Sunday, May 1, 2011

Kita diuji dengan perkara yang kita sayang...

Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

Atas nama Cinta,ALLAH masih lagi mengizin jemari hamba-Nya ini mencoret kembali di kanvas cinta yang lama ditinggalkan berdebu. Alhamdulillah... ^_^

Buat teman-teman yang sudi singgah, menjadi follower dan menitipkan salam di kolum tautan ukhuwah, sungguh saya sangat berbesar hati dengan kasih kalian. Syukran jazilan kasiran. InsyaALLAH nikmat ukhuwwah kerana ALLAH... sekalipun tidak pernah bersua muka.


Dalam tempoh kebelakangan ini, banyak diguna untuk berfikir hikmah di sebalik ujian. Setiap manusia itu diuji. Tiada seorang pun ketinggalan daripada diuji. Tetapi adakah ujian itu menjadikan kita manusia termalang di alam maya ini?.


ALLAH MENGUJI HAMBANYA DENGAN PERKARA YANG DIA SAYANG DAN DIINGININYA, SANGAT JARANG TERHADAP PERKARA YANG DIA TIDAK BERKEHENDAK.

SItuasi A
Ada seorang ibu, dia ibu yang tabah. Tubuhnya kelihatan lemah kerana menghidap prolapsed intravetebral disc, dan dalam masa yang sama dia juga mengandung.Niatnya adalah untuk melahirkan mujahid dan mujahidah untuk menjadi pewaris menegakkan kalimah yang Haq. Kata-katanya umpama air yang membasah bumi yang kering kontang. Di takdirkan semasa last trimester (3 bulan terakhir) dia disahkan menghidap gestational diabetes mellitus. Dan perlu menggunakan insulin untuk mengawal kadar gula dalam darahnya. Baby juga mengalami masalah, menyebabkan dia terpaksa di masukkan berkali-kali ke hospital. Saat kelahiran, alhamdulillah, dipermudahkan ALLAH, di saat itu khutbah jumaat. Namun si ibu dan mujahidah kecil diuji lagi , mujahidah kecil muntah darah dan terpaksa dimasukkan ke Special Care Nursery.

Niatnya si ibu baik, melahirkan mujahid dan mujahidah untuk agama... dan dia tetap diuji dengan mujahidah kecil yang baru dilahirkan. Sayang seorang ibu.
Dan bayangkan hati ibu tersebut...
Tetapi ALLAH tetap ingin melihat hati seorang hamba-NYA...
kasih ibu meneman di sepanjang jalan...
Tetapi kasih ALLAH tiada permulaan dan pengakhiran

Situasi B
Ada dua orang muslimat, si A dan B. Mereka bersahabat baik, insyaALLAH dengan niat lilahi Taala. Si A ditakdirkan bertunang dengan muslimin C , dan si B mengetahuinya. Niat si A ini menjalinkan tali pertunangan kerana yakinnya dia inginkan hubungan yang mengikut syariat. Dia ingin perkahwinan sebagai pelengkap agamanya. Namun dengan peraturan dari ALLAH, si B mengtaqdim tunang sahabatnya didasari dengan alasan perjuangan. Dan si C memilih si B sebagai pendampingnya.

Si A diuji, atas kalimah ukhuwwah yang sering dilafazkan dan niat menjadikan perkahwinan sebagai pelengkap agama. Dia inginkan ukhuwwah yang suci dan ikatan yang halal.
Dia berhak marah. Bayangkan hati wanita...
Tetap ALLAH tetap ingin melihat hati seorang hamba-NYA...


Situasi C
Sudah lumrah , sesiapa yang memasuki universiti pasti ingin berjaya dan kalau boleh tamat pengajian pada waktu yang ditetapkan. Muslimat ini orangnya sangat kuat berusaha, untuk cita-citanya menjadi doktor muslimah yang diredhai ALLAH. Namun tetap jua jalannya sukar sekalipun niatnya baik. Semakin hari, keadaan menyesakkan baginya, diuji dengan failed beberapa block, sehingga perlu mengambil remedial exam.

Niatnya baik, usahanya keras. Namun tetap juga dia diuji. Bayangkan apa hati kita ditempatnya...
Tetap ALLAH tetap ingin melihat hati seorang hamba-NYA...


Situasi D
setiap yang mengikuti driving test pasti ingin pass bukan? Situasinya mungkin simple, tetapi jujur kalau boleh kita tidak ingin mengulang mengambil driving test. Seorang muslimat berniat untuk mengambil lesen memandu semata-mata memudahkan dia dan sahabatnya bergerak menjalankan gerak kerja dakwah. Dia cepat menguasai ilmu dan skill yang diturunkan oleh pengajarnya. Namun,tetap jua dia diuji, saat test on the road sudah lulus, dia diuji dengan kereta yang terundur kebelakang semasa ujian bukit, dimana sebelum ini perkara itu tidak berlaku.

Niatnya baik, dia ada skillnya. Namun tetap juga dia diuji. Bayangkan betapa hatinya merasa kecewa...
Tetap ALLAH tetap ingin melihat hati seorang hamba-NYA..
***
Setiap manusia diuji. Situasinya yang berbeza. Sungguh, ini bukan mainan di bibir mahupun mainan jemari di keypad laptop, apabila datang masanya kita pasti merasakan sakitnya menahan perit ujian. Sakitnya mujahadatun nafsi. Sekalipun sekecil-kecil perkara. Kita berasa sedih kerana itu yang kita ingini dan sayang. Dan Maha Teliti ALLAH, Dia menguji kita dengan perkara yang kita sayang dan idamkan itu kerana DIA cinta akan hamba-Nya. ALLAH mahu hamba-NYA kenal kasih sayangnya walaupun dalam kepahitan ujian. ALLAH mahu mengigatkan kita sekalipun kita mengkehendaki satu perkara semata-mata kerana-NYA, dia tetap berhak menjadi first priority sekali dalam nikmat mahupun ujian. Kerana DIA ingin hamba-NYA merasa manisnya iman sekalipun dunia itu bukan miliknya.

ALLAH ingin menyedarkan nikmat hamba itu, puncaknya memiliki hati yang sejahtera walau bagaimanapun corak kehidupannya. InsyaALLAH ^_^



28 Jamadil Awwal 1432H / 2 MEI 2011
Alhamdulillah selesai pada 8.11am

4 comments:

Izzati Hashim

Salam alaik.

setuju dengan tajuk & isi post ni, terima kasih utk perkongsian (=

memg betul, Allah akan uji kita dengan benda yg dekat dengan hati kita. Mungkin antara hikmat yg blh kita ambil, Allah xnak kita terlalu berharap pada yg lain, terlalu kasih lebih dari DIA. Itu mungkin salah satu hikmatnya.

but then, byk sgt lagi kenapa dan mengapa kita teruji. Lagipun, kita hamba yg sentiasa layak diuji kan?

(=

AAZar @ Fikraa 'Abdullah

Salam'alaik ya ukht :)

Alhamdulillah, pengisian yang baik..ujian itu tarbiyyah daripada Allah buat hamba-hambaNya. Kerana Allah itu mendahului setiap perancangan manusia, Dia lebih tahu mana yang terbaik buat kita.

Andai lemah, ya, kekuatan itu sentiasa ada. Ada pada Allah, maka mohonlah, dekatilah Dia. Allah sentiasa dekat! :)

Waallahua'lam.
Uhibbuki fillah wa lillah~

Aisyah Ashiqin

Dear Izzati Hashim
Wa'alaikumsalam, syukran ukhti.. hikmah ilmu dari ujian yang kita lihat dr sudut yang positif. InsyaALLAH kita akn diberi faham akn aturan ILLAHI...

Betul tu ukhti, ini hanyalah salah satu dr hikmahnya. sebnrnya lebih dari itu, x terjangkau dek krn kt asyik melihat ujian itu dr sudut yg sempit. Mgkn ujian itu menyelamatkan kt dr bala yg lbh besar...

Benar, Hamba sentiasa layak diuji, itu fitrahnya, dan itu juga perjanjian ruh kita utk taat kpd khaliqny. Namun saat di uji kt lmbt tersedar.. Kita merintih sesuatu yg hanya pinjaman sementara..sedangkan ketaatan kita kepada ALLAH bukanlah ada kerana amalan tetapi krn Cinta-NYA yg membenarkn kt mjadi golongan yang taat...salam perkenalan ukhti.. Syukran ats titipan kata2. Moga kita mampu jd hamba-NYA yg sejati...

Aisyah Ashiqin

Dear Amal Athirah,
Wa'alaikumsalam, amal ^_^
Ilham dan kudrat menulis itu dari ALLAH, amal. Semua dari-NYA.. Alhamdulillah, warming up balik setelah lama tidak menulis krn bimbang akn hati yg belum redha dalam ujian...

ALLAH uji kt krn kasihkan. DIA rindu tangisan kita di dada malam.. dan sebenarnya kita juga sgt rindu akan pertemuan seperti itu, saat kt berasa kt benar2 lemah dan mgkn saat itu, saat kita benar2 kembali sbg hamba... Kebahagian itu hany dirasa oleh org yg kembali kpd Tuhannya...

InsyaALLAH, moga Amal terus sukses dalam mencari redha ILLAHi. Akak bangga dgn shbt yg ttp bangun stelah jatuh wpun dia sggp bertatih slps tu..Kerana yakin, kemampuan berjaya dan mendpt kbahagiaan itu hanya dari ALLAH, dan dia x pernah mengatakan kita x boleh berjaya dan berbahagia sklpn plbg ujian diberi.. Moga sents dlm naungan kasih sayang-NYA dan dpmudahkan sgl urusanmu dunia & akhrt... moga berukhuwwah hingga ke syurga.. amin ^_^

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP