Monday, June 21, 2010

Duhai hati ,Damailah dirimu ,Bahagiakan pemilikmu

Bismilahirahmanirahim...

Semasa membaca blog cermin ajaib saya yang disayangi, hati ini terdetik untuk menghadiahkan coretan sederhana ini buatnya, ukhti asiah yusro...


Duhai hati
Damailah dirimu
Bahagiakan pemilikmu
janganlah engkau menurut kata penat
kerna perjuangan ini perlukan semangat
difikirkan penat pasti membawa lelahnya jasad
ingat wujudmu perlu untuk berjihad
bukannya lelah melayan hasad


Duhai hati,
Damailah dirimu,
Bahagiakan pemilikmu,
biarkan tomahan itu ringan ibarat debu
akan berterbangan dibawa angin lalu
atau mengalir pergi ibarat air
moga terhakis sehingga dosa terakhir


Duhai hati
damailah dirimu
bahagiakan pemilikmu
biar dia tidak punya seisi semesta
biar dia bukan bidadari dunia
kerna dambaannya hanya di syurga
menghadap kekasih yang Maha Esa...

Kuatkan hati dengan zikrullah, ya ukhtiku sayang. Usah dipinta di kecilkan ujian, pintalah dibesarkan iman... sesungguhnya ALLAH berbicara denganmu, maka damaikanlah hatimu.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)

"Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (QS al-Anbiya:35).

p/s: pesan untuk diriku jua dan sahabat-sahabat yang lain

Big Hug untuk ukhti Asiah Yusro...insya ALLAH ,kami akan sentiasa menyokong ukhti.

0 comments:

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP