Monday, September 19, 2011

Tarbiyyah Cinta ALLAH


Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR.



kredit to :edCoustic & muhrizs


Shifwah (sahabat karib) ini ditinggalkan lama menyepi.
Alhamdulillah kala ini hati meronta ingin menjengahnya kembali.
Meskipun shifwah ini hanya lontaran kisah insan biasa, namun saya tidak mampu menukil kata di kala hati terasa masih belum benar-benar sembuh setelah diuji.

Hari ini genap sebulan bonda meninggalkan saya sekeluarga. ALLAH memberi kekuatan untuk saya menerima ujian ini dengan hati lapang sedangkan saya ini anak yang cenggeng. Saat sahabat sahabiah menangis melihat bonda dan diri saya, air mata itu umpama terhapus dari diri saya. Barangkali, telah kering kerana menangis semasa bonda dalam kesakitan. Saya gagahi untuk membantu memandikan bonda. Alhamdulillah, tiada yang mengaibkan pada tubuh bonda. Terfikir mampukah saat kematian saya, jasad saya diizinkan ALLAH menjadi sebersih jasad bonda. Seperti ALLAH meleraikan dosanya setelah kesakitan di tebuk di sana sini saat sakit itu menjengah. SubhanaALLAH, saya menangis dalam hati, bonda pergi pada 20 ramadhan 1432H dan alhamdulillah saat itu masuk fasa ketiga ramadhan. Moga ALLAH membebaskan bonda dari siksaan api neraka. Ya ALLAH , kiranya penjagaanku ke atas bonda tidak pernah sempurna, maka jagalah dia di sana dan damaikanlah dia di taman syurgamu, Ya ALLAH. Saat ini hati membisik saya masih belum sempurna menjadi anak bonda.

Ada sahabat mengatakan saya cukup tabah dengan apa yang berlaku. Mungkin hikmah ujian yang datang menjengah sebelum bonda meninggal. Namun, ingin saya katakan saya sangat lemah, tetapi hanya ALLAH yang mengetahuinya. Saat khalwat itulah saya menangis, namun masih terasa rapuh. Saat ini tiada lagi doa mujarab dari bonda, tiada belaian lagi yang setia mendengar permasalahan saya yang tidak mampu saya kongsikan selain dari bonda.

ALLAH, hamba sedar, ini latihan iman dari-Mu,
ini peringatan buat hamba-MU,
saat mulut betah berbicara mengatakan cinta pada-MU,
mana buktinya, jika redha itu bukan menjadi tuaian setelah ujian.

Cinta itu bukan diratib pada mulut, tetapi juga perlu mampu merantai hati dan mengerah jasad. Dan setiap yang dicintai selain ALLAH itu akan pergi, dan saya akui saya masih di sini kerana penjagaan ALLAH, kerana cinta-Nya kepada saya.

SAKIT
Sejak bonda pergi, saya menguruskan rumah, walaupun hanya tinggal saya dan ayah, namun tetap perlu dibersihkan sebaik bonda menjaganya. Mungkin juga kerana mengelak rasa rindu yang boleh diracuni syaitan, saya agak keterlaluan dalam membersihkan rumah.

5 hari terlantar, episod kedua sakit belakang saya untuk tahun ini datang menjengah lagi. Kali ini tiada kompromi, sakitnya memenatkan kaki apabila duduk terlalu lama. Tidak mampu berdiri tegak. Tidak mampu mengurus rumah. Tidak mampu menadah buku. Demam juga datang sekali bertamu. ALLAH, saat itu saya semakin rapuh, rindu kepada ibu semakin mendesak, sedangkan setelah bonda pergi saya berjanji akan jadi setabah yang mungkin untuk ayah. Saya jarang menangis kerana sakit, tetapi kali ini saya menangis. ALLAH, jangan ditarik nikmat iman yang diberikan kepada hamba-Mu yang lemah ini.

Jika sembuh itu baik buat imanku, maka sembuhkanlah, namun jika sakit itu baik buat imanku, jadikan diri ini hamba yang redha, Ya ALLAH...

dan ALLAH memilih kesembuhan buat saya kala ini...

