Sunday, February 27, 2011

Tidak memandang dan tidak dipandang...

comelkan?
insyaALLAH moga jadi pencinta ALLAH yang sejati


Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

Satu keindahan bila pada malam 12 rabiulawal 1432 H lepas, saya berpeluang menyambut maulidur rasul di MasjidMuhammadi, Kota Bharu. Mungkin bagi sesetengah orang, apalah sangat pengalaman saya, namun bagi saya yang serba dhoif ini, setiap detik waktu yang berlalu adalah sejarah, yang membuahkan pengalaman. Lautan manusia yang kebanyakannya berjubah putih memenuhi masjid muhammadi, anak-anak tahfiz yang bersesakkan menaiki van dan bas, serta kehadiran Tok Guru Nik Aziz , Sultan Muhammad ke-V dan peceramah Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz mendatangkan sesuatu perasaan yang damai dalam diri saya. InsyaALLAH, moga di Sarawak nanti akan muncul suasana seperti itu.


Alhamdulillah, pada keesokan harinya, diberi rezeki kesempatan untuk menjejak kaki ke pondok pasir tumbuh di kelantan. Terima kasih kepada teman sabahan ku, Hajrah Andong. Posting elektif yang hanya 5 minggu itu menarik hati saya untuk melihat kembali negeri serambi mekah ini, tujuan utama adalah untuk melihat institusi pondok di Kelantan. Yang tersemat di hati, nak mengaji pondok, namun kerana jadual yang tidak mengizin dan tugasan yang perlu diselesaikan semasa berposting di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu tidak memungkinkan pengajian mendalam untuk masa sesingkat dan sesempit itu. Namun insyaALLAH moga berkesempatan untuk merasai baih solehah...

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Ringkas dan padat.

Tetapi payah.

Payah itu perlu mujahadah.

InsyaALLAH...

Setiba kami disana, kami bertembung dengan sentri-sentri yang berpurdah. Saya sedikit terpaku. Bukan tidak pernah melihat orang berpurdah, namun tidak pernah melihat suasana sebegitu. Ramai muslimah berpurdah. Alhamdulillah, disana kami di sambut oleh kak lah, salah seorang anak perempuan Tok guru pengasas pondok pasir tumbuh. Orangnya sederhana, sekali pertemuan dia sudah sangat ramah. Pertemuan kami singkat namun sesingkat itu juga dia mampu menyampaikan mutiara hikmah. Menyatakan kebimbangannya tentang masalah muda-mudi yang galak berpasangan tanpa berkahwin. Caranya mudah , hanya dengan mesej, hati mencair bagaikan air batu diletak dibawah mentari. Sinar nafsu, sirna iman dek kerana seronok ada orang mengambil perhatian. Jadi pesannya, kalau boleh hindarkan perkara yang boleh mendatangkan maksiat dari pada memulakan selepas itu semput untuk berpatah baik. Dia juga mengigatkan kami supaya berbaik sangka dengan orang.

Saya orang yang baru dia kenal, dia orang yang baru saya kenal.

Namun kami terikat atas kalimah la illahaillALLAH sebagai saudara.

Dakwahnya bersahaja namun lahir dari relung hati yang suci.

Waima waktu sesingkat cuma

Cipta peluang atau ambil peluang menyampaikan.

ALLAH, jadikan kami juga mampu sepertinya atau lebih dari itu

Itu sucinya seorang wanita yang menjaga hatinya. Menjaga hatinya untuk mencari cinta ALLAH dan redha suaminya. Menjaga hati muslimin lain dari memandang kecantikannya dengan menyembunyikannya di sebalik hijab. SubhanaALLAH...

Dan yang paling penting bagi seorang wanita adalah hijab hatinya. Menghijab hatinya dari terpaut kepada fatamorgana dunia yang menyesatkan. Hijab hati itu hijab yang benar-benar menjaga wanita itu agar ikhlas di jalan ALLAH. Moga kita sama-sama mujahadah memiliki hijab itu. Salam mujahadah sahabiahku, hijablah hati kita dengan kain taqwa dan iman. Koreksi kembali akhlak dan kata-kata kita, adakah masih berbaur nafsu atau bersandar cinta ALLAH. Saya juga insan yang masih bermujahadah...

suka gambar nie.
ada mesej tersendiri- niqab bukan penghalang kejayaan seorang muslimah

p/s: sangat merindui cermin-cermin ajaib ku yang berada di bumi tarbiyyah, maaf atas kelemahan ana terhadap antum semua. Moga kasih kita sampai ke syurga.




24 Rabiulawal 1432H / 28 Februari 2011
Alhamdulillah selesai pada 1.14 am


Saturday, February 5, 2011

Kemaafan dan Keikhlasan


Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

"maaf zahir dan batin, ayah, ibu."

"maafkan saya."

"asif,ukhti."

dan lain-lain ungkapan yang sewaktu dengannya.

Biasanya balasannya seperti ini:

"ibu dan ayah dah maafkan sayang."

"saya dah lama maafkan awak." atau "saya takkan maafkan awak sampai bila-bila." (moga di jauhkan kita bersi

fat sedemikian)

"tidak apa, ukhti ku sayang. InsyaALLAH ana dah redha. Ukhuwwah fillah."

dan lain-lain ungkapan yang sewaktu dengannya.

Maaf dan ikhlas itu bukan perkara yang boleh dipisahkan. Ramai yang menglazimkan maaf, dan insyaALLAH ramai yang merelakan memaafkan...Namun adakah ikhlas disebalik ungkapan itu?

Ikhlas adalah kosong dari apa-apa niat selain kerana ALLAH s.w.t. Teringat dialog dengan seorang sahabat;

" susahnya nak ikhlas,kan?"

" memang susah."

" susah tetapi tidak mustahil...nasihatkan saya tentang ikhlas..."

kami sama-sama terdiam. Ikhlas itu urusan ALLAH dan bukan milik sesiapa. Yang penting, kita bermujahadah untuk mengapai ikhlas itu walaupun kita tidak pernah tahu bila ia akan hadir. Kerana ikhlas itu milik hamba-hamba yang dikurniakan qalbun salim (), hati yang sejahtera sepertimana firman ALLAH :

Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera” [AL-Shu'araa' 26: 88-89]

Tanyalah pada hatimu, sejauhmana ungkapan kemaafan kita itu bersulam ikhlas?...

Ya ALLAH, jadikan kami hamba-MU yang benar-benar ikhlas... dan mampu beristiqamah dengannya...



Hamba yang dhoif,


1 Rabiulawal 1432H / 5 Februari 2011
Alhamdulillah selesai pada 6.29pm


@>----------------------------------------------Untaian mawar buat sahabat
Doa memohon keikhlasan

Ya ALLAH, Wahai yang Maha Agung,
Kurniakan kami keikhlasan daripada apa pun yang kami katakan,
Kurniakan kami keikhlasan daripada apa pun yang kami lakukan,
Jadikanlah apa pun yang kami perbuatkan semata mata kerana MU Ya ALLAH,
Lindungi kami dari ketamakan pujian dan penghormatan makhluk-makhluk Mu,
Lindungi kami dari ketamakan akan balas budi dari hamba-hamba Mu,
Lindungi kami dari ketamakan atas dunia ini Ya ALLAH..

Ya ALLAH jadikanlah sesiapa pun yang menerima saat ini,
Engkau indahkan dirinya dgn kenikmatan bersujud yang khusyuk,
Kelazatan bersedekah di jalan Mu,
Dan hidup penuh manfaat bagi sebanyak-banyaknya hamba Mu,
Lindungi kami dari kesia-sia an dan kenistaan..

Wahai ALLAH yang maha Agung,
Selamatkan kami,
Tiada pernah kami terputus bermohon kepada Mu,
Kurniakan kearifan bagi hamba-hamba yng engkau titipi amanah,
Jadikan kekuasaan menjadi penuntun kebaikan bagi kami,
Lindungi kami dari orang-orang yang munafik, dari orang2 fasik,
Dan lindungi kami dari orang-orang yang berniat buruk terhadap hamba-hamba Mu ini..

Ya ALLAH, hanya kepada-MU lah kembalinya segala urusan,
Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat,
Dan Jauhilah kami dari azab api neraka..

Amin ..Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin

____________________________

Sumber : Ustaz Aagym




Ya ALLAH,jika derita ini satu ujian untuk aku MENGHAPUSKAN dosa-dosa ku, maka aku redha dengan derit ini, PERBAIKILAH diriku. Tetapi jika rasa dari derita ini MENAMBAHKAN dosaku pada MU, maka HILANGKAN ia dari hatiku, kerana aku TAKUt akan murka dan seksa Neraka MU....


Link yang bermaanfaat membicarakan tentang ikhlas:
1.orang ikhlas tertindas @ Genta rasa_ Ustaz Pahrol Mohd Juoi
2. Muhasabah soal ikhlas oleh Ustaz Hasrizal (maaf, saya tidak jumpa link untuk ke artikel ini, hanya terjumpa dari blog saudara seislam)
3. Sekeping hati milik...@ abusyakirin.com

Friday, February 4, 2011

Kenyataan Media : Tambah Segera Bilangan Doktor Perubatan

Kenyataan Media : Tambah Segera Bilangan Doktor Perubatan

Ditulis oleh Nuridah Mohd Salleh
THURSDAY, 16 DECEMBER 2010 11:48

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) melahirkan kebimbangan dengan jumlah doktor perubatan yang meletak jawatan. Menurut kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai seramai 884 orang pegawai perubatan telah meletakkan jawatan dari tempoh 2007 hingga September lalu.




DMPP melihat jumlah 884 orang adalah jumlah yang agak kritikal bagi kategori golongan profesional seperti doktor perubatan. Meskipun pelbagai faktor diberikan seperti menjadi tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta, mengikut pasangan ke luar negara, menerima tawaran pekerjaan lain dan masalah kesihatan, ianya tidak boleh menjadi sandaran. Kerajaan perlu memikirkan sesuatu bagi mengurangkan jumlah doktor perubatan yang meletakkan jawatan bagi mengelakkan krisis kekurangan doktor perubatan di hospital kerajaan dan swasta.




Dalam keadaan jumlah doktor perubatan yang semakin berkurangan, para doktor sedia ada sudah pasti terbeban dengan pelbagai tugas. Bebanan ini sudah pasti akan memberi kesan yang mendalam terhadap golongan ini. Tidak hairan sekiranya para doktor mengalami stres, kemurungan, lemah, lesu, masalah kesihatan, serta hubungan kekeluargaan yang renggang. Justeru DMPP berpandangan para doktor perlu diberikan masa kerja dan rehat yang secukupnya bagi memberikan masa berkualiti untuk mereka.




Untuk mengikat doktor perubatan dengan kerjaya mereka, seharusnya insentif yang berpatutan diberi kepada mereka. Elaun tambahan, serta kenaikan gaji selaras dengan kelayakan mereka perlu dipertimbangkan semula. Kebanyakan doktor perubatan di hospital kerajaan meletak jawatan hanya kerana mereka menerima peluang kenaikan gaji dan pangkat yang jauh lebih tinggi di hospital swasta. Bahkan ramai doktor terpaksa melakukan kerja tambahan di klinik lain bagi menambah pendapatan mereka.




Selain itu, kerajaan wajar menggalakkan mahasiswa beramai-ramai mengambil kursus kedoktoran bagi menampung jumlah pegawai perubatan di Malaysia. Dengan biasiswa, tajaan selain memudahkan sistem pembelajaran akan menyuntik motivasi mahasiswa untuk menceburi bidang ini. Kewujudan kampus serta fakulti yang menawarkan ijazah kedoktoran boleh menambah bilangan doktor di negara ini.




Akhirnya DMPP berharap kerajaan mengambil langkah serius bagi mengatasi masalah kekurangan doktor perubatan di negara ini. Secara realistik para doktor hanya perlu berkhidmat untuk 10-15 orang pesakit dalam satu-satu masa agar tumpuan dapat diberikan kepada mereka berbanding dengan berpuluh pesakit dihadapkan dengan seorang doktor sahaja selama ini.




NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
(15 Disember 2010 / 9 Muharram 1432)


Sumber : Dewan muslimat PAS pusat


Monologku : Ini adalah jalanmu... Jalan dakwah yang mungkin dilihat orang lain hanya lingkungan hospital dan pesakit... Berusahalah duhai hati...ALLAH tidak memandang amalan yang banyak tetapi ikhlas, sedangkan ikhlas itu rahsia ALLAH...

Tuesday, February 1, 2011

Enti Riak???


Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

Maafkan ana, kerana ana sayangkan enti, ana rasa ana ada kewajiban untuk menegur enti. Bolehkan?

SubhanaALLAH, semestinya sahabatku.

Maaf sekali lagi. Ana rasa enti perlu berubah. Perkataan enti dalam mesyurat tadi jelas menunjukkan enti riak dengan kebolehan enti. Maaf ana tidak bermaksud apa-apa.

... (terdiam dengan wajah merah padam)

***

Contoh diatas hanya rekaan saya semata-mata. Tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang mati.

Dari perbualan diatas, apa kiranya respon sahabta jika menjadi orang yang ditegur? enti riak???

Sejujurnya kalau saya, mungkin akan terasa jugak tetapi simpan dalam hati je kot.

Persoalan riak ini mengigatkan saya dengan sesi soal jawab dengan Abi Ustaz Mohd Nor Omar beberapa hari lepas. Moga sama-sama kita mengambir ikhtibar dari jawapan ringkas beliau...

Soalan:
Ustaz, bagaimana kita hendak menegur seseorang yang kelihatan riak dengan dirinya?

Jawapan dari ABi (lebih kurang bunyinya seperti ini):
Riak ini penyakit hati. Dan penyakit hati tu bukan perkara yang orang lain boleh nampak. Sama jugak dengan penyakit hati seperti ujub. Berlainan dengan Takabur, yang memang boleh dilihat melalui perkataannya.

Untuk menegur mengenai penyakit hati yang kita sendiri sebenarnya tidak nampak, selebihnya hanya prasangka, konsep amal makruf tidak boleh dipraktikkan dalam hal ini. Sedangkan hati itu, dinilai disisi ALLAH buka
n manusia. Maka sebaik-baiknya kita berkongsi.

Berkongsi dengan orang yang kita ingin tegur seperti mengatakan " ana takut dengan riak, enti rasa macam mana nak atasi masalah riak nie?"... Mungkin orang yang kita mula-mula ingin tegur tadi memang mempunyai ilmu tentang riak dan kalian sama-sama berkongsi. Mungkin juga kita yang ingin menegur ini sebenarnya ada penyakit riak yang kita tidak sedar. Lagipun, yang ingin ditegur tadi mungkin tahu yang dia mempunyai penyakit riak dan dia sedang bermujahadah untuk mengikhlaskan
diri.

Dengan berkongsi, kita sama-sama sedar akan kelemahan kita dan berusaha mengatasi riak ini.

***

Soalan yang bernas dari ABi. Konsep amal makruf nahi mungkar tidak boleh dipraktikkan di dalam menyelesaikan penyakit hati seperti riak dan ujub. Jadi sama-samalah kita berkongsi pendapat dan tips untuk merawat penyakit ini daripada menyalahkan hanya sebelah pihak. Sharing is loving ^_^




29 Safar 1432H / 2 Februari 2011
Alhamdulillah selesai pada 11.37am


@>----------------------------------------------Untaian mawar buat sahabat

Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan, dibawa bersama hati saudaranya, justera itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya. ~ Mustafa Masyhur~



Mesir dan Kebangkitan Islam


Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

Mesir dan kebangkitan Islam


Desas-desus berita mengenai rusuhan di Mesir sejak beberapa hari yang lalu sampai ke telinga, namun saya ingatkan rusuhan kecil. Alhamdulillah di beri kelapangan hari ini untuk membuka alam maya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Banyak blog yang mengulas mengenai keselamatan pelajar malaysia di sana. Tidak kurang yang blog yang di wujud untuk menghantar update pelajar-pelajar malaysia di sana. Meremang juga bila mendengar balai polis dibakar, hampir 6000 banduan terlepas di jalanan dan lebih buruk lagi ada pelajar malaysia yang diperkosa kerana rumah mereka di pecah. Harga barang yang melambung serta connection dengan dunia luar yang disekat menyukarkan lagi keadaan mereka di sana... Moga ALLAH sentiasa melindungi kalian dari mereka yang zalim...

Di satu aspek lagi, mungkin ini detiknya... Diktator Hosni Mubarak perlu ditentang. Ini medan juangnya buat ikhwanul muslimin khususnya dan kita sebagai umat islam amnya... dan kita muslimin di malaysia, masih menongkat dagu?. Murahkan doa kalian untuk kemenangan yang benar. Moga dengan ini, sempadan rafah akan di buka dan nasib palestina bukan hanya coretan duka tanpa pembelaan...Moga yang diizinkan ALLAH mengantikan Hosni Mubarak selepas ini adalah orang yang benar-benar amanah...Kita sama-sama menunggu janji ALLAH, saat Isra3l laknatullah dilumpuhkan sayapnya dan jatuh ke neraka Hutomah...


Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan
mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang- orang kafir tidak suka (akan yang demikian).



28 Safar 1432H/ 1 Februari 2011
Alhamdulillah selesai pada 11.55pm


Ya Mu"iid... The Miracles of Asma Al-Husna



Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

Ya Mu'iid

The Restorer, The Reviver, The Renewer, The Re-Creator

The One who restores and repeats all that has been created. The One who constantly renews, revives and repeats creation.

The One who restores and revives the spiritual essence of every person. The One who repeatedly renews mankind's proper relationship with goodness.

The One who repeatedly restores and revives creation, both physically and spiritually.

From the root '-w-d which has the following classical Arabic connotations:

to return to something
to repeat, reproduce, to come back
to restore, to renew




SubhanaALLAH, remembering my naqibah's word, make your dua' with the beutiful name of ALLAH. Why among 99 names of ALLAH, i choose Ya Mu'iid as my entry? Alhamdulillah by experience the miracles the name of ALLAH, I found my books back.



Actually, this was happen last week, when I have lost my books in the ward. Being energetic to finish clerking the patient was really makes my stress go away. The time was 7.20pm, when I left the ward. Upon reaching home, I yet remember that my Apley's Orthopedic text book and another Orthopedic book was not in my bag. Ya ALLAH, it was felt like a disaster... Losing my book and the exam just around the corner..



But, alhamdulillah, by remembering that I brought the small book of Asma Al-Husna in MPH, with tawakal I searching the names of ALLAH, and found Ya Mu'iid, which means the One who repeats, restores and revives that which had been previously invented. ( in Malay word- Maha Mengembalikan )...


Alhamdulillah, I just got back my books a few days ago. Someone have left the books in Photostatt's shop. ^_^



ALLAHU RABBI, let our heart in the strong relience and love to YOU eventhough we need to lose everything in our life...because You who createth mankind, and who returneth us after life to death...


28 Safar 1432H / 1st February 2011
Alhamdulillah, finished by 6.06pm

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP