Friday, May 13, 2011

Minggu ini...

Fikir-Fikirkanlah ^_^
Kredit : Nayzak

Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

Banyak yang berlaku minggu ini.

Banyak yang membuat saya berfikir.

Hakikat seorang hamba.

Al-Fatihah
Isnin lalu, kami dikejutkan dengan pemergian seorang bekas pelajar Fakulti Perubatan UNIMAS setelah lemas menyelamatkan seorang rakannya.

Ketika mendengar khabar kematiannya, saya terpaku dan kalimah ALLAHU AKBAR beberapa kali meniti di bibir saya untuk menenangkan hati saya.

Seingat saya, saya hanya mengenali Allahyarham Dr Mohd Azri sebagai senior tahun ke-5 semasa saya tahun pertama. Tidak mengenali dia sangat tetapi karakter beliau menyebabakan orang yang mengenalinya mampu menghormatinya.

I am admitted that I am a type of woman who reluctant to call someone with title 'abang' infront even though he is senior from me. Perhaps, some of my friends also like this. But because our respect towards his character, we call him as 'abang azri'. He is a nice person. Hardly to saw he talking badly about others. Indeed in his last breath, he still had a good intention, which was to save his friend from drowning.

Menghadiri majlis pengebumiannya, saya berasa terharu. Ramai yang berbicara mengenai kebaikannya. Saat kematian kita bagaimana? Umur berapa? Detik bila?

" Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Ali-Imran : 185)


My Junior

"Nur kne repet.. dont worry =)". Satu mesej masuk ke dalam peti inbox saya.

Lama berfikir apa maksudnya repet...take a minute.. Repeat!

Nur yang saya kenal orangnya kuat semangat. Jarang melihat dia menangis sekalipun diuji. Saya menagis dibahu dia adalah. Malunya. ^_^

Alhamdulillah, dia dapat menerima seadanya qada dan qadar yang berlaku dengan berlapang dada. Saya yang menjadi speechless. Saya yang termotivasi.

Kepada semua adik-adik tahun pertama atau mana-mana tahun yang kena repeat year, ini pesanan buat kalian. Moga terus bermujahadah untuk mencari keberkatan ilmu.

Dik, moga apa yang berlaku ini tidak mengoyahkan kepercayaanmu kepada ALLAH. Kerana yang diuji itu berada sangat dekat dengan permerhatian-NYA. Saat ini dia memberi waktu untuk dirimu menilai kembali segala yang telah engkau lakukan. Jangan mengira kebaikan yang engkau taburkan tidak dibalas oleh tuhan. Bukankah kita hamba sentiasa layak untuk diuji. Menangislah jika itu menenangkan jiwamu, dan terus berada di jalan ALLAH. Sesungguhnya DIA lebih mengenalimu dan merancang skrip hidupmu.

Buat renungan bersama ^^,

Orang yang bersyukur akan menghitung nikmat yang ada hingga tidak cukup lafaz Alhamdulillah dan ketaatannya pada membalas nikmat yang ada.

Orang yang kufur akan mengeluh dan kecewa dengan segala yang tiada di tangannya hingga datang pelbagai penyakit jiwa dan agama.

“…Dan sedikit sekali daripada kalangan hamba-Ku yang bersyukur” [Saba' 34: 13]

Mari bersyukur.

Ia rawatan jiwa untuk bahagia.

kredit to : Saifulislam.com


11 Jamadil Akhir 1432H /14 MEI 2011
Alhamdulillah selesai pada 7.54am

Saturday, May 7, 2011

Mak, aku ingin mengasihimu kerana ALLAH

Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

Entah kenapa jiwa ini berasa hiba padahal tiada yang berlaku. Lantas surah Ar-Rahman dijadikan pengubat jiwa. Terasa tersangat rindu. Mudahan rindu itu adalah untuk Pencipta insan yang dhoif ini.

Hari ini 8 mei. Hari ibu sedunia.


IBU SOLEHAH
"Nanti dah besar, anak mak nak jadi apa?", ujar Khadijah. Lembut diusapnya rambut anak yang dikasihinya.


"Aiman nak jadi doktor, nanti boleh rawat orang sakit, mak. Boleh rawat mak. Ayah. Adik', anak kecil itu tersenyum. Senyum dari hati yang masih belum kenal akan debu kotoran dunia.

" Itu je ke sebab aiman nak jadi doktor?", Khadijah sengaja ingin menguji anak kecilnya.

" Kenape, mak? Kena ada banyak sebab ke?", anak kecil itu mula kebingungan.

"Mak nak tanya, kenapa Aiman sayang emak?".

"Sebab mak kan mak Aiman... emm... Mak selalu buatkan Aiman bekal sekolah. Selalu buat makanan yang sedap. Jaga Aiman masa Aiman sakit.. Banyaklah mak", anak kecil itu mula mengaru kepalanya. Banyak jasa ibunya sehingga tidak tersenarai olehnya.

"Sebab utamanya apa, sayang?", Khadijah masih belum puas menjana minda anak kecilnya untuk berfikir.

"macam tadilah... Mak kan mak Aiman".

"Siapa yang cipta mak'.

" Tu Aiman tahu. Pencipta manusia mestilah ALLAH, ustaz Aiman selalu cakap."

"Siapa cipta Aiman", sambil lembut jarinya menyentuh hidung anak kecilnya.

"ALLAH". mata kecilnya bersinar-sinar tatkala memberi jawapan kepada ibunya.

Kalimat 'ALLAH'. Bukan semua ibu bapa mengenalkan anak mereka dengan kalimah
ALLAH. Kebiasaanya mereka mengenalkan anak kecil kepada perkataan 'mak', 'ayah', 'nenek' dan seangkatan dengannya. Amat jarang mendengar seorang ibu membicara akan ALLAH kepada anak kecilnya yang tidak berkata-kata. Sedangkan itu kalimat agung. Amat bertuah bagi anak-anak yang sejak dari awal lagi dididik cara beragama dengan betul. Dihantar mengaji, malah hafal Al-Quran. Dihidupkan harinya dengan solat sebelum dia akil baligh lagi. SubhanALLAH.


IBU BAIK TETAPI TIDAK MEMAHAMI
Naun bukan semua insan beruntung dilahirkan dalam keluarga yang terdidik dengan agama. Rasanya kebanyakan betul-betul kenal hakikat beragama saat mereka menuntut ilmu. Kerana ilmu itu jalan menuju Tuhan. Mungkin ada yang berhadapan dengan situasi ini.

"Mak, Ainul nak pergi kelas mengaji, ada taranum sekali, boleh mak?". Anak gadis itu meminta dari ibunya.

"Ainul, kene bayar berape?'. Ligat tangan mak som menyental aduanan kuih yang
baru dibuatnya.

" mungkin rm10-20 sebulan", Ainul meneka.

" mak tak da duitlah, ainul. Takkan lah kat sekolah kau tak belajar mengaji. Bagus tolong mak je jual kuih, sekurang-kurangnya ada jugak duit belanja".

"Tapi ramai kawan ainul yang pergi mak. Seronok dengar dia orang mengaji".

Mak Som membisu sambil meneruskan kerjanya.

Ainul berlalu. Tahu ibunya tidak setuju dengan keinginannya
.

Saya selalu melihat situasi di kawasan saya. Ibu ayah tidak kisah menghantar anak pergi ke kelas tuisyen ini dan itu. Tetapi kelas mengaji diabaikan. Apa yang saya boleh lakukan, sedih melihat anak ini. Sekarang mungkin dia tidak terasa lagi. Tetapi akan tiba detik dia keluar dari lingkungan keluarga dan berhadapan dengan orang diluar sana. Of Course,they will expecting a lots from those with a title "mahasiswa".


IBU YANG ???
Ini mungkin kita boleh kiaskan dengan kisah dibawah.

"Mak, solat lah mak. ustazah cakap kalau kita tinggal solat masuk neraka", hakimi mengomel kepada ibunya.

"apa kau tahu, masih kecik dah pandai nak ajar-ajar orang tua". Laila merengus marah. Panas telinganya mendengar nasihat dari anaknya yang berusia 10 tahun itu.

"tapi mak..".


"Ah, sudah..sudah.. kalau aku tahu menjawab camnie, aku cekik lagi dari kecil'. Entah apa yang merasuk sehingga Laila sanggup berkata demikian.

Anak kecil itu terus terdiam. Berlalu pergi. Hampa. Sedih.

Mungkin ramai yang ibu ayahnya masih belum memahami islam. Melenting bila bicara mengenai agama. Silap haribulan penampar yang singgah. Atau kesan hanger berbekas di punggung.

Saya yakin pasti anak ini menyimpan apa yang dikata ibunya sehingga ia dewasa. Betapa pilunya hati, jika ibu mengeluarkan perkataan sedemikian. Tetapi adakah layak untuk kita membalas mereka dengan apa yang telah mereka lakukan kepada kita dahulu.

"Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun
seperti perkataan "ah" adalah tidak dibenarkan dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun)"
Surah Al-Isra' ayat 23
Hendak membalas?. Sedangkan Al-Quran mengatakan tidak boleh mengatakan sekalipun perkataan 'ah'.

KASIHI MEREKA KERANA ALLAH
Tidak semua manusia mendapat ibu yang penyayang. Tidak kurang juga ada ibu yang membuang anaknya ke dalam tong sampah. Pedih hati anaknya bila membesar.
Namun rahmat ALLAH itu tidak pernah hilang. Sentiasa kasih sayangnya , menjadikan kita orang yang faham. Sesungguhnya dunia ini hanya pentas lakonan. Kita pelakon yang diberi kebebasan oleh ALLAH menentukan baik buruknya lakonan kita tetapi tetap skripnya di tangan ALLAH.

Mungkin ini bentuk ujian ALLAH buat anak sebegini.

Namun janganlah hiba jika kita faham.

Lakukan demi kasih Tuhan.

"... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah ALLAH, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?"
(Az-Zumar:6)

InsyaALLAH, apapun jenis ibu kita, moga bertemu di syurga.

Sungguh ibu masih berjasa. Mengandung dirimu 9 bulan 10 hari walau bagaimanapun perasaannya...


dan di lubuk hati mereka, dirimu sangat disayangi...

***
Buat ibu saya, terima kasih kerana melahirkan diri dan membesarkan anakmu yang degil ini.
Merawat saya bila dalam kesakitan.
Mengigatkan saya dalam kelekaan.
Mengajar saya erti kehidupan.
Memahamkan hikmah kesusahan... Segalanya..

Ya ALLAH, berkatilah kehidupan ibuku dunia dan akhirat. Jadikan kami hambamu yang sejati. dan jadikan hambamu ini, anak yang baik buatnya. Lapangkanlah hatinya dengan akhlak keperibadianku...Dan jadikan cinta kami semat
a-mata kerana-MU.

Sungguh Ya ALLAH, kami tidak ingin mati dalam keadaan ibu tidak redha pada kami. Maka, peliharalah kami dari menyakitkan mereka tanpa sedar
mahu pun tidak sedar...

Everyday is a mother's day






5 Jamadil Akhir 1432H / 8 MEI 2011
Alhamdulillah selesai pada 2.55am

Sunday, May 1, 2011

Kita diuji dengan perkara yang kita sayang...

Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

Atas nama Cinta,ALLAH masih lagi mengizin jemari hamba-Nya ini mencoret kembali di kanvas cinta yang lama ditinggalkan berdebu. Alhamdulillah... ^_^

Buat teman-teman yang sudi singgah, menjadi follower dan menitipkan salam di kolum tautan ukhuwah, sungguh saya sangat berbesar hati dengan kasih kalian. Syukran jazilan kasiran. InsyaALLAH nikmat ukhuwwah kerana ALLAH... sekalipun tidak pernah bersua muka.


Dalam tempoh kebelakangan ini, banyak diguna untuk berfikir hikmah di sebalik ujian. Setiap manusia itu diuji. Tiada seorang pun ketinggalan daripada diuji. Tetapi adakah ujian itu menjadikan kita manusia termalang di alam maya ini?.


ALLAH MENGUJI HAMBANYA DENGAN PERKARA YANG DIA SAYANG DAN DIINGININYA, SANGAT JARANG TERHADAP PERKARA YANG DIA TIDAK BERKEHENDAK.

SItuasi A
Ada seorang ibu, dia ibu yang tabah. Tubuhnya kelihatan lemah kerana menghidap prolapsed intravetebral disc, dan dalam masa yang sama dia juga mengandung.Niatnya adalah untuk melahirkan mujahid dan mujahidah untuk menjadi pewaris menegakkan kalimah yang Haq. Kata-katanya umpama air yang membasah bumi yang kering kontang. Di takdirkan semasa last trimester (3 bulan terakhir) dia disahkan menghidap gestational diabetes mellitus. Dan perlu menggunakan insulin untuk mengawal kadar gula dalam darahnya. Baby juga mengalami masalah, menyebabkan dia terpaksa di masukkan berkali-kali ke hospital. Saat kelahiran, alhamdulillah, dipermudahkan ALLAH, di saat itu khutbah jumaat. Namun si ibu dan mujahidah kecil diuji lagi , mujahidah kecil muntah darah dan terpaksa dimasukkan ke Special Care Nursery.