"ALLAH itu sebagaimana sangkaan hamba-NYA, sentiasalah bersangka baik dalam susah mahupun senang, kerana tatkala itu dirimu terasa dirangkul dengan Cinta-Nya dan dibelai dengan bayu kasih sayangnya."

Syukran , Ya ALLAH... ^_^





21 Syawal 1432H /20 September 2011
Alhamdulillah selesai pada 2.57 am


Friday, May 13, 2011

Minggu ini...

Fikir-Fikirkanlah ^_^
Kredit : Nayzak

Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

Banyak yang berlaku minggu ini.

Banyak yang membuat saya berfikir.

Hakikat seorang hamba.

Al-Fatihah
Isnin lalu, kami dikejutkan dengan pemergian seorang bekas pelajar Fakulti Perubatan UNIMAS setelah lemas menyelamatkan seorang rakannya.

Ketika mendengar khabar kematiannya, saya terpaku dan kalimah ALLAHU AKBAR beberapa kali meniti di bibir saya untuk menenangkan hati saya.

Seingat saya, saya hanya mengenali Allahyarham Dr Mohd Azri sebagai senior tahun ke-5 semasa saya tahun pertama. Tidak mengenali dia sangat tetapi karakter beliau menyebabakan orang yang mengenalinya mampu menghormatinya.

I am admitted that I am a type of woman who reluctant to call someone with title 'abang' infront even though he is senior from me. Perhaps, some of my friends also like this. But because our respect towards his character, we call him as 'abang azri'. He is a nice person. Hardly to saw he talking badly about others. Indeed in his last breath, he still had a good intention, which was to save his friend from drowning.

Menghadiri majlis pengebumiannya, saya berasa terharu. Ramai yang berbicara mengenai kebaikannya. Saat kematian kita bagaimana? Umur berapa? Detik bila?

" Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Ali-Imran : 185)


My Junior

"Nur kne repet.. dont worry =)". Satu mesej masuk ke dalam peti inbox saya.

Lama berfikir apa maksudnya repet...take a minute.. Repeat!

Nur yang saya kenal orangnya kuat semangat. Jarang melihat dia menangis sekalipun diuji. Saya menagis dibahu dia adalah. Malunya. ^_^

Alhamdulillah, dia dapat menerima seadanya qada dan qadar yang berlaku dengan berlapang dada. Saya yang menjadi speechless. Saya yang termotivasi.

Kepada semua adik-adik tahun pertama atau mana-mana tahun yang kena repeat year, ini pesanan buat kalian. Moga terus bermujahadah untuk mencari keberkatan ilmu.

Dik, moga apa yang berlaku ini tidak mengoyahkan kepercayaanmu kepada ALLAH. Kerana yang diuji itu berada sangat dekat dengan permerhatian-NYA. Saat ini dia memberi waktu untuk dirimu menilai kembali segala yang telah engkau lakukan. Jangan mengira kebaikan yang engkau taburkan tidak dibalas oleh tuhan. Bukankah kita hamba sentiasa layak untuk diuji. Menangislah jika itu menenangkan jiwamu, dan terus berada di jalan ALLAH. Sesungguhnya DIA lebih mengenalimu dan merancang skrip hidupmu.

Buat renungan bersama ^^,

Orang yang bersyukur akan menghitung nikmat yang ada hingga tidak cukup lafaz Alhamdulillah dan ketaatannya pada membalas nikmat yang ada.

Orang yang kufur akan mengeluh dan kecewa dengan segala yang tiada di tangannya hingga datang pelbagai penyakit jiwa dan agama.

“…Dan sedikit sekali daripada kalangan hamba-Ku yang bersyukur” [Saba' 34: 13]

Mari bersyukur.

Ia rawatan jiwa untuk bahagia.

kredit to : Saifulislam.com


11 Jamadil Akhir 1432H /14 MEI 2011
Alhamdulillah selesai pada 7.54am

Saturday, May 7, 2011

Mak, aku ingin mengasihimu kerana ALLAH

Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

Entah kenapa jiwa ini berasa hiba padahal tiada yang berlaku. Lantas surah Ar-Rahman dijadikan pengubat jiwa. Terasa tersangat rindu. Mudahan rindu itu adalah untuk Pencipta insan yang dhoif ini.

Hari ini 8 mei. Hari ibu sedunia.


IBU SOLEHAH
"Nanti dah besar, anak mak nak jadi apa?", ujar Khadijah. Lembut diusapnya rambut anak yang dikasihinya.


"Aiman nak jadi doktor, nanti boleh rawat orang sakit, mak. Boleh rawat mak. Ayah. Adik', anak kecil itu tersenyum. Senyum dari hati yang masih belum kenal akan debu kotoran dunia.

" Itu je ke sebab aiman nak jadi doktor?", Khadijah sengaja ingin menguji anak kecilnya.

" Kenape, mak? Kena ada banyak sebab ke?", anak kecil itu mula kebingungan.

"Mak nak tanya, kenapa Aiman sayang emak?".

"Sebab mak kan mak Aiman... emm... Mak selalu buatkan Aiman bekal sekolah. Selalu buat makanan yang sedap. Jaga Aiman masa Aiman sakit.. Banyaklah mak", anak kecil itu mula mengaru kepalanya. Banyak jasa ibunya sehingga tidak tersenarai olehnya.

"Sebab utamanya apa, sayang?", Khadijah masih belum puas menjana minda anak kecilnya untuk berfikir.

"macam tadilah... Mak kan mak Aiman".

"Siapa yang cipta mak'.

" Tu Aiman tahu. Pencipta manusia mestilah ALLAH, ustaz Aiman selalu cakap."

"Siapa cipta Aiman", sambil lembut jarinya menyentuh hidung anak kecilnya.

"ALLAH". mata kecilnya bersinar-sinar tatkala memberi jawapan kepada ibunya.

Kalimat 'ALLAH'. Bukan semua ibu bapa mengenalkan anak mereka dengan kalimah
ALLAH. Kebiasaanya mereka mengenalkan anak kecil kepada perkataan 'mak', 'ayah', 'nenek' dan seangkatan dengannya. Amat jarang mendengar seorang ibu membicara akan ALLAH kepada anak kecilnya yang tidak berkata-kata. Sedangkan itu kalimat agung. Amat bertuah bagi anak-anak yang sejak dari awal lagi dididik cara beragama dengan betul. Dihantar mengaji, malah hafal Al-Quran. Dihidupkan harinya dengan solat sebelum dia akil baligh lagi. SubhanALLAH.


IBU BAIK TETAPI TIDAK MEMAHAMI
Naun bukan semua insan beruntung dilahirkan dalam keluarga yang terdidik dengan agama. Rasanya kebanyakan betul-betul kenal hakikat beragama saat mereka menuntut ilmu. Kerana ilmu itu jalan menuju Tuhan. Mungkin ada yang berhadapan dengan situasi ini.

"Mak, Ainul nak pergi kelas mengaji, ada taranum sekali, boleh mak?". Anak gadis itu meminta dari ibunya.

"Ainul, kene bayar berape?'. Ligat tangan mak som menyental aduanan kuih yang
baru dibuatnya.

" mungkin rm10-20 sebulan", Ainul meneka.

" mak tak da duitlah, ainul. Takkan lah kat sekolah kau tak belajar mengaji. Bagus tolong mak je jual kuih, sekurang-kurangnya ada jugak duit belanja".

"Tapi ramai kawan ainul yang pergi mak. Seronok dengar dia orang mengaji".

Mak Som membisu sambil meneruskan kerjanya.

Ainul berlalu. Tahu ibunya tidak setuju dengan keinginannya
.

Saya selalu melihat situasi di kawasan saya. Ibu ayah tidak kisah menghantar anak pergi ke kelas tuisyen ini dan itu. Tetapi kelas mengaji diabaikan. Apa yang saya boleh lakukan, sedih melihat anak ini. Sekarang mungkin dia tidak terasa lagi. Tetapi akan tiba detik dia keluar dari lingkungan keluarga dan berhadapan dengan orang diluar sana. Of Course,they will expecting a lots from those with a title "mahasiswa".


IBU YANG ???
Ini mungkin kita boleh kiaskan dengan kisah dibawah.

"Mak, solat lah mak. ustazah cakap kalau kita tinggal solat masuk neraka", hakimi mengomel kepada ibunya.

"apa kau tahu, masih kecik dah pandai nak ajar-ajar orang tua". Laila merengus marah. Panas telinganya mendengar nasihat dari anaknya yang berusia 10 tahun itu.

"tapi mak..".


"Ah, sudah..sudah.. kalau aku tahu menjawab camnie, aku cekik lagi dari kecil'. Entah apa yang merasuk sehingga Laila sanggup berkata demikian.

Anak kecil itu terus terdiam. Berlalu pergi. Hampa. Sedih.

Mungkin ramai yang ibu ayahnya masih belum memahami islam. Melenting bila bicara mengenai agama. Silap haribulan penampar yang singgah. Atau kesan hanger berbekas di punggung.

Saya yakin pasti anak ini menyimpan apa yang dikata ibunya sehingga ia dewasa. Betapa pilunya hati, jika ibu mengeluarkan perkataan sedemikian. Tetapi adakah layak untuk kita membalas mereka dengan apa yang telah mereka lakukan kepada kita dahulu.

"Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun
seperti perkataan "ah" adalah tidak dibenarkan dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun)"
Surah Al-Isra' ayat 23
Hendak membalas?. Sedangkan Al-Quran mengatakan tidak boleh mengatakan sekalipun perkataan 'ah'.

KASIHI MEREKA KERANA ALLAH
Tidak semua manusia mendapat ibu yang penyayang. Tidak kurang juga ada ibu yang membuang anaknya ke dalam tong sampah. Pedih hati anaknya bila membesar.
Namun rahmat ALLAH itu tidak pernah hilang. Sentiasa kasih sayangnya , menjadikan kita orang yang faham. Sesungguhnya dunia ini hanya pentas lakonan. Kita pelakon yang diberi kebebasan oleh ALLAH menentukan baik buruknya lakonan kita tetapi tetap skripnya di tangan ALLAH.

Mungkin ini bentuk ujian ALLAH buat anak sebegini.

Namun janganlah hiba jika kita faham.

Lakukan demi kasih Tuhan.

"... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah ALLAH, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?"
(Az-Zumar:6)

InsyaALLAH, apapun jenis ibu kita, moga bertemu di syurga.

Sungguh ibu masih berjasa. Mengandung dirimu 9 bulan 10 hari walau bagaimanapun perasaannya...


dan di lubuk hati mereka, dirimu sangat disayangi...

***
Buat ibu saya, terima kasih kerana melahirkan diri dan membesarkan anakmu yang degil ini.
Merawat saya bila dalam kesakitan.
Mengigatkan saya dalam kelekaan.
Mengajar saya erti kehidupan.
Memahamkan hikmah kesusahan... Segalanya..

Ya ALLAH, berkatilah kehidupan ibuku dunia dan akhirat. Jadikan kami hambamu yang sejati. dan jadikan hambamu ini, anak yang baik buatnya. Lapangkanlah hatinya dengan akhlak keperibadianku...Dan jadikan cinta kami semat
a-mata kerana-MU.

Sungguh Ya ALLAH, kami tidak ingin mati dalam keadaan ibu tidak redha pada kami. Maka, peliharalah kami dari menyakitkan mereka tanpa sedar
mahu pun tidak sedar...

Everyday is a mother's day






5 Jamadil Akhir 1432H / 8 MEI 2011
Alhamdulillah selesai pada 2.55am

Sunday, May 1, 2011

Kita diuji dengan perkara yang kita sayang...

Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

Atas nama Cinta,ALLAH masih lagi mengizin jemari hamba-Nya ini mencoret kembali di kanvas cinta yang lama ditinggalkan berdebu. Alhamdulillah... ^_^

Buat teman-teman yang sudi singgah, menjadi follower dan menitipkan salam di kolum tautan ukhuwah, sungguh saya sangat berbesar hati dengan kasih kalian. Syukran jazilan kasiran. InsyaALLAH nikmat ukhuwwah kerana ALLAH... sekalipun tidak pernah bersua muka.


Dalam tempoh kebelakangan ini, banyak diguna untuk berfikir hikmah di sebalik ujian. Setiap manusia itu diuji. Tiada seorang pun ketinggalan daripada diuji. Tetapi adakah ujian itu menjadikan kita manusia termalang di alam maya ini?.


ALLAH MENGUJI HAMBANYA DENGAN PERKARA YANG DIA SAYANG DAN DIINGININYA, SANGAT JARANG TERHADAP PERKARA YANG DIA TIDAK BERKEHENDAK.

SItuasi A
Ada seorang ibu, dia ibu yang tabah. Tubuhnya kelihatan lemah kerana menghidap prolapsed intravetebral disc, dan dalam masa yang sama dia juga mengandung.Niatnya adalah untuk melahirkan mujahid dan mujahidah untuk menjadi pewaris menegakkan kalimah yang Haq. Kata-katanya umpama air yang membasah bumi yang kering kontang. Di takdirkan semasa last trimester (3 bulan terakhir) dia disahkan menghidap gestational diabetes mellitus. Dan perlu menggunakan insulin untuk mengawal kadar gula dalam darahnya. Baby juga mengalami masalah, menyebabkan dia terpaksa di masukkan berkali-kali ke hospital. Saat kelahiran, alhamdulillah, dipermudahkan ALLAH, di saat itu khutbah jumaat. Namun si ibu dan mujahidah kecil diuji lagi , mujahidah kecil muntah darah dan terpaksa dimasukkan ke Special Care Nursery.

Niatnya si ibu baik, melahirkan mujahid dan mujahidah untuk agama... dan dia tetap diuji dengan mujahidah kecil yang baru dilahirkan. Sayang seorang ibu.
Dan bayangkan hati ibu tersebut...
Tetapi ALLAH tetap ingin melihat hati seorang hamba-NYA...
kasih ibu meneman di sepanjang jalan...
Tetapi kasih ALLAH tiada permulaan dan pengakhiran

Situasi B
Ada dua orang muslimat, si A dan B. Mereka bersahabat baik, insyaALLAH dengan niat lilahi Taala. Si A ditakdirkan bertunang dengan muslimin C , dan si B mengetahuinya. Niat si A ini menjalinkan tali pertunangan kerana yakinnya dia inginkan hubungan yang mengikut syariat. Dia ingin perkahwinan sebagai pelengkap agamanya. Namun dengan peraturan dari ALLAH, si B mengtaqdim tunang sahabatnya didasari dengan alasan perjuangan. Dan si C memilih si B sebagai pendampingnya.

Si A diuji, atas kalimah ukhuwwah yang sering dilafazkan dan niat menjadikan perkahwinan sebagai pelengkap agama. Dia inginkan ukhuwwah yang suci dan ikatan yang halal.
Dia berhak marah. Bayangkan hati wanita...
Tetap ALLAH tetap ingin melihat hati seorang hamba-NYA...


Situasi C
Sudah lumrah , sesiapa yang memasuki universiti pasti ingin berjaya dan kalau boleh tamat pengajian pada waktu yang ditetapkan. Muslimat ini orangnya sangat kuat berusaha, untuk cita-citanya menjadi doktor muslimah yang diredhai ALLAH. Namun tetap jua jalannya sukar sekalipun niatnya baik. Semakin hari, keadaan menyesakkan baginya, diuji dengan failed beberapa block, sehingga perlu mengambil remedial exam.

Niatnya baik, usahanya keras. Namun tetap juga dia diuji. Bayangkan apa hati kita ditempatnya...
Tetap ALLAH tetap ingin melihat hati seorang hamba-NYA...


Situasi D
setiap yang mengikuti driving test pasti ingin pass bukan? Situasinya mungkin simple, tetapi jujur kalau boleh kita tidak ingin mengulang mengambil driving test. Seorang muslimat berniat untuk mengambil lesen memandu semata-mata memudahkan dia dan sahabatnya bergerak menjalankan gerak kerja dakwah. Dia cepat menguasai ilmu dan skill yang diturunkan oleh pengajarnya. Namun,tetap jua dia diuji, saat test on the road sudah lulus, dia diuji dengan kereta yang terundur kebelakang semasa ujian bukit, dimana sebelum ini perkara itu tidak berlaku.

Niatnya baik, dia ada skillnya. Namun tetap juga dia diuji. Bayangkan betapa hatinya merasa kecewa...
Tetap ALLAH tetap ingin melihat hati seorang hamba-NYA..
***
Setiap manusia diuji. Situasinya yang berbeza. Sungguh, ini bukan mainan di bibir mahupun mainan jemari di keypad laptop, apabila datang masanya kita pasti merasakan sakitnya menahan perit ujian. Sakitnya mujahadatun nafsi. Sekalipun sekecil-kecil perkara. Kita berasa sedih kerana itu yang kita ingini dan sayang. Dan Maha Teliti ALLAH, Dia menguji kita dengan perkara yang kita sayang dan idamkan itu kerana DIA cinta akan hamba-Nya. ALLAH mahu hamba-NYA kenal kasih sayangnya walaupun dalam kepahitan ujian. ALLAH mahu mengigatkan kita sekalipun kita mengkehendaki satu perkara semata-mata kerana-NYA, dia tetap berhak menjadi first priority sekali dalam nikmat mahupun ujian. Kerana DIA ingin hamba-NYA merasa manisnya iman sekalipun dunia itu bukan miliknya.

ALLAH ingin menyedarkan nikmat hamba itu, puncaknya memiliki hati yang sejahtera walau bagaimanapun corak kehidupannya. InsyaALLAH ^_^



28 Jamadil Awwal 1432H / 2 MEI 2011
Alhamdulillah selesai pada 8.11am

Wednesday, April 20, 2011

Diam

Diam

Jangan pernah membawa lemah,
takut semangatku punah,
ruhku perlukan amal yang istiqamah.

Diam
mencari revolusiku tersendiri,
takut baikku dipijak lagi,
akalku perlukan ilmu yang hakiki.

Diam
menyelam sudut hatiku yang paling dalam,
takut selama ini keliru memahami akidah islam,
jiwaku perlu akan cinta Pencipta alam.

Diam
Moga membawa diriku langsung kepada Tuhan...







16 Jamadil Awwal 1432H / 20 April 2011
Alhamdulillah selesai pada 4.19pm

@>----------------------------------------------Untaian mawar buat sahabat

HADITS KELIMA BELAS (Hadits Arba'in An-Nabawi)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

[رواه البخاري ومسلم]

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)



Sunday, February 27, 2011

Tidak memandang dan tidak dipandang...

comelkan?
insyaALLAH moga jadi pencinta ALLAH yang sejati


Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

Satu keindahan bila pada malam 12 rabiulawal 1432 H lepas, saya berpeluang menyambut maulidur rasul di MasjidMuhammadi, Kota Bharu. Mungkin bagi sesetengah orang, apalah sangat pengalaman saya, namun bagi saya yang serba dhoif ini, setiap detik waktu yang berlalu adalah sejarah, yang membuahkan pengalaman. Lautan manusia yang kebanyakannya berjubah putih memenuhi masjid muhammadi, anak-anak tahfiz yang bersesakkan menaiki van dan bas, serta kehadiran Tok Guru Nik Aziz , Sultan Muhammad ke-V dan peceramah Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz mendatangkan sesuatu perasaan yang damai dalam diri saya. InsyaALLAH, moga di Sarawak nanti akan muncul suasana seperti itu.


Alhamdulillah, pada keesokan harinya, diberi rezeki kesempatan untuk menjejak kaki ke pondok pasir tumbuh di kelantan. Terima kasih kepada teman sabahan ku, Hajrah Andong. Posting elektif yang hanya 5 minggu itu menarik hati saya untuk melihat kembali negeri serambi mekah ini, tujuan utama adalah untuk melihat institusi pondok di Kelantan. Yang tersemat di hati, nak mengaji pondok, namun kerana jadual yang tidak mengizin dan tugasan yang perlu diselesaikan semasa berposting di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu tidak memungkinkan pengajian mendalam untuk masa sesingkat dan sesempit itu. Namun insyaALLAH moga berkesempatan untuk merasai baih solehah...

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Ringkas dan padat.

Tetapi payah.

Payah itu perlu mujahadah.

InsyaALLAH...

Setiba kami disana, kami bertembung dengan sentri-sentri yang berpurdah. Saya sedikit terpaku. Bukan tidak pernah melihat orang berpurdah, namun tidak pernah melihat suasana sebegitu. Ramai muslimah berpurdah. Alhamdulillah, disana kami di sambut oleh kak lah, salah seorang anak perempuan Tok guru pengasas pondok pasir tumbuh. Orangnya sederhana, sekali pertemuan dia sudah sangat ramah. Pertemuan kami singkat namun sesingkat itu juga dia mampu menyampaikan mutiara hikmah. Menyatakan kebimbangannya tentang masalah muda-mudi yang galak berpasangan tanpa berkahwin. Caranya mudah , hanya dengan mesej, hati mencair bagaikan air batu diletak dibawah mentari. Sinar nafsu, sirna iman dek kerana seronok ada orang mengambil perhatian. Jadi pesannya, kalau boleh hindarkan perkara yang boleh mendatangkan maksiat dari pada memulakan selepas itu semput untuk berpatah baik. Dia juga mengigatkan kami supaya berbaik sangka dengan orang.

Saya orang yang baru dia kenal, dia orang yang baru saya kenal.

Namun kami terikat atas kalimah la illahaillALLAH sebagai saudara.

Dakwahnya bersahaja namun lahir dari relung hati yang suci.

Waima waktu sesingkat cuma

Cipta peluang atau ambil peluang menyampaikan.

ALLAH, jadikan kami juga mampu sepertinya atau lebih dari itu

Itu sucinya seorang wanita yang menjaga hatinya. Menjaga hatinya untuk mencari cinta ALLAH dan redha suaminya. Menjaga hati muslimin lain dari memandang kecantikannya dengan menyembunyikannya di sebalik hijab. SubhanaALLAH...

Dan yang paling penting bagi seorang wanita adalah hijab hatinya. Menghijab hatinya dari terpaut kepada fatamorgana dunia yang menyesatkan. Hijab hati itu hijab yang benar-benar menjaga wanita itu agar ikhlas di jalan ALLAH. Moga kita sama-sama mujahadah memiliki hijab itu. Salam mujahadah sahabiahku, hijablah hati kita dengan kain taqwa dan iman. Koreksi kembali akhlak dan kata-kata kita, adakah masih berbaur nafsu atau bersandar cinta ALLAH. Saya juga insan yang masih bermujahadah...

suka gambar nie.
ada mesej tersendiri- niqab bukan penghalang kejayaan seorang muslimah

p/s: sangat merindui cermin-cermin ajaib ku yang berada di bumi tarbiyyah, maaf atas kelemahan ana terhadap antum semua. Moga kasih kita sampai ke syurga.




24 Rabiulawal 1432H / 28 Februari 2011
Alhamdulillah selesai pada 1.14 am


Saturday, February 5, 2011

Kemaafan dan Keikhlasan


Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

"maaf zahir dan batin, ayah, ibu."

"maafkan saya."

"asif,ukhti."

dan lain-lain ungkapan yang sewaktu dengannya.

Biasanya balasannya seperti ini:

"ibu dan ayah dah maafkan sayang."

"saya dah lama maafkan awak." atau "saya takkan maafkan awak sampai bila-bila." (moga di jauhkan kita bersi

fat sedemikian)

"tidak apa, ukhti ku sayang. InsyaALLAH ana dah redha. Ukhuwwah fillah."

dan lain-lain ungkapan yang sewaktu dengannya.

Maaf dan ikhlas itu bukan perkara yang boleh dipisahkan. Ramai yang menglazimkan maaf, dan insyaALLAH ramai yang merelakan memaafkan...Namun adakah ikhlas disebalik ungkapan itu?

Ikhlas adalah kosong dari apa-apa niat selain kerana ALLAH s.w.t. Teringat dialog dengan seorang sahabat;

" susahnya nak ikhlas,kan?"

" memang susah."

" susah tetapi tidak mustahil...nasihatkan saya tentang ikhlas..."

kami sama-sama terdiam. Ikhlas itu urusan ALLAH dan bukan milik sesiapa. Yang penting, kita bermujahadah untuk mengapai ikhlas itu walaupun kita tidak pernah tahu bila ia akan hadir. Kerana ikhlas itu milik hamba-hamba yang dikurniakan qalbun salim (), hati yang sejahtera sepertimana firman ALLAH :

Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera” [AL-Shu'araa' 26: 88-89]

Tanyalah pada hatimu, sejauhmana ungkapan kemaafan kita itu bersulam ikhlas?...

Ya ALLAH, jadikan kami hamba-MU yang benar-benar ikhlas... dan mampu beristiqamah dengannya...



Hamba yang dhoif,


1 Rabiulawal 1432H / 5 Februari 2011
Alhamdulillah selesai pada 6.29pm


@>----------------------------------------------Untaian mawar buat sahabat
Doa memohon keikhlasan

Ya ALLAH, Wahai yang Maha Agung,
Kurniakan kami keikhlasan daripada apa pun yang kami katakan,
Kurniakan kami keikhlasan daripada apa pun yang kami lakukan,
Jadikanlah apa pun yang kami perbuatkan semata mata kerana MU Ya ALLAH,
Lindungi kami dari ketamakan pujian dan penghormatan makhluk-makhluk Mu,
Lindungi kami dari ketamakan akan balas budi dari hamba-hamba Mu,
Lindungi kami dari ketamakan atas dunia ini Ya ALLAH..

Ya ALLAH jadikanlah sesiapa pun yang menerima saat ini,
Engkau indahkan dirinya dgn kenikmatan bersujud yang khusyuk,
Kelazatan bersedekah di jalan Mu,
Dan hidup penuh manfaat bagi sebanyak-banyaknya hamba Mu,
Lindungi kami dari kesia-sia an dan kenistaan..

Wahai ALLAH yang maha Agung,
Selamatkan kami,
Tiada pernah kami terputus bermohon kepada Mu,
Kurniakan kearifan bagi hamba-hamba yng engkau titipi amanah,
Jadikan kekuasaan menjadi penuntun kebaikan bagi kami,
Lindungi kami dari orang-orang yang munafik, dari orang2 fasik,
Dan lindungi kami dari orang-orang yang berniat buruk terhadap hamba-hamba Mu ini..

Ya ALLAH, hanya kepada-MU lah kembalinya segala urusan,
Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat,
Dan Jauhilah kami dari azab api neraka..

Amin ..Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin

____________________________

Sumber : Ustaz Aagym




Ya ALLAH,jika derita ini satu ujian untuk aku MENGHAPUSKAN dosa-dosa ku, maka aku redha dengan derit ini, PERBAIKILAH diriku. Tetapi jika rasa dari derita ini MENAMBAHKAN dosaku pada MU, maka HILANGKAN ia dari hatiku, kerana aku TAKUt akan murka dan seksa Neraka MU....


Link yang bermaanfaat membicarakan tentang ikhlas:
1.orang ikhlas tertindas @ Genta rasa_ Ustaz Pahrol Mohd Juoi
2. Muhasabah soal ikhlas oleh Ustaz Hasrizal (maaf, saya tidak jumpa link untuk ke artikel ini, hanya terjumpa dari blog saudara seislam)
3. Sekeping hati milik...@ abusyakirin.com

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP