Saturday, February 5, 2011

Kemaafan dan Keikhlasan


Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

"maaf zahir dan batin, ayah, ibu."

"maafkan saya."

"asif,ukhti."

dan lain-lain ungkapan yang sewaktu dengannya.

Biasanya balasannya seperti ini:

"ibu dan ayah dah maafkan sayang."

"saya dah lama maafkan awak." atau "saya takkan maafkan awak sampai bila-bila." (moga di jauhkan kita bersi

fat sedemikian)

"tidak apa, ukhti ku sayang. InsyaALLAH ana dah redha. Ukhuwwah fillah."

dan lain-lain ungkapan yang sewaktu dengannya.

Maaf dan ikhlas itu bukan perkara yang boleh dipisahkan. Ramai yang menglazimkan maaf, dan insyaALLAH ramai yang merelakan memaafkan...Namun adakah ikhlas disebalik ungkapan itu?

Ikhlas adalah kosong dari apa-apa niat selain kerana ALLAH s.w.t. Teringat dialog dengan seorang sahabat;

" susahnya nak ikhlas,kan?"

" memang susah."

" susah tetapi tidak mustahil...nasihatkan saya tentang ikhlas..."

kami sama-sama terdiam. Ikhlas itu urusan ALLAH dan bukan milik sesiapa. Yang penting, kita bermujahadah untuk mengapai ikhlas itu walaupun kita tidak pernah tahu bila ia akan hadir. Kerana ikhlas itu milik hamba-hamba yang dikurniakan qalbun salim (), hati yang sejahtera sepertimana firman ALLAH :

Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera” [AL-Shu'araa' 26: 88-89]

Tanyalah pada hatimu, sejauhmana ungkapan kemaafan kita itu bersulam ikhlas?...

Ya ALLAH, jadikan kami hamba-MU yang benar-benar ikhlas... dan mampu beristiqamah dengannya...



Hamba yang dhoif,


1 Rabiulawal 1432H / 5 Februari 2011
Alhamdulillah selesai pada 6.29pm


@>----------------------------------------------Untaian mawar buat sahabat
Doa memohon keikhlasan

Ya ALLAH, Wahai yang Maha Agung,
Kurniakan kami keikhlasan daripada apa pun yang kami katakan,
Kurniakan kami keikhlasan daripada apa pun yang kami lakukan,
Jadikanlah apa pun yang kami perbuatkan semata mata kerana MU Ya ALLAH,
Lindungi kami dari ketamakan pujian dan penghormatan makhluk-makhluk Mu,
Lindungi kami dari ketamakan akan balas budi dari hamba-hamba Mu,
Lindungi kami dari ketamakan atas dunia ini Ya ALLAH..

Ya ALLAH jadikanlah sesiapa pun yang menerima saat ini,
Engkau indahkan dirinya dgn kenikmatan bersujud yang khusyuk,
Kelazatan bersedekah di jalan Mu,
Dan hidup penuh manfaat bagi sebanyak-banyaknya hamba Mu,
Lindungi kami dari kesia-sia an dan kenistaan..

Wahai ALLAH yang maha Agung,
Selamatkan kami,
Tiada pernah kami terputus bermohon kepada Mu,
Kurniakan kearifan bagi hamba-hamba yng engkau titipi amanah,
Jadikan kekuasaan menjadi penuntun kebaikan bagi kami,
Lindungi kami dari orang-orang yang munafik, dari orang2 fasik,
Dan lindungi kami dari orang-orang yang berniat buruk terhadap hamba-hamba Mu ini..

Ya ALLAH, hanya kepada-MU lah kembalinya segala urusan,
Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat,
Dan Jauhilah kami dari azab api neraka..

Amin ..Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin

____________________________

Sumber : Ustaz Aagym




Ya ALLAH,jika derita ini satu ujian untuk aku MENGHAPUSKAN dosa-dosa ku, maka aku redha dengan derit ini, PERBAIKILAH diriku. Tetapi jika rasa dari derita ini MENAMBAHKAN dosaku pada MU, maka HILANGKAN ia dari hatiku, kerana aku TAKUt akan murka dan seksa Neraka MU....


Link yang bermaanfaat membicarakan tentang ikhlas:
1.orang ikhlas tertindas @ Genta rasa_ Ustaz Pahrol Mohd Juoi
2. Muhasabah soal ikhlas oleh Ustaz Hasrizal (maaf, saya tidak jumpa link untuk ke artikel ini, hanya terjumpa dari blog saudara seislam)
3. Sekeping hati milik...@ abusyakirin.com

0 comments:

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP