Sunday, February 27, 2011

Tidak memandang dan tidak dipandang...

comelkan?
insyaALLAH moga jadi pencinta ALLAH yang sejati


Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

Satu keindahan bila pada malam 12 rabiulawal 1432 H lepas, saya berpeluang menyambut maulidur rasul di MasjidMuhammadi, Kota Bharu. Mungkin bagi sesetengah orang, apalah sangat pengalaman saya, namun bagi saya yang serba dhoif ini, setiap detik waktu yang berlalu adalah sejarah, yang membuahkan pengalaman. Lautan manusia yang kebanyakannya berjubah putih memenuhi masjid muhammadi, anak-anak tahfiz yang bersesakkan menaiki van dan bas, serta kehadiran Tok Guru Nik Aziz , Sultan Muhammad ke-V dan peceramah Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz mendatangkan sesuatu perasaan yang damai dalam diri saya. InsyaALLAH, moga di Sarawak nanti akan muncul suasana seperti itu.


Alhamdulillah, pada keesokan harinya, diberi rezeki kesempatan untuk menjejak kaki ke pondok pasir tumbuh di kelantan. Terima kasih kepada teman sabahan ku, Hajrah Andong. Posting elektif yang hanya 5 minggu itu menarik hati saya untuk melihat kembali negeri serambi mekah ini, tujuan utama adalah untuk melihat institusi pondok di Kelantan. Yang tersemat di hati, nak mengaji pondok, namun kerana jadual yang tidak mengizin dan tugasan yang perlu diselesaikan semasa berposting di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu tidak memungkinkan pengajian mendalam untuk masa sesingkat dan sesempit itu. Namun insyaALLAH moga berkesempatan untuk merasai baih solehah...

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Ringkas dan padat.

Tetapi payah.

Payah itu perlu mujahadah.

InsyaALLAH...

Setiba kami disana, kami bertembung dengan sentri-sentri yang berpurdah. Saya sedikit terpaku. Bukan tidak pernah melihat orang berpurdah, namun tidak pernah melihat suasana sebegitu. Ramai muslimah berpurdah. Alhamdulillah, disana kami di sambut oleh kak lah, salah seorang anak perempuan Tok guru pengasas pondok pasir tumbuh. Orangnya sederhana, sekali pertemuan dia sudah sangat ramah. Pertemuan kami singkat namun sesingkat itu juga dia mampu menyampaikan mutiara hikmah. Menyatakan kebimbangannya tentang masalah muda-mudi yang galak berpasangan tanpa berkahwin. Caranya mudah , hanya dengan mesej, hati mencair bagaikan air batu diletak dibawah mentari. Sinar nafsu, sirna iman dek kerana seronok ada orang mengambil perhatian. Jadi pesannya, kalau boleh hindarkan perkara yang boleh mendatangkan maksiat dari pada memulakan selepas itu semput untuk berpatah baik. Dia juga mengigatkan kami supaya berbaik sangka dengan orang.

Saya orang yang baru dia kenal, dia orang yang baru saya kenal.

Namun kami terikat atas kalimah la illahaillALLAH sebagai saudara.

Dakwahnya bersahaja namun lahir dari relung hati yang suci.

Waima waktu sesingkat cuma

Cipta peluang atau ambil peluang menyampaikan.

ALLAH, jadikan kami juga mampu sepertinya atau lebih dari itu

Itu sucinya seorang wanita yang menjaga hatinya. Menjaga hatinya untuk mencari cinta ALLAH dan redha suaminya. Menjaga hati muslimin lain dari memandang kecantikannya dengan menyembunyikannya di sebalik hijab. SubhanaALLAH...

Dan yang paling penting bagi seorang wanita adalah hijab hatinya. Menghijab hatinya dari terpaut kepada fatamorgana dunia yang menyesatkan. Hijab hati itu hijab yang benar-benar menjaga wanita itu agar ikhlas di jalan ALLAH. Moga kita sama-sama mujahadah memiliki hijab itu. Salam mujahadah sahabiahku, hijablah hati kita dengan kain taqwa dan iman. Koreksi kembali akhlak dan kata-kata kita, adakah masih berbaur nafsu atau bersandar cinta ALLAH. Saya juga insan yang masih bermujahadah...

suka gambar nie.
ada mesej tersendiri- niqab bukan penghalang kejayaan seorang muslimah

p/s: sangat merindui cermin-cermin ajaib ku yang berada di bumi tarbiyyah, maaf atas kelemahan ana terhadap antum semua. Moga kasih kita sampai ke syurga.




24 Rabiulawal 1432H / 28 Februari 2011
Alhamdulillah selesai pada 1.14 am


0 comments:

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP