Monday, November 8, 2010

Di Sebalik seorang pejuang...

Bismillahirahmanirrahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR...

Syukur kepada ALLAH, sabtu yang lepas (6 November 2010) saya sempat mengulas tentang seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam perjuangan menegakkan kebenaran di bumi Palestin yang tercinta dalam usrah bersama-sama adik-adik medik. InsyaALLAH, sedikit perkongsian untuk renungan bersama.

Saya memilih Apache~ As-Syahid Dr Abd Aziz Rantisi

Dr Abd Aziz Rantisi, nama yang sangat mekar di sanubari setiap warga Palestin yang impikan kemerdekaan dari tangan gelojoh Israel laknatullah. Kata-katanya yang bersemangat ibarat aura yang turut sama diserap oleh para pendengarnya. Menyelusuri rentetan hidup perjuang ini , saya tersedar yang pejuang ini bukan berseorangan. Keyakinan kepada ALLAH S.W.T dan rasulullah, selain bersama As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin sebagai teman yang sangat kuat dalam pejuangan, beliau juga di dokong keluarga yang sangat memahami erti perjuangan.

Di Sebalik seorang pejuang...
Untuk mengulas panjang lebar mengenai tokoh bersemangat waja, sungguh saya tidak mampu, episod demi episod perjuangan yang panjang dan penuh dengan darah tetapi semangatnya tidak pernah padam. Sekadar berkongsi apa yang saya dapat selepas mengulas tentang tokoh ini bersama sahabat-sahabat.

Di sebalik seorang pejuang itu ada pertolongan dari ALLAH S.W.T dan peringatan dari nabinya. Orang yang berjuang di jalan ALLAH, hatinya hanya menanti pertemuan dengan Sang Khaliq di jannah. Rasulullah SAW mengatakan, “barang siapa yang merindukan pertemuan dengan Allah, maka Allah pun merindukan pertemuan dengan-Nya…. ". Hatinya juga rindu dengan pertemuan dengan lelaki yang paling dicintainya. Cinta dan rindu itu membakar semangatnya, dan darah serta kematian bukanlah kuman yang menjangkit jiwanya. Setiap duri-duri di jalan dakwah tidak sedikitpun menguris semangat juangnya, tidak sedikitpun melemahkan langkahnya. Adakah ALLAH akan membiarkan kita begitu sahaja terkulai dalam ujian?

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya:
ALLAH Azza wa jalla berfirman-dalam Hadis Qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan hambaKu dan Aku akan selalu besertanya
selama ia mengingat padaKu."

Pejuang-pejuang ini tidak pernah gentar kerana sangkaannya kepada ALLAH adalah sangkaan yang baik. Layakkah seorang pejuang berkata, apalah nasibku , dah berusaha tetapi gagal jugak?...Tiada istilah gagal dalam kamus kehidupan seorang pejuang seperti Dr Abd Aziz Rantisi ini, maka contohilah dikala anda telah mengistiharkan diri anda adalah pejuang di jalan ALAH. Maka jangan bersedih wahai diriku dan juga sahabat-sahabatku dengan mehnah dan tribulasi (ujian dan kesusahan) yang kita perlu hadapi di dunia yang entah ada atau tidak pada detik yang akan datang.

Di sebalik seorang pejuang, ada sahabat-sahabat yang mendokongnya. Agama ini tidak tertegak dengan tulang 4 kerat dan akal total dari seorang lelaki sahaja. Rasulullah jua bersama-sama sahabat-sahabatnya. Dr Abd Aziz Rantisi juga perlukan teman. Bersama As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin dan sahabat-sahabat yang lain menyebabkan wujudnya HAMAS dengan izin dari ALLAH. Saya sangat kagum dengan As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin, dan saya yakin sahabat-sahabat juga begitu, tiada apa yang kita lihat dari pada luaran lelaki ini, meskipun jasadnya lumpuh ( quadriplegic- kehilangan keempat-empat fungsi tangan dan kaki) dan penglihatannya hampir buta, tetapi ruh perjuangan yang sentiasa berkobar-kobar dan mengalir dalam jiwa menyebabkan jasadnya sentiasa hidup dalam perjuangan. Sehingga, israel maha pengecut itu sanggup menghantar helikopter untuk melancar peluru berpandu untuk menamatkan riwayat lelaki ini. Betapa perlunya teman untuk meneruskan survival dakwah. Dan bukan teman yang sempurna segala-galanya, tetapi teman yang ikhlas dan bersemangat menanti syahid. Maka tiada istilah tidak layak menyertai dakwah untuk sesiapa yang mengiktiraf dirinya sebagai muslim.

Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah sunhanahu wataala,
"…Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesama mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”

Di sebalik pejuang itu, ada dua wanita. Selalu kita dengar yang disebalik kekuatan seorang lelaki itu ada seorang perempuan. Saya agak kurang bersetuju dengan pandangan itu setelah membaca pernyataan ini:

"Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita yang mulia", demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini. Sebaliknya beliau memuliakan ibu asy-Syahid yang mana di atas didikan kemuliaan dan kehebatan daripada almarhumah ibunyalah lahir
asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi.

(sumber: klik sini)

Tiada seorang anak tanpa ibu kecuali nabi ALLAH , Nabi Adam a.s. Untuk melahirkan seorang ataupun ramai pejuang, yang mendidiknya perlu dari kalangan pejuang. Kisah-kisah ibu di palestin, ada kisah-kisah yang penuh ketabahan, ibu-ibu mendambakan perjuangan di jalan ALLAH langsungan itu dialirkan dalam darah-darah anak-anak palestin. Sepertimana Khansa binti Amru ,yang sangat merindukan syahid keempat-empat puteranya dan tidak meratap atau goncang imannya setelah mendenar perkhabaran kesyahidan putera-puteranya. Antara bait-bait kata yang diyakininya:
“Segala puji bagi Allah yang memuliakan diriku dengan syahidnya mereka, dan aku berharap kepada Rabb-ku agar Dia mengumpulkan
diriku dengan mereka dalam rahmat-Nya”.

Untuk melahir dan mendidik anak-anak, bukan sahaja soleh atau solehah, tetapi ada jiwa pejuang, maka didiklah diri kita dahulu. Sesungguh peringatan ini untuk saya dan juga sahabat-sahabat- tidak bertepi semua kesenangan dunia yang di cari tanpa mengharap redha ALLAH.

Seorang lagi wanita yang mendokong Dr Abd Aziz Rantisi adalah
Ummu Muhammad, wanita yang cekal dan tetap meneruskan perjuangan suaminya setelah suaminya syahid. Ini adalah tinta seorang isteri pejuang:

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah
bersabda : Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya ..dan wanita itu adalah dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya ?. Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama (sumber: klik sini)



sayap kiri pejuang

Di sebalik pejuang itu, sentiasa ada orang-orang muslim yang ikhlas mendambakan CINTA ALLAH yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi matlamatnya untuk mencapai cinta agung ini...Ya ALLAH , moga kami termasuk di kalangan orang-orang yang berjihad di jalan~MU dengan ikhlas.


Sumber:
1. Memperingati syahidnya Dr Abd Aziz Rantisi
2.Pulangnya Asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi
3. As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin, terbitan PTS
4. dan lain-lain...ilmu ALLAH kan luas ^-^



2 Zulhijjah 1431H/ 9 November 2010
Alhamdulillah selesai pada 8.06 pagi
@>----------------------------------------------Untaian mawar buat sahabat
Andai ISLAM di umpamakan seperti bangunan usang yang hampir roboh, maka akan aku berjalan seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda, aku tidak ingin mengutip ramai bilangan mereka, tapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantuku & bersama denganku membina kembali bangunan yang usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..
~ Imam Assyahid Hasan Al-Banna ~

0 comments:

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP