Jangan Mencaci Pendosa...Bencilah dosanya bukan pelakunya
Bismillahirahmanirrahim...
SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR...
Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi oleh Ya Khaliq untuk mencoret sesuatu di kanvas cinta ini. Janji saya kepada diri sendiri untuk meluangkan waktu menulis selepas habis exam, dipermudahkan ALLAH =)
Syukur, akhirnya dipermudahkan oleh ALLAH, untuk menjejak kembali ke Masjid Wan Alwi (atau kami mengelarnya, Masjid Kotak kerana bentuknya yang segi empat tepat dan berbeda dari masjid lain) yang bertempat di Tabuan Jaya. Dan kali ini bersama-sama sahabat-sahabat dan adik- adik baru medik UNIMAS untuk menghadiri kembali kuliah fiqh yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Syed Izzudin. Saya menulis "menghadiri kembali" kerana selalu juga ketinggalan silibus kuliah fiqh kerana kehidupan pelajar medik yang nomad- berpindah randah.
InsyaALLAH, Sedikit perkongsiaan yang sangat menyentuh hati saya, untuk renungan kita bersama...nasihat dari ustaz yang menyampaikan kuliah fiqh pagi tadi... Moga sama-sama kita menjernihkan hati kita.
Jangan terlalu mencaci pelaku dosa, kerana kita tidak tahu pengakhiran hidup kita dan dia..mungkin di hujung hidupnya dia lebih baik dari
kita dan mendapat husnul khatimah...Husnudzon...
Islam dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja sekalipun dengan tidak ada iman di dalam hati. Islam yang seperti ini tidak memberi apa-apa faedah kepada penganutnya.
Firman Allah swt: “orang Arab Badwi berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah kepada mereka: “Kamu belum beriman”, tetapi katakanlah: “Kami telah Islam, kerana iman itu belum masuk ke dalam hati-hati kamu”. (Surah Al Hujurat: ayat 14)
Bencilah dosa ,namun jangan benci pelakunya. Jangan mudah mengkafirkan saudara kita selagi belum jelas dia telah murtad.
Tidaklah lurus iman seorang hamba sehingga lurus hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.
3 banduan Hukum gantung
Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh warden penjara Kuching kepada Ustaz Syed Izzudin.
Di penjara Kuching, ada 3 orang banduan yang bakal dihukum gantung dalam minggu sekian. Dan seperti yang kita tahu, sememangnya hanya jenayah besar yang layak ke tali gantung. Rasanya tiada di kalangan kita didoktrin untuk belas kasihan dengan penjenayah sebegini.
3 orang banduan itu terdiri daripada seorang Iban (bukan Islam), Melayu( Islam) dan Cina (bukan Islam).
HARI PERTAMA:
Banduan yang berbangsa Iban (bukan Islam) itu menjalani hukuman gantung.Usai digantung, mayatnya hanya dihumban ke tepi oleh tukan gantung. Tiada keluarga yang menuntut. Ngeri..Ini disaksikan oleh banduan yang Melayu dan Cina yang bakal menjalani hukuman gantung pada hari berikutnya.
HARI KEDUA:
Sampai giliran banduan yang berbangsa Melayu. Sebelum pengantungan, dia diberi masa untuk pembersihan diri, solat taubat, doa ,istigfar...dan mengucap syahadah sebelum digantung. Jenazahnya diurus dengan baik. Banduan yang berbangsa Cina tadi turut menyaksikan.
HARI KETIGA:
Giliran yang berbangsa Cina. Setelah menyaksikan keadaan dua rakannya sebelum ini, dia jadi takut. Dia mahu mayatnya dilayan seperti mana banduan berbangsa Melayu beragama Islam itu tadi. Jadi sebelum digantung, dia meminta untuk melakukan perkara seperti banduan kedua tadi. Dia mengucap syahadah. SubhanaALLAh, Maha Suci ALLAH, dia mati di tali gantung dengan keadaan yang bersih dari dosa. Tanda-tanda husnul khatimah adalah orang yang sebelum mati sempat menyebut kalimah 'la IlahaillALLAH..' di akhir kalam kehidupannya.
Renungkanlah..Kita tidak dijadikan untuk menghukum, tetapi menyampaikan kebenaran... Jika perlu menghukum , menghukumlah dengan undang-undang yang telah disyariatkan oleh ALLAH...Cubalah bimbing hati si pendosa ini ke jalan hidayah, sebelum kamu cuba untuk mencacinya...Dan sesungguhnya pintu Taubat itu terbuka luas kepada hamba-hamba ALLAH...
ALLAHU'ALAM...
23 Zulkaedah 1431H/ 31 october 2010
Alhamdulillah selesai pada 11.54 malam
@>----------------------------------------------Untaian mawar buat sahabat
Jangan terlalu mencaci pelaku dosa, bencilah dosanya, bukan pelakunya... husnudzon...kerana kita tidak tahu pengakhiran yang mana telah ditetapkan ALLAH untuk kita dan dia..mungkin pengakhiran hidupnya lebih bersih kerana sempat bertaubat..Ya ALLAH, jadikan kami hambamu yang sentiasa bertaubat..ameen..
0 comments:
Post a Comment