Niatnya si ibu baik, melahirkan mujahid dan mujahidah untuk agama... dan dia tetap diuji dengan mujahidah kecil yang baru dilahirkan. Sayang seorang ibu.
Dan bayangkan hati ibu tersebut...
Tetapi ALLAH tetap ingin melihat hati seorang hamba-NYA...
kasih ibu meneman di sepanjang jalan...
Tetapi kasih ALLAH tiada permulaan dan pengakhiran

Situasi B
Ada dua orang muslimat, si A dan B. Mereka bersahabat baik, insyaALLAH dengan niat lilahi Taala. Si A ditakdirkan bertunang dengan muslimin C , dan si B mengetahuinya. Niat si A ini menjalinkan tali pertunangan kerana yakinnya dia inginkan hubungan yang mengikut syariat. Dia ingin perkahwinan sebagai pelengkap agamanya. Namun dengan peraturan dari ALLAH, si B mengtaqdim tunang sahabatnya didasari dengan alasan perjuangan. Dan si C memilih si B sebagai pendampingnya.

Si A diuji, atas kalimah ukhuwwah yang sering dilafazkan dan niat menjadikan perkahwinan sebagai pelengkap agama. Dia inginkan ukhuwwah yang suci dan ikatan yang halal.
Dia berhak marah. Bayangkan hati wanita...
Tetap ALLAH tetap ingin melihat hati seorang hamba-NYA...


Situasi C
Sudah lumrah , sesiapa yang memasuki universiti pasti ingin berjaya dan kalau boleh tamat pengajian pada waktu yang ditetapkan. Muslimat ini orangnya sangat kuat berusaha, untuk cita-citanya menjadi doktor muslimah yang diredhai ALLAH. Namun tetap jua jalannya sukar sekalipun niatnya baik. Semakin hari, keadaan menyesakkan baginya, diuji dengan failed beberapa block, sehingga perlu mengambil remedial exam.

Niatnya baik, usahanya keras. Namun tetap juga dia diuji. Bayangkan apa hati kita ditempatnya...
Tetap ALLAH tetap ingin melihat hati seorang hamba-NYA...


Situasi D
setiap yang mengikuti driving test pasti ingin pass bukan? Situasinya mungkin simple, tetapi jujur kalau boleh kita tidak ingin mengulang mengambil driving test. Seorang muslimat berniat untuk mengambil lesen memandu semata-mata memudahkan dia dan sahabatnya bergerak menjalankan gerak kerja dakwah. Dia cepat menguasai ilmu dan skill yang diturunkan oleh pengajarnya. Namun,tetap jua dia diuji, saat test on the road sudah lulus, dia diuji dengan kereta yang terundur kebelakang semasa ujian bukit, dimana sebelum ini perkara itu tidak berlaku.

Niatnya baik, dia ada skillnya. Namun tetap juga dia diuji. Bayangkan betapa hatinya merasa kecewa...
Tetap ALLAH tetap ingin melihat hati seorang hamba-NYA..
***
Setiap manusia diuji. Situasinya yang berbeza. Sungguh, ini bukan mainan di bibir mahupun mainan jemari di keypad laptop, apabila datang masanya kita pasti merasakan sakitnya menahan perit ujian. Sakitnya mujahadatun nafsi. Sekalipun sekecil-kecil perkara. Kita berasa sedih kerana itu yang kita ingini dan sayang. Dan Maha Teliti ALLAH, Dia menguji kita dengan perkara yang kita sayang dan idamkan itu kerana DIA cinta akan hamba-Nya. ALLAH mahu hamba-NYA kenal kasih sayangnya walaupun dalam kepahitan ujian. ALLAH mahu mengigatkan kita sekalipun kita mengkehendaki satu perkara semata-mata kerana-NYA, dia tetap berhak menjadi first priority sekali dalam nikmat mahupun ujian. Kerana DIA ingin hamba-NYA merasa manisnya iman sekalipun dunia itu bukan miliknya.

ALLAH ingin menyedarkan nikmat hamba itu, puncaknya memiliki hati yang sejahtera walau bagaimanapun corak kehidupannya. InsyaALLAH ^_^



28 Jamadil Awwal 1432H / 2 MEI 2011
Alhamdulillah selesai pada 8.11am

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP