Hari lahir
11 DECEMBER 1988
Detik kelahiran hamba ALLAH ini…
Alhamdulillah ALLAH memberi kesempatan kepada saya menjadi sebaik-baik makhluk ciptaan-Nya iaitu manusia di bumi yang fana…
Semakin bertambah umur semakin saya merasa masih banyak amal yang kurang…
Kepada sahabat-sahabat yang mengigati tarikh lahir insan biasa ni…saya ucap berbanyak2 terima kasih, terasa kehadiran saya dalam hidup kalian mempunyai erti dalam kehidupan kalian…
Kepada ibu saya,beliau insan yg saya sayangi setelah yang lebih berhak~semoga say mampu menyejukkan hatimu…
begitu juga kpd bapa dan abang~semoga saya tidak menjadi punca mengheret kalian ke api neraka…sungguh saya menyayangi kalian…
kepada kak Fatin~terima kasih banyak kerana sentiasa mengigati saya yg kerap lalai…
Kepada sahabat2 yg dekat dan apatah lagi yang jauh-sungguh kehadiran kalian dalam hidup saya mengajar saya untuk berusaha menjadi manusia yang lebih baik.Sungguh Ingatan kalian kepada saya amat berharga, semoga ukhuwah kita berpanjangan semata-mata kerana ALLAH…
“JIKA UMUR YANG PANJANG ITU MENDEKATKAN DIRIKU PADA –MU ,YA ALLAH,PANJANGKANLAH UMURKU.NAMUN SEKIRANYA UMUR YANG PANJANG MENJAUHKAN DIRIKU PADA –MU,RELAKAN AKU KEMBALI KEPADA-MU DAN TERIMALAH TAUBATKU”
0 comments:
Post a Comment