Monday, December 15, 2008

Idul Adhaku di FPSK



Alhamdulillah pd tahun ini sy menyambut idul adha di fpsk walaupun kpg halaman teramat dekat.Namun ibu saya memahami tanggungjawab saya~semoga dirimu sentiasa dalam dakapan cinta ALLAh ^_^.Walaupun idul adha telah berlalu selama seminggu,rasa blum terlambat saya untuk mencoret peristiwa2 ketika idul adha di fmhs.Syukur kepada ALLAH ,setelah persiapan secara intensive dilakukan, 3 hari dimanfaatkan untuk menjayakan program ini.bg pihak upps,segala sumbangan tenaga dan masa~pengorbanan terbesar dalam medic, sebb medic sll x ada masa yg byk untuk aktivi senggang~ amat dihargai.Dan saya berharap ukhuwah yang terjalin antara junior2 and senior fmhs akan berpanjangan dan bukan setakat mekar apabila ada program tertentu saja.
memacakkan khemah..alhamdulillah sesapa yg x rapat ngan senior bleh kenal fiil masing2 walaupun ckit...


Berkorban atau terkorban~selepas isyak,6/12/2008
dari laser kamera di ruang solat wanita

kehadiran ustaz Hassan Basri menyampaikan ceramah bertajuk "berkorban atau terkorban" disulami msj2 yang berfaedah dan diselangi dgn humor2 yg mengamit minat para pendengar.Walaupun sudah beberapa kali mendengar beliau memberi ceramah, tidak pernah timbul perasaan bosan kerana penyampaiaan yg santai.Serba sedikit ulasan dari ceramah beiau
  • pergorbanan hamba Allah, nabi ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail~moralnya Nabi Ibrahaim adalah hamba ALLAH yg amat taat dan mempunyai anak yg juga amat taat,jd seharusnya ibubapa berkorban dan berusa menjadi ibubapa yang baik untuk melahirkan anak yg baik
  • Kisah seorg bapa yg menemui Saidina Umar untuk mengadu perihal anaknya yg derhaka.Namun bapa itu tidak berkorban tiga perkara untuk anaknya~dengan menjalankan3 kewajipan utama;memilih calon teman hidup yg soleh/solehah, memberi nama yg baik kpd anak dan memberi ilmu agama.Maka krn ketidaksanggupan bp ini berkorban ,maka akhlak anaknya terkorban.
  • 5 perkara yg dijg dalam islam ; agama,nyawa, keturunan ,akal dan harta ~insay ALLAH di entry yg len sy akan mengulas lbh lanjut
  • isu semasa jug adiselitkan~kadar org memeluk islam di eropah meningkat dgn peratus yg amat besar (kalau x silap pernah terbaca dalam satu buku,lebih daripada 200 peratus).Islam itu agama org yg berilmu,maka ramai yg berilmu di eropah memeluk islam selepas tragedi 11 disember dan disebaliknya berbeza di nusantara,indonesia contohnya,ramai yg murtad.
sebenar byk lg point2 yg disampaikan beliau, namun tidak mampu untuk sy singkapkan satu persatu.Semoga yg mendengar dapat memanfaatkan dan di sebar kepada rakan-rakan...
Di sini saya selitkan gmbr2 suasana sepanjang sambutan idul adha di fpsk

makan3..maaf ye ustaz ala-kadar je

makan dalam talam tu sunnah rasul...jgn berebut2 ye,siapa makan yg terlast dapat suami soleh...
^-^

Persiapan memasak untuk pagi raya~suka sgt suasana ukhuwah macam nie...

menu utama adalah nasi lemak, lemang ngan rendang...alhamdulillah sedap...
nie krew2 memasak rendang ayam...kak alia cakap serunding..Kak eikha dah risau..p xpa2 sedap jugak.sebelah kanan hanya pelakon tambahan.jgn marah ye,zah


unic pulak gambar nie...

Pagi idul adha

aktiviti pertama pagi raya~mestilah solat raya...mintak maaf ye kat sesapa yg tertinggal sbb bas x dpt tunggu lg.


saat2 di masjid jamek negeri sarawak

alhamdulillah ada jugak adek2 dr semenanjung puji masjid kat sarawak nie ^-^

wajah siapa paling "hepi" kat gambar nie?
nie bebudak muslimah 1st year...aik ada sorang yg tersilap masuk kumpulan...ye tak ye, pengetua rupanya bebudak 1st year,kak shurli
wajah akak2 senior dengan santapan di pagi raya~pas balik masjid

Saat2 lembu dikorbankan~baru dapat tengok secara live


ini saat2 lembu2 masih menikmati panorama alam

saat lembu ke2 ditenangkan oleh tuannya setelah menyaksikan korban yg sebelumnya~Alhamdulillah ,nasib lembu tu x pa2 masa adegan kejar-mengejar,klo patah kaki kan x dapat nak korban dah

yok sama2 berganding bahu menumbangkan lembu

Majlis Ramah Mesra idul adha

khusyuk menengok slideshow yd disediakan oleh upps...terpaksa pegang tabir,angin kuat sangat~redha semuanya dari ALLAH

makan2...nak tambah nasik...




BAGI YANG SUDI MENGORBAN MASA UNTUK PERSIAPAN SAMBUTAN IDUL ADHA NIE.SEMOGA ALLAH MERAHMATI KALIAN

@@@ TERIMA KASIH @@@
%%% %%%


@@@~~~ukhuwah fillah~~~@@@

0 comments:

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP