan utk tahun2 yg mendatang...tp insya ALLAH, sy sdh mampu menyesuaikan diri sdikit demi sdikit...

Pertemuan singkat di Kuching semasa idul Adha itu menjd penguat sy, utk berubah, utk trus meraih cinta ALLAH...Alhamdulillah sy punya semangat baru....

"INSYA ALLAH LULUS SEMUA POSTING, DAN KEMBALI MENGUBAT RINDU SAYA DI KUCHING UNTUK BERDAKWAH BERSAMA KALIAN"

namun bukan bermaksud bumi Sibu ini tidak boleh berdakwah di atas...cm mungkin kerana ketidakmampuan sy menguatkan diri...


Sy sudah mula rajin membaca kembli buku2 islamik yg sy bli dlu...tiada alasan sibuk ke hospital, tiada alasan penat meng "history taking" pesakit...kerana nasihat mu, ya sahabat...insya ALLAh sy kuatkan hati sy dgn sujud, dgn ilmu dr pembacaan sy...doakan sy dan atun umair dimantapkan ALLAH disini...begitu juga sahabat yg lain...

Sy harus berhenti menukil, sungguh semua perkara menuntut hak nya...ALLAH mempunyai hak keatas hambaNYA, Ibubapa mempunyai hak keatasnya, diri kt juga punya hak dr diri kt sendiri...dan slps ini sy perlu menunaikan hak kerjaya sy ms depan utk belajar...trima kasih ,ya sahabat...

Ini mawarku untukmu.. .
mawar putih untuk kesucian hatimu


mawar merah untuk keberanianmu menegakkan kebenaran

mawar kuning untuk jiwa riangmu dalam menghulurkan persahabatan

mawar merah jambu untuk keanggunan muslimah yg kau pertahankan

dan kalian adalah mawar2 yg mampu membuat sahabatmu ini tersenyum bahagia...

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP