Friday, June 4, 2010

Syahadah Kehidupan - Adakah aku bakal doktor Muslimah?

Assalamualaikum W.B.T...

Tazkirah yang disampaikan oleh naqibah yang disayangi semalam menusuk jiwa kami. Sesekali airmata ini ingin mengalir namun disekat . Waima tajuknya adalah tajuk asas, namun penyampaian dari naqibah yang disayangi ini sentiasa menyebabkan hati saya terusik, sentiasa menyebabkan saya menyedari kesilapan yang disedari atau tidak...Sentiasa menyebabkan hati ini kembali ke fikrahnya...Laksana air, pasti menakung di tempat yang rendah, maka tuntutlah ilmu dengan rendah hati .

Kenapa Syahadah Kehidupan?. Syahadah dan tuntutannya adalah tajuk yang sudah sebati dengan korikulum kita di sekolah menengah, pasti dihafal untuk mendapat "A " dalam pendidikan Islam. Namun sejauh mana kita kenal dan memahami apa itu syahadah. Syahadah dan tuntutannya juga adalah ceramah yang biasa dimasukkan dalam tamrin asas .
Namun, adakah hati kita benar-benar faham?
Adakah lidah kita benar-benar berikrar seikhlasnya?
Adakah perbuatan kita berlandaskan maksud syahadah itu sendiri?
Semoga ALLAH sentiasa mengampuni kita...

Jika ditanya" apa agama mu?".
pasti jawapan kita,"ana muslim / saya islam, kak".
Namun sejauh mana kita faham, sebab yang pasti Muslim = Islam dan Islam = muslim.
Sungguh saya juga masih belum layak untuk menghuraikan syahadah secara menyeluruh . Cukup sekadar meng"copy-paste"kan antara-antara perkara asas yang ada dalam syahadah. " "Repeating is the key of memorizing"

Pengertian syahadah:

  • Pengetahuan, penerangan, perkhabaran
  • i'tiqad/pengakuan terhadap Allah
  • Keyakinan kepada Allah dengan beramal dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

5 Tuntutan Syahadah:

  • membenarkan segala yang datang dari Allah dan RasulNya
  • taat kepada Allah dan RasulNya
  • melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar
  • mentaati orang-orang mukmin dan menolak orang kafir
  • melaksanakan hukum-hukum yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith

Perkara yang membatalkan syahadah:

  • bergantung selain daripada Allah
  • ingkar terhadap nikmat Allah secara terang atau sembunyi
  • melakukan sesuatu bukan kerana Allah s.w.t.
  • menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia
  • tidak taat kepada Allah
  • bencikan Islam keseluruhannya
  • Cintakan dunia mengatasi akhirat
  • mempersendakan al-Quran dan hukum-hukum Islam
  • menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal
  • tidak beriman dengan al-Quran dan Hadith
  • melantik orang kafir menjadi pemimpin
  • tidak beradab dengan Rasulullah..(e.g. karikatur)
  • Takut dan lemah untuk menegakkan tauhid Allah dan merasa lapang untuk menggalakkan perkara-perkara syirik
  • mengatakan al-Quran terdapat pertentangan dalam ayat dan isinya
  • Ingkar pada sifat-sifat ketuhanan
  • tidak tahu dan menghina sifat Rasulullah s.a.w.
  • mengkafirkan orang Islam
  • melakukan sesuatu bukan kerana Allah


Syahadah juga selalu dikaitkan dengan tauhid yang dua, Tauhid uluhiyyah dan rububiyyah. Apakah perbezaan tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah? Masih ingatkah kita terutama yang tidak mengambil pendidikan Islam sebagai subjek di universiti? Bilakah kali terakhir kita masih ingat definisinya? Bila kali terakhir kita faham dan beristiqamah dengan kefahaman kita?

Penolakan arab jahiliyah terhadap Islam yang dibawa oleh seorang lelaki yang paling mulia dikalangan mereka adalah kerana mereka memahami maksud bahasa Arab itu sendiri.

Kenapa Illah bukan Rabb dimasukkan didalam khalimah syahadah.
Teliti maksudnya :
Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH,
dan aku bersaksi Nabi Muhammad adalah pesuruh ALLAH.

Dalam maksudnya juga meletakkan maksud tuhan. Kenapa Rabb tidak boleh menganti Illah?. Bagi yang tahu, Alhamdulillah, bagi yang belum tahu, fahamilah... Hafalan tanpa kefahaman itu meletihkan minda.

Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beri’tiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam.

Tauhid al-Uluhiyyah pula bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.


Rabb merujuk kepada Tuhan yang diperjelaskan dalam tauhid Rububiyyah. Manakala Illah merujuk kepada Tuhan yang diperjelaskan dalam tauhid Uluhiyyah.Setiap manusia kecuali yang terasa dirinya tuhan pasti merasa alam ini ada penciptanya. Itu adalah fikrah. Illah memberi makna lebih besar, mencakupi seluruh kehidupan bukan hanya pengakuaan semata-mata. Klik sini untuk penjelasan lebih lanjut dari yang lebih arif.

Mukadimah yang panjang ini adalah untuk kita menilai kembali diri kita , memperkukuhkan lagi pengetahuan kita yang mungkin goyah dek hambatan kehidupan duniawi yang semakin pantas mengunyah rakus masa kita.


***
Adakah Aku bakal Doktor Muslimah


Naqibah menerangkan panjang lebar mengenai konsep syahadah dalam kehidupan. Termalu diri ketika mendengar penjelasan dari si naqibah.

Adakah aku bakal doktor Muslimah? Kadang-kadang persoalan ini pasti melintas di hati saya. Sebagai pelajar tahun 4 bidang perubatan, wajar untuk saya menilai diri saya... Ya, sekarang mudahlah saya ke hulu ke hilir mengikuti program agama atau usrah... Ya, sekarang bolehlah cakap begitu dan begini mengenai agama, tetapi hakikatnya dalam alam perkerjaan belum pasti sama.
  • bismillah disebutkah setiap kali menjalankan prosedur kepada pesakit?
  • adakah kita menasihati pesakit dengan menerapkan unsur-unsur Islam dan mengingati ALLAH?
  • adakah kita mengelak seboleh-bolehnya ubat yang haram memasuki badan pesakit muslim dengan altrernatif lain?
  • adakah setiap kali memberi medical prescription untuk pesakit , diakhiri dengan nasihat " ubat nie tak ada kuasa untuk menyembuhkan, kak. Ia hanya untuk merawat dan setiap kesembuhan itu, akak kena yakin tu semua datang dari ALLAH, banyak-banyakkan berdoa ye, kak."
  • adakah setiap kali bayi yang baru lahir di azan dan di iqamatkan?. Ini situasi yang biasa saya lihat. Kasihan si bayi kecil. Ayah tidak dibenarkan masuk. Sepatutnya si kecil ini mendengar perkataan ALLAH sebagai perkataan pertama dalam hidupnya bukan caci maki dari staf apabila ibunya payah melahirkan. Mana doktor atau jururawat yang faham tuntutan ini?
  • Kasihan kepada diri kita sendiri. Adakah kita masih mengekalkan tudung semasa memasuki Operation theater atau tersingkap tengkuk kita?. Hubungan dengan ALLAH atau manusia lebih penting?
  • Bila tiba hal aurat, adakah kita berusaha untuk meminimakan aurat wanita atau lelaki untuk dilihat sekadar untuk rawatan?

Sebenarnya terlalu banyak isu yang perlu kita teliti dalam bidang masing-masing. Kita katakan kita ingin jadi doktor, siapa boss kita? Specialist ka? Pengarah hospital? Kerajaan?

Saya sendiri dalam dilema, saya ingin memilih wad bersalin sebagai tempat berkerja saya kelak. Tidak kisahlah Medical Officer atau sebagai pakar (insya ALLAH). Namun bila berada di sana, saya masih belum mantap apabila melihat situasi sedemikian. Pekerjaan sebagai doktor ini melangkau fikrah sebagai manusia. Jadual On-call menafikan kerehatan untuk badan. Namun nasihat naqibah masih segar , Doktor Muslimah adalah keperluaan buat umat Islam. Jadikan ALLAH sebagai CEO kita.

Apa yang perlu adalah kita islamik kan kehidupan kita, keluarga, kerjaya. Konsep syahadah perlu benar-benar kita fahami dan praktikkan dalam kehidupan.

Naqibah memberi contoh mudah. "Seseorang yang ber'couple', sebenarnya dia belum jelas konsep syahadah. Jodoh adalah sesuatu yang telah tertulis di Luh Mahfuz, dan ia adalah takdir yang tidak akan berubah. Kenapa perlu kita cemari hati dengan ber'couple' yang belum pasti kita akan berkahwin dengannya, sesungguhnya Al-Quran jelas menegah kita menghampiri Zina, apatah lagi kalau sudah berzina'.

Jika kita memilih hanya satu juzuk dalam agama , pasti kita akan terpinggir dan mundur. Jadi apa yang perlu Islam diserap secara khuffah (menyeluruh) dalam hidup kita.

Islam amat memerlukan professional yang tahu tanggungjawab mereka kepada agama . Yang memahami konsep syahadah, rukun Islam yang pertama ini. Mereka ini yang akan memberi perkhidmatan kepada masyarakat, mereka ini yang akan mewujudkan keperluaan untuk masyarakat. Kita perlukan pemimpin, rakyat, doktor, nurse, guru, engineer, arkitek, eksekutif dan tenaga professional yang tahu tanggungjawab mereka terhadap agama.

Contohnya, seorang pemimpin yang Islamik pasti memerintah mengikut garis panduaan yang ditetapkan oleh ALLAH. Seorang arkitek yang Islamik pasti tahu keperluaan musollah untuk pengunjung Islam di pusat membeli-belah yang besar. Seorang eksekutif yang Islamik pasti tahu mengatur masa untuk pekerjanya bersolat dan menyediakan bilik solat tanpa mempersoalkan produktiviti. Seorang guru yang Islamik walaupun bukan ustaz atau ustazah pasti menerapkan nama ALLAH dalam pengajarannya supaya anak murid dapat mengaitkan Islam itu dengan ilmu. Seorang nurse yang pasti situasi kerjanya hampir sama seperti doktor perlu juga ada nilai Islamik. Dan sebagai umat Islam sendiri, Islamik itu amat dituntut dalam setiap segi dalam kehidupan kita.


Kita mengaku sebagai umat Islam di negara Islam. Kita berdebat dengan isu pengunaan nama ALLAH oleh penganut agama lain, peguam syariah mesti islam dan lain-lain. Kita sangat kisah dengan perkara-perkara sebegini walaupun telah diterangkan oleh ulama yang alim. Kita kisah hukum hakam tapi gagal menerapkannya dalam kehidupan. ISLAM adalah Ad-Deen. Islam bukan agama yang hanya di tikar sembahyang,di masjid-masjid atau di surau-surau. Islam bukan hanya untuk golongan tudung labuh dan kopiah sahaja.

-ISLAM adalah AD-DEEN-




p/s: segala nasihat diatas adalah untuk diri sendiri yang selalu lalai dan sahabat-sahabat. Saya menggunakan tajuk doktor muslimah kerania ini yang paling dekat bagi diri saya. Mudah-mudahan sahabat yang sudi membaca , memahami tuntutan syahadah itu adalah untuk semua. " Sharing is Caring"

6 comments:

Nadrah Yusra

mabruk ya ukhti!
Artikel yang begitu mantap.. teruskan berkarya... blog ini sebagai salah satu jalan dakwah..
takbir!

Aisyah Ashiqin

syukran, ya ukhti...trima kasih juga utk nasihat semalam, mencari kekuatan dari sokongan shabat...pas subuh idea mencurah-curah pulak...Allahuakbar...

Sue Yahya

SubhanAllah..terharu adik baca kak... sgt bermakna buat adik..syg sgt kat kak shikin..x sempat nak jumpa hari tu..dah balik serian dah ni...

semoga Allah merahmatimu selalu..

syg-fillah.. =(

Anonymous

maaf,just sekadar tnye...adakah sah sekiranye 2 kalimah syahadah itu x lengkap?
sebagai contoh...2 kalimah syahadah yg ukhti paparkan tiada sebutan "an" pada kalimah yang pertama.
sedangkan bacaan dalam solat,azan, ada sebutan "an"...mohon ukhti jawab..
coz sy confuse....syukran ya ukhti...

Aisyah Ashiqin
This comment has been removed by the author.
Aisyah Ashiqin

Salam...kepada yang bertanya, terima kasih kerana singgah..maaf sy kebelakangan ini agk krg masa utk menulis.. utk soalan saudara/ri, "an" yg dirujuk bermaksud ana = saya/aku, jadi mksd nya berubah ckit tanpa "an"...ayt yg sy paparkan itu sy ambil dr intrnet, alhamdulilah saudara/ri amat teliti...tetapi seorg ustaz mberitahu yg lafaz itu tidak pntg, tetapi yg pntg ada lah pengakuan hati yg mengaku ALLAH itu sbg tuhan dan nabi muhammad pesuruh-NYA...dlm bhs apa2 pun syahadah dikira sah..seperti niat puasa n solat, lafaz x penting, yg penting adalah niat..allahu alam..

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP