Pesakit Jiwa dan Azam Maal Hijrah
Bismillahirahmanirrahim...
SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR
Mengagahkan diri untuk meng'update' kanvas cinta yang ditinggalkan berdebu. Entry kali ini ringkas.
Maal Hijrah
Selamat tahun baru Islam yang ke 1432H.Apa khabar imanmu di kala melangkah di tahun baru ini? . Masih kekuningan dengan karat jahiliyah atau bersinar seperti berlian?
Bila berbicara mengenai maal hijrah atau tahun baru, pasti ramai yang memasang azam tahun baru. Teringat dengan kata-kata Datuk Dr Fadilah Kamsah, ramai yang berazam hanya dapat bertahan semasa permulaan tahun sahaja. Ada benarnya. Bagi saya yang masih dhaif ini, masih banyak perubahan ke arah kebaikan belum dilaksanakan sepenuhnya. Kengkangan masa?... Sesungguhnya manusia itu memang sentiasa tertipu dengan masa sihat dan lapang.
Kenapa hendak jadi doktor?
Cita-cita sejak sekolah menengah...
Bukan doktor susah ke?
Apa-apa pekerjaan dalam dunia nie memang susah bagi pelakunya, yang penting semua perlu usaha...
Apa-apa pekerjaan sekalipun, yang pasti bermanfaat, bagi saya ada hubungan simbiosis nya. Cleaner di hospital sangat penting khidmatnya kepada si doktor yang selalu membuang sisa klinikal. Tanpa cleaner, siapa yang boleh memastikan keadaan hospital bersih?. Dan tanpa doktor, siapa nak rawat pesakit?. Tanpa pesakit, doktor nak cari makan macam mana?. So, spread the love and appreciate others.
Sekarang saya di penghujung Posting Psychiatric. Hampir menjelang exam. Menulis untuk mengubat rindu sambil menyiapkan assignment.
Berbalik kepada Maal Hijrah dan azam tahun baru, beberapa hari lepas saya menemui seorang pesakit di Hospital Mental Sentosa. 3 jam berborak untuk history taking. Jenuh juga tetapi agak berbaloi bagi saya. Belajar sesuatu dari pesakit.
Pesakit ini bagi saya bukan pesakit yang 'heavy mental disorder' tetapi pesakit yang datang kerana sedar dia perlukan rawatan. Ramai di luar sana, saya yakin memendam jiwa kacau, tetapi tidak ramai berani mengambil langkah untuk merawat kerana stigma masyarakat bila kita berjumpa dengan pakar sakit jiwa. Sejujurnya, tidak semua yang berjumpa pakar sakit jiwa itu gila, tetapi kebanyakan mereka adalah orang yang kurang sihat mentalnya.
Menyelusuri kisah hidup pesakit ini, sebagai pelajar perubatan memang dididik untuk menjadi listener, police dan historian dahulu sebelum menjadi hakim dan advisor- saya belajar mengenal hidup. Hidup dari kaca mata orang lain. Hidup belajar dari kesilapan orang lain. Dia seorang yang sihat dari segi lahiriahnya tetapi sangat sakit pada batinnya. Segala permasalahnya berpunca dari lemahnya pengurusan jiwa. Jujur saya katakan, pesakit ini pesakit yang paling waras yang saya temui semasa di ward psychiatric. Dia datang kerana azamnya. Sempena 1432 H ini, dia perlu merawat dirinya dan dia ingin taubat nasuha...
SubhanaALLAH, kali pertama saya menemui pesakit yang ingin taubat nasuha. Mungkin ramai sahabat yang mengenali nature pesakit psychiatric akan mengatakan, pesakit psychiatric melayu memang ada religious delusion. Tapi kali ini, bagi saya tidak, kerana ini bukan kes schizophrenia tetapi ini adalah kes depressive disorder.
Tidak salah untuk belajar dari sesiapa sahaja. Setiap makhluk dan alam ini adalah bukti kekuasaan ALLAH. =)
Takrifan kejayaan di sisi ALLAH itu lebih bermakna dari di sisi makhluk. Yang penting berkerja dan terus berusaha. Maka tambah upgrade azam tahun baru - berkerja dan berusaha dengan berstrategi.
Maka, bagi kita yang mengaku berakal sihat ini. Apa azam tahun baru kita?. Adakah hanya sekadar keduniaan- result gempak, beli kereta dan rumah, kahwin awal dan lain-lain. Atau disulam cantik dengan azam yang berbentuk ukhrawi juga- belajar molek-molek semata kerana ALLAH dan agama, kumpul harta untuk memudahkan jihad fisabilillah, kahwin untuk melengkapkan agama dan membina ummah yang menegakkan Islam dan sewaktu dengannya.
Koreksi diri..Lebih lagi saya yang menulis ini. Adakah azam kita bermanfaat untuk agama sekaligus memberi impak positif kepada diri kita dan masyarakat?... sejauh mana strategi untuk melaksanakan azam?...
~To cure sometimes,
~To relieve often,
~To comfort always.
6 Muharram 1432 / 12 Disember 2010
Alhamdulillah selesai pada 11.34 malam
@>----------------------------------------------Untaian mawar buat sahabat
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.” [Shahih al-Jami' no 3289 (Hasan).]
maka, carilah manfaatmu kepada orang lain, bukan hanya sekadar memenuhi kepentingan diri sendiri. Sesiapa yang tidak menyayangi orang lain, dia tidak akan disayangi. Maka, sayang itu biarlah kerana ALLAH...Tidak perlu bergelar PM baru bermanfaat, Tidak perlu bergelar doktor atau nurse baru bermanfaat, tidak perlu bergelar itu dan ini baru mahu bermanfaat. Kita jadi bermanfaat bila kita sedar dan menyumbang untuk ummah. Harta, Masa hatta mungkin akan tiba waktunya untuk Nyawa..Hidup untuk memberi ( Ustaz Hasrizal)...Hidup mulia atau mati syahid..insyaALLAH =)
~Doakan saya dan sahabat2 untuk terus istiqamah berjuang di jalan ALLAH... dan doakan juga mampu menghadapi exam psychiatric selepas ini, termasuk exam akhirat dan dunia yang lainnya.~
0 comments:
Post a Comment