Impianku menjadi zaujah solehah
Impianku menjadi zaujah solehah :)
Subhanallah, walhamdulillah, Allahuakbar... Tersenyum diri tatkala melihat ayat ini di wall fb seorang sahabat. Alhamdulilah ukhti ku sayang, ukhti telah dilamar oleh orang yang layak... Kesabaran ukhti dalam menongkah arus untuk mendamba perubahan mencari redha Illahi kini berteman dengan Zauji yang berilmu... Terasa lagu Barakallahu la kuma nyanyian Maher Zain jadi musik latar masa saya menaip ^_^
"Aisyah, walaupun kita berada dalam keadaan marah, kita kena jugak cuba untuk tersenyum...Itu yang akak nak terapkan dalam diri akak"Teringat nasihat kak Fatin ...Cubalah untuk senyum walaupun dalam keadaan kita beremosi. Insya ALLAH, saya belajar untuk terapkan dalam diri yang serba kekurangan ini...Rindu dengan nasihat kak Fatin. Rindu dengan bubur nasi, Rindu dengan lantai licin. Rindu dengan jemaah subuh. Rindu dengan Alia. Rindu makan bersama di Marry Brown. Tetapi melihat hari bahagia akak sudah tiba, hati ini sangat senang, rasa seronok...
Sungguh untuk menulis sesuatu berkenaan perkahwinan atau cinta, ada 3 gambaran mengenai dalam diri saya ~ tidak layak , malu dan belum bersedia.Buku Aku Terima Nikahnya karangan Ustaz Hasrizal baru saya baca... Walaupun telah lama buku itu di pasaran, baru kini saya punya keberanian untuk membacanya. Berani untuk tahu...
Menyelusuri karya Ustaz Hasrizal, minda saya terbuka dangan hakikat rumah tangga..Lebih-lebih lagi hakikat rumah tangga seorang pejuang yang beristerikan doktor.
Teringat kata seorang sahabat," Mak dia takut dia memperisterikan akak kerana akak bakal doktor...Mungkin bimbang akak tiada masa mengurus rumah tangga". Mendengar ayat sahabat diatas, menyebabkan diriku terfikir ," doktor ini bakal kahwin lambat". Tetapi, insya ALLAH, maha suci ALLAH yang telah menetap jodoh yang tercatat di Luh mahfuz. Jodoh itu pasti ada, kalau tidak di dunia, pasti di jannah...Pena telah di angkat dan lembaran telah kering. Doakan kebaikan akhlak zaujimu, buat para muslimah...
Apa yang saya belajar ~Jodoh juga perlu usaha. Untuk pejuang, perkahwinan bukan bulan madu. Perkahwinan adalah penguat untuk terus berjuang menegakkan kalimah ALLAH...dan CINTA sejati itu hanya hadir jika kita memahami tuntutan perkahwinan itu sendiri...Bukan untuk tempias nafsu atau sekadar mengubat sepi tetapi sudah matang untuk menilai erti perkahwinan itu... Hidup untuk memberi seperti kata Ustaz Hasrizal... Orang sentiasa menjangka kesempuranaan pasangannya pasti akan kecewa apabila terlihat kekurangannya.
InsyaALLAH...barakah ALLAH keatas kehidupan Kak Fatin dan Ustaz Mahadi dunia dan akhirat. Semoga dikurniakan rumah tangga yang sakinah , mawaddah dan rahmah... Juga pejuang-pejuang agama yang comel-comel...
2 comments:
salam sayang ya ukhti..
masyaAllah...syukran!
akak dan zauji sama2 membaca post ini, doakan kami ya..doakn juga kami dikurniakan bakal2 pejuang, insyaAllah!! :)
sayang ukhti kerana Allah!
(kak Fatin)
Salam sayang kak fatin...
alhamdulillah...rindu nya ngan kak fatin..kekurangan kasih sayang kat cne...hehe..
insyaALLAH,kak..moga dikurniakan bakal pejuang2 yg lantang menegakkan islam di hati, jasad,tindakan dan di muka bumi ALLAH...
insyaALLAH, moga dpt bersua lagi,kak..doakan yang terbaik jugak buat sy..
Aku mencintaimu semata-mata kerana ALLAH!
Post a Comment