Saturday, May 7, 2011

Mak, aku ingin mengasihimu kerana ALLAH

Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

Entah kenapa jiwa ini berasa hiba padahal tiada yang berlaku. Lantas surah Ar-Rahman dijadikan pengubat jiwa. Terasa tersangat rindu. Mudahan rindu itu adalah untuk Pencipta insan yang dhoif ini.

Hari ini 8 mei. Hari ibu sedunia.


IBU SOLEHAH
"Nanti dah besar, anak mak nak jadi apa?", ujar Khadijah. Lembut diusapnya rambut anak yang dikasihinya.


"Aiman nak jadi doktor, nanti boleh rawat orang sakit, mak. Boleh rawat mak. Ayah. Adik', anak kecil itu tersenyum. Senyum dari hati yang masih belum kenal akan debu kotoran dunia.

" Itu je ke sebab aiman nak jadi doktor?", Khadijah sengaja ingin menguji anak kecilnya.

" Kenape, mak? Kena ada banyak sebab ke?", anak kecil itu mula kebingungan.

"Mak nak tanya, kenapa Aiman sayang emak?".

"Sebab mak kan mak Aiman... emm... Mak selalu buatkan Aiman bekal sekolah. Selalu buat makanan yang sedap. Jaga Aiman masa Aiman sakit.. Banyaklah mak", anak kecil itu mula mengaru kepalanya. Banyak jasa ibunya sehingga tidak tersenarai olehnya.

"Sebab utamanya apa, sayang?", Khadijah masih belum puas menjana minda anak kecilnya untuk berfikir.

"macam tadilah... Mak kan mak Aiman".

"Siapa yang cipta mak'.

" Tu Aiman tahu. Pencipta manusia mestilah ALLAH, ustaz Aiman selalu cakap."

"Siapa cipta Aiman", sambil lembut jarinya menyentuh hidung anak kecilnya.

"ALLAH". mata kecilnya bersinar-sinar tatkala memberi jawapan kepada ibunya.

Kalimat 'ALLAH'. Bukan semua ibu bapa mengenalkan anak mereka dengan kalimah
ALLAH. Kebiasaanya mereka mengenalkan anak kecil kepada perkataan 'mak', 'ayah', 'nenek' dan seangkatan dengannya. Amat jarang mendengar seorang ibu membicara akan ALLAH kepada anak kecilnya yang tidak berkata-kata. Sedangkan itu kalimat agung. Amat bertuah bagi anak-anak yang sejak dari awal lagi dididik cara beragama dengan betul. Dihantar mengaji, malah hafal Al-Quran. Dihidupkan harinya dengan solat sebelum dia akil baligh lagi. SubhanALLAH.


IBU BAIK TETAPI TIDAK MEMAHAMI
Naun bukan semua insan beruntung dilahirkan dalam keluarga yang terdidik dengan agama. Rasanya kebanyakan betul-betul kenal hakikat beragama saat mereka menuntut ilmu. Kerana ilmu itu jalan menuju Tuhan. Mungkin ada yang berhadapan dengan situasi ini.

"Mak, Ainul nak pergi kelas mengaji, ada taranum sekali, boleh mak?". Anak gadis itu meminta dari ibunya.

"Ainul, kene bayar berape?'. Ligat tangan mak som menyental aduanan kuih yang
baru dibuatnya.

" mungkin rm10-20 sebulan", Ainul meneka.

" mak tak da duitlah, ainul. Takkan lah kat sekolah kau tak belajar mengaji. Bagus tolong mak je jual kuih, sekurang-kurangnya ada jugak duit belanja".

"Tapi ramai kawan ainul yang pergi mak. Seronok dengar dia orang mengaji".

Mak Som membisu sambil meneruskan kerjanya.

Ainul berlalu. Tahu ibunya tidak setuju dengan keinginannya
.

Saya selalu melihat situasi di kawasan saya. Ibu ayah tidak kisah menghantar anak pergi ke kelas tuisyen ini dan itu. Tetapi kelas mengaji diabaikan. Apa yang saya boleh lakukan, sedih melihat anak ini. Sekarang mungkin dia tidak terasa lagi. Tetapi akan tiba detik dia keluar dari lingkungan keluarga dan berhadapan dengan orang diluar sana. Of Course,they will expecting a lots from those with a title "mahasiswa".


IBU YANG ???
Ini mungkin kita boleh kiaskan dengan kisah dibawah.

"Mak, solat lah mak. ustazah cakap kalau kita tinggal solat masuk neraka", hakimi mengomel kepada ibunya.

"apa kau tahu, masih kecik dah pandai nak ajar-ajar orang tua". Laila merengus marah. Panas telinganya mendengar nasihat dari anaknya yang berusia 10 tahun itu.

"tapi mak..".


"Ah, sudah..sudah.. kalau aku tahu menjawab camnie, aku cekik lagi dari kecil'. Entah apa yang merasuk sehingga Laila sanggup berkata demikian.

Anak kecil itu terus terdiam. Berlalu pergi. Hampa. Sedih.

Mungkin ramai yang ibu ayahnya masih belum memahami islam. Melenting bila bicara mengenai agama. Silap haribulan penampar yang singgah. Atau kesan hanger berbekas di punggung.

Saya yakin pasti anak ini menyimpan apa yang dikata ibunya sehingga ia dewasa. Betapa pilunya hati, jika ibu mengeluarkan perkataan sedemikian. Tetapi adakah layak untuk kita membalas mereka dengan apa yang telah mereka lakukan kepada kita dahulu.

"Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun
seperti perkataan "ah" adalah tidak dibenarkan dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun)"
Surah Al-Isra' ayat 23
Hendak membalas?. Sedangkan Al-Quran mengatakan tidak boleh mengatakan sekalipun perkataan 'ah'.

KASIHI MEREKA KERANA ALLAH
Tidak semua manusia mendapat ibu yang penyayang. Tidak kurang juga ada ibu yang membuang anaknya ke dalam tong sampah. Pedih hati anaknya bila membesar.
Namun rahmat ALLAH itu tidak pernah hilang. Sentiasa kasih sayangnya , menjadikan kita orang yang faham. Sesungguhnya dunia ini hanya pentas lakonan. Kita pelakon yang diberi kebebasan oleh ALLAH menentukan baik buruknya lakonan kita tetapi tetap skripnya di tangan ALLAH.

Mungkin ini bentuk ujian ALLAH buat anak sebegini.

Namun janganlah hiba jika kita faham.

Lakukan demi kasih Tuhan.

"... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah ALLAH, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?"
(Az-Zumar:6)

InsyaALLAH, apapun jenis ibu kita, moga bertemu di syurga.

Sungguh ibu masih berjasa. Mengandung dirimu 9 bulan 10 hari walau bagaimanapun perasaannya...


dan di lubuk hati mereka, dirimu sangat disayangi...

***
Buat ibu saya, terima kasih kerana melahirkan diri dan membesarkan anakmu yang degil ini.
Merawat saya bila dalam kesakitan.
Mengigatkan saya dalam kelekaan.
Mengajar saya erti kehidupan.
Memahamkan hikmah kesusahan... Segalanya..

Ya ALLAH, berkatilah kehidupan ibuku dunia dan akhirat. Jadikan kami hambamu yang sejati. dan jadikan hambamu ini, anak yang baik buatnya. Lapangkanlah hatinya dengan akhlak keperibadianku...Dan jadikan cinta kami semat
a-mata kerana-MU.

Sungguh Ya ALLAH, kami tidak ingin mati dalam keadaan ibu tidak redha pada kami. Maka, peliharalah kami dari menyakitkan mereka tanpa sedar
mahu pun tidak sedar...

Everyday is a mother's day






5 Jamadil Akhir 1432H / 8 MEI 2011
Alhamdulillah selesai pada 2.55am

0 comments:

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP