Showing posts with label hidayah. Show all posts
Showing posts with label hidayah. Show all posts

Saturday, February 5, 2011

Kemaafan dan Keikhlasan


Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

"maaf zahir dan batin, ayah, ibu."

"maafkan saya."

"asif,ukhti."

dan lain-lain ungkapan yang sewaktu dengannya.

Biasanya balasannya seperti ini:

"ibu dan ayah dah maafkan sayang."

"saya dah lama maafkan awak." atau "saya takkan maafkan awak sampai bila-bila." (moga di jauhkan kita bersi

fat sedemikian)

"tidak apa, ukhti ku sayang. InsyaALLAH ana dah redha. Ukhuwwah fillah."

dan lain-lain ungkapan yang sewaktu dengannya.

Maaf dan ikhlas itu bukan perkara yang boleh dipisahkan. Ramai yang menglazimkan maaf, dan insyaALLAH ramai yang merelakan memaafkan...Namun adakah ikhlas disebalik ungkapan itu?

Ikhlas adalah kosong dari apa-apa niat selain kerana ALLAH s.w.t. Teringat dialog dengan seorang sahabat;

" susahnya nak ikhlas,kan?"

" memang susah."

" susah tetapi tidak mustahil...nasihatkan saya tentang ikhlas..."

kami sama-sama terdiam. Ikhlas itu urusan ALLAH dan bukan milik sesiapa. Yang penting, kita bermujahadah untuk mengapai ikhlas itu walaupun kita tidak pernah tahu bila ia akan hadir. Kerana ikhlas itu milik hamba-hamba yang dikurniakan qalbun salim (), hati yang sejahtera sepertimana firman ALLAH :

Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera” [AL-Shu'araa' 26: 88-89]

Tanyalah pada hatimu, sejauhmana ungkapan kemaafan kita itu bersulam ikhlas?...

Ya ALLAH, jadikan kami hamba-MU yang benar-benar ikhlas... dan mampu beristiqamah dengannya...



Hamba yang dhoif,


1 Rabiulawal 1432H / 5 Februari 2011
Alhamdulillah selesai pada 6.29pm


@>----------------------------------------------Untaian mawar buat sahabat
Doa memohon keikhlasan

Ya ALLAH, Wahai yang Maha Agung,
Kurniakan kami keikhlasan daripada apa pun yang kami katakan,
Kurniakan kami keikhlasan daripada apa pun yang kami lakukan,
Jadikanlah apa pun yang kami perbuatkan semata mata kerana MU Ya ALLAH,
Lindungi kami dari ketamakan pujian dan penghormatan makhluk-makhluk Mu,
Lindungi kami dari ketamakan akan balas budi dari hamba-hamba Mu,
Lindungi kami dari ketamakan atas dunia ini Ya ALLAH..

Ya ALLAH jadikanlah sesiapa pun yang menerima saat ini,
Engkau indahkan dirinya dgn kenikmatan bersujud yang khusyuk,
Kelazatan bersedekah di jalan Mu,
Dan hidup penuh manfaat bagi sebanyak-banyaknya hamba Mu,
Lindungi kami dari kesia-sia an dan kenistaan..

Wahai ALLAH yang maha Agung,
Selamatkan kami,
Tiada pernah kami terputus bermohon kepada Mu,
Kurniakan kearifan bagi hamba-hamba yng engkau titipi amanah,
Jadikan kekuasaan menjadi penuntun kebaikan bagi kami,
Lindungi kami dari orang-orang yang munafik, dari orang2 fasik,
Dan lindungi kami dari orang-orang yang berniat buruk terhadap hamba-hamba Mu ini..

Ya ALLAH, hanya kepada-MU lah kembalinya segala urusan,
Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat,
Dan Jauhilah kami dari azab api neraka..

Amin ..Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin

____________________________

Sumber : Ustaz Aagym




Ya ALLAH,jika derita ini satu ujian untuk aku MENGHAPUSKAN dosa-dosa ku, maka aku redha dengan derit ini, PERBAIKILAH diriku. Tetapi jika rasa dari derita ini MENAMBAHKAN dosaku pada MU, maka HILANGKAN ia dari hatiku, kerana aku TAKUt akan murka dan seksa Neraka MU....


Link yang bermaanfaat membicarakan tentang ikhlas:
1.orang ikhlas tertindas @ Genta rasa_ Ustaz Pahrol Mohd Juoi
2. Muhasabah soal ikhlas oleh Ustaz Hasrizal (maaf, saya tidak jumpa link untuk ke artikel ini, hanya terjumpa dari blog saudara seislam)
3. Sekeping hati milik...@ abusyakirin.com

Sunday, January 2, 2011

Kerana ALLAH Cinta...





Bismillahirahmanirrahim... SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR...


Hampir 3 minggu saya meninggalkan kanvas cinta ini tanpa coretan apapun. Syukran kepada ukhti Nizar Hanim atas peringatan " kenapa lama dah tak update blog?"...

Teringat kata-kata salah seorang cermin ajaibku, " Hanya hati yang bersih mampu merawat hati-hati yang lain". Mungkin berdebunya hati ini, merasakan saya sangat sakit untuk mencoret di kanvas cinta ini.


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!


Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

2 ayat diatas benar menusuk jiwa saya. Berapa banyak kata-kata yang masih belum terlaksana. Moga-moga segala baiah perjuangan yang telah diikrar , mampu untuk kami laksanakan, Ya ALLAH yang Maha mengetahui.

Alhamdulillah, di pagi ini diberi sedikit kekuatan setelah membaca blog mawar kesayanganku Asiah Yusra, moga sentiasa dirahmati ALLAH. Kembali mencoret...

Kerana ALLAH Cinta...

2011... sungguh masa itu benar-benar telah memamah usia kita kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kalau diikutkan tahun, saya telah menginjak kepada 23 tahun, baru perasan telah meninggalkan zaman remaja ^_^" .

Teringat zaman kanak-kanak saya, sungguh comot dan jiwa sangat merasa senang. Berentas belukar, memasang khemah kayu bersama teman-teman kecil, menangkap ikan 'kendot' dengan bakul kecil yang diambik dari dapur mak, mandi-manda di sungai yang kini telah pudar jernihnya. Dan yang paling kejam , membakar lintah didalam tin susu. Ya ALLAH, moga diampunkan dosa kami yang lalu.

Zaman kanak-kanak juga saya gemar mencipta alasan.
"mak, tak nak pergi sekolah, adik malaslah. Nanti cakap demam."
Emak selalunya akan marah dengan kerenah kami, namun terkadang dia terpaksa akur. Dengan kehadiran yang merah di kad laporan, saya hanya tersenyum sendiri apabila membeleknya semula.

Kasih mak sangat mendamaikan, setelah marah, mak akan datang memujuk, dipeluk dan diciumnya saya. Saya akui kedegilan saya sentiasa menguji mak. Namun sekarang, saya sangat merasakan hati mak sangat sayu, anak yang dua orang sudah membesar, sudah mencipta haluan sendiri. Ya ALLAH, kekalkan dia sebagai ratu hatiku dan diriku sebagai pengubat jiwa tuanya.

Waktu awal memasuki zaman sekolah menengah, saya hanya pelajar yang biasa. Anak seorang buruh kasar, seorang bapa tidak pernah jerih membesarkan kami. Saya ditempatkan diantara kelas hujung, namun kerana ALLAH cinta...Dia mengizinkan saya menjejak kaki ke kelas pertama. Saya masih tidak sedar akan Cinta ALLAH saat itu...

Ketika tingkatan 3, saya membina cita-cita, ingin menjadi doktor kerana terinspirasi dengan kakak seorang sahabat. Sebab yang lain, kerana ibu bapa saya menghidap asthma dan orang kata kerjaya doktor memungkinkan kita untuk hidup senang. Tiada sedikitpun niat yang cita-cita ini , saya lakukan kerana mencari redha ALLAH pada saat itu. Namun kerana ALLAH cinta... Dia mengizinkan saya merancang kehidupan dan Alhamdulillah saya kini pelajar perubatan tahun 4... Saat saya mula merancang, saya masih tidak sedar akan Cinta ALLAH saat itu...

Sebagai seorang gadis remaja, bohong untuk saya katakan, saya tidak menginginkan sesuatu hubungan yang istimewa. Namun, kerana kesibukan dan bimbang akan menganggu pelajaran, saya lebih suka menghindar pekara itu jauh-jauh. Pelik... Sepupu dan sahabat melabelkan saya pelik kerana dalam usia remaja itu, tidak mempunyai teman lelaki. Tertekan juga, tetapi naturenya saya seorang yang agak pemalu terlibat dalam perhubungan seperti itu. Bermanja dengan lelaki. Geli... Saat itu, saya masih tidak sedar akan Cinta ALLAH....Namun kerana ALLAH cinta...alhamdulillah saya kini sangat-sangat bersyukur kerana penjagaan~Nya saya menjadi diri saya saat ini. Terlepas dari bahaya cinta yang tidak dilandaskan syariat. InsyaALLAH, doakan saya dan sahabat-sahabat dikurniakan pendamping yang bersama-sama berusaha meraih Cinta ALLAH di jalan perjuangan.

Dan nikmat terbesar apabila ALLAH menemukan saya dengan cermin terajaib, Kak Radhiya semasa saya mula menjejak kaki di kampus perubatan UNIMAS. Akhlaknya sangat menambat hati saya. Kelembutannya mendamai jiwa yang saat itu sangat mendahagakan taufik dan hidayah. Alhamdulillah , kerana ALLAH cinta... Dia mengizinkan saya mengikat ukhuwwah dengan Kak Radhiyah, belajar agama darinya, belajar mendidik jiwa dan terinspirasi dengan akhlaknya. Alhamdulillah, kerana ukhuwwah itu saya dipertemukan dengan naqibah tersayang, Kak Meri, yang mentarbiyah kami melalui penyuburan hati.

Dan kerana Cinta ALLAH, dia menghadirkan cermin-cermin ajaib yang lainnya sebagai penguat diri saya yang lemah, Kak Fatin, Kak Nani, Kak Nad, Kak Asiah Yusro, Ukhti Mimi, Ukhti Ema Zara, Ukhti Anis, Ukhti Surianah dan adik-adik yang lainnya. Ditambah lagi, kehadiran sahabat-sahabat sekampus dan senegeri yang berjiwa besar menebarkan dakwah di bumi sarawak ini juga sangat mendidik jiwa saya. Tarbiyah yang mantap dari mereka, menyedarkan saya, saya tidak akan bertahan di jalan perjuangan selagi saya seorang yang cenggeng. Mampukan kami, Ya ALLAH...

Terima kasih atas segalanya, Ya Khaliq....



28 Muharram 1432H / 3 Januari 2011
Alhamdulillah selesai pada 10.09 pagi

@>----------------------------------------------Untaian mawar buat sahabat
Kerana Cinta~MU, Ya ALLAH... Kami punya segala-galanya..
Mungkinkan kami untuk mendidik hati kami untuk menjadikan Cinta~Mu, Cinta teratas di dalam jiwa kami.
Ingatkan kami akan pertemuan denganmu dalam apa-apa keadaan kami, susah mahupun senang...
Biar semesta ini terasa sepi dari kasih sayang, jangan Engkau hilangkan perasaan Cinta kami kepada diri~MU, ya ALLAH. Cinta yang bisa mengerah tulang 4 kerat yang lemah, Cinta yang bisa menyubur semangat yang layu...

Ingatlah sahabat ,jika ada suatu kebaikan dalam dirimu, sesungguhnya itu bukti cinta dan rahmat ALLAH ke atasmu, bukan kerana amalanmu yang sememangnya hak mutlak ALLAH ke atasmu.


Sunday, October 31, 2010

Jangan Mencaci Pendosa...Bencilah dosanya bukan pelakunya



Bismillahirahmanirrahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR...


Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi oleh Ya Khaliq untuk mencoret sesuatu di kanvas cinta ini. Janji saya kepada diri sendiri untuk meluangkan waktu menulis selepas habis exam, dipermudahkan ALLAH =)

***
Masjid wan Alwi , Tabuan Jaya


Syukur, akhirnya dipermudahkan oleh ALLAH, untuk menjejak kembali ke Masjid Wan Alwi (atau kami mengelarnya, Masjid Kotak kerana bentuknya yang segi empat tepat dan berbeda dari masjid lain) yang bertempat di Tabuan Jaya. Dan kali ini bersama-sama sahabat-sahabat dan adik- adik baru medik UNIMAS untuk menghadiri kembali kuliah fiqh yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Syed Izzudin. Saya menulis "menghadiri kembali" kerana selalu juga ketinggalan silibus kuliah fiqh kerana kehidupan pelajar medik yang nomad- berpindah randah.

Teringat waktu sebelum adik-adik medik batch 2010/2011 belum lagi memasuki UNIMAS, saat itu benar- benar susah untuk menghadiri majlis ilmu di luar kampus. Sehingga perlu untuk membuat dua trip semata-mata untuk semua boleh mendengar masjis ilmu seperti itu. Alhamdulillah, agak terkejut dan gembira bila saya melihat 4 buah kereta yang tersedia untuk membawa sahabat-sahabat ke sini pagi tadi.

InsyaALLAH, Sedikit perkongsiaan yang sangat menyentuh hati saya, untuk renungan kita bersama...nasihat dari ustaz yang menyampaikan kuliah fiqh pagi tadi... Moga sama-sama kita menjernihkan hati kita.
Jangan terlalu mencaci pelaku dosa, kerana kita tidak tahu pengakhiran hidup kita dan dia..mungkin di hujung hidupnya dia lebih baik dari
kita dan mendapat husnul khatimah...Husnudzon...


Bergetar rasanya mendengar nasihat ini. Berapa ramai diantara kita lantang mencaci pelaku dosa, ada sanggup mengkafirkan mereka. Saya sangat tidak setuju bila ada yang mengatakan ramai sekarang melayu tidak Islam semata-mata kerana mereka pelaku dosa besar, mereka si penzina, mereka si pembuang anak, mereka si kaki dadah dan sebagainya. Di sini saya selitkan salah satu pengertian Islam ( sumber nie boleh didapati dari beberapa buah blog yang boleh depercayai):


Islam dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja sekalipun dengan tidak ada iman di dalam hati. Islam yang seperti ini tidak memberi apa-apa faedah kepada penganutnya.

Firman Allah swt: “orang Arab Badwi berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah kepada mereka: “Kamu belum beriman”, tetapi katakanlah: “Kami telah Islam, kerana iman itu belum masuk ke dalam hati-hati kamu”. (Surah Al Hujurat: ayat 14)

Bencilah dosa ,namun jangan benci pelakunya. Jangan mudah mengkafirkan saudara kita selagi belum jelas dia telah murtad.

Tidaklah lurus iman seorang hamba sehingga lurus hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.


3 banduan Hukum gantung
Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh warden penjara Kuching kepada Ustaz Syed Izzudin.

Di penjara Kuching, ada 3 orang banduan yang bakal dihukum gantung dalam minggu sekian. Dan seperti yang kita tahu, sememangnya hanya jenayah besar yang layak ke tali gantung. Rasanya tiada di kalangan kita didoktrin untuk belas kasihan dengan penjenayah sebegini.

3 orang banduan itu terdiri daripada seorang Iban (bukan Islam), Melayu( Islam) dan Cina (bukan Islam).

HARI PERTAMA:
Banduan yang berbangsa Iban (bukan Islam) itu menjalani hukuman gantung.Usai digantung, mayatnya hanya dihumban ke tepi oleh tukan gantung. Tiada keluarga yang menuntut. Ngeri..Ini disaksikan oleh banduan yang Melayu dan Cina yang bakal menjalani hukuman gantung pada hari berikutnya.

HARI KEDUA:
Sampai giliran banduan yang berbangsa Melayu. Sebelum pengantungan, dia diberi masa untuk pembersihan diri, solat taubat, doa ,istigfar...dan mengucap syahadah sebelum digantung. Jenazahnya diurus dengan baik. Banduan yang berbangsa Cina tadi turut menyaksikan.

HARI KETIGA:
Giliran yang berbangsa Cina. Setelah menyaksikan keadaan dua rakannya sebelum ini, dia jadi takut. Dia mahu mayatnya dilayan seperti mana banduan berbangsa Melayu beragama Islam itu tadi. Jadi sebelum digantung, dia meminta untuk melakukan perkara seperti banduan kedua tadi. Dia mengucap syahadah. SubhanaALLAh, Maha Suci ALLAH, dia mati di tali gantung dengan keadaan yang bersih dari dosa. Tanda-tanda husnul khatimah adalah orang yang sebelum mati sempat menyebut kalimah 'la IlahaillALLAH..' di akhir kalam kehidupannya.

Renungkanlah..Kita tidak dijadikan untuk menghukum, tetapi menyampaikan kebenaran... Jika perlu menghukum , menghukumlah dengan undang-undang yang telah disyariatkan oleh ALLAH...Cubalah bimbing hati si pendosa ini ke jalan hidayah, sebelum kamu cuba untuk mencacinya...Dan sesungguhnya pintu Taubat itu terbuka luas kepada hamba-hamba ALLAH...

ALLAHU'ALAM...





23 Zulkaedah 1431H/ 31 october 2010
Alhamdulillah selesai pada 11.54 malam



@>----------------------------------------------Untaian mawar buat sahabat
Jangan terlalu mencaci pelaku dosa, bencilah dosanya, bukan pelakunya... husnudzon...kerana kita tidak tahu pengakhiran yang mana telah ditetapkan ALLAH untuk kita dan dia..mungkin pengakhiran hidupnya lebih bersih kerana sempat bertaubat..Ya ALLAH, jadikan kami hambamu yang sentiasa bertaubat..ameen..



Saturday, January 2, 2010

Tudung labuh vs tudung bawal...

Bismilahirahmanirahim...

"Aku tak suka lah dia orang tudung labuh kat cne." kata H. Sahabat saya sejak dari matrik labuan.

"kamu x suka saya jugak ka?" . saya membalas. Sengaja ingin menduga respon dari sahabat yang lama saya yang baru saya temui ini.

"bukan lah kau bah. Aku dak suka diaorang kat cne sebab selalu sama team tudung labuh dia orang ja". Sahabat ini membalas dengan beremosi.

Saya hanya mampu tersenyum. Anak jati sabah di depan saya ini masih seperti dahulu, sangat beremosi...tapi kebaikannya tetap seperti dulu...setiap kali saya diundang olehnya, layanannya memang high class.

Saya meneliti diri sahabat saya. Kakinya sudah berstoking. Alhamdulillah...

Kata-kata sahabat saya ini memang ada benarnya. Saya bersyukur walaupun menggunakan tudung pendek semasa mula menjejak kaki di kolej perubatan, kakak-kakak yang bertudung labuh tidak memandang saya jelek. Malah dilayannya saya seperti adik-adik yang lain, yang lebih manis bertudung labuh berbanding saya. Jiwa saya terisi dengan usrah, nasihat dan perhatiaan dari mereka.

KENAPA BERTUDUNG LABUH?
Sejujurnya, pada mula perkenalan saya dengan mereka yang bertudung labuh, saya merasakan mereka itu muslimah yang anggun...manis dan terjaga...sehingga saya menyimpan niat untuk bertudung labuh, namun hati saya masih merasakan tidak layak...

Seorang sahabat pernah berkata,"Bila kita pakai tudung labuh, kita rasa terjaga, nak buat maksiat, teringat kita sekarang bertudung labuh...ingat kat ALLAH...nak bergurau senda ngan budak lelaki pun x berani".

Namun bukan tudung labuh yang meleraikan hijab antara saya dan sang Pencipta, tetapi sahabat-sahabat yang dijadikan ALLAH pengantara itu yang membuka jalan terang kepada saya untuk menerima hidayah ALLAH...

Saya tidak pernah merasa sebahagia ini,
saya tidak pernah merasa takut seperti ini,

saya tidak pernah hiba seperti ini,
namun setelah mengenali~Mu , Ya ALLAH,
jiwa ini bergetar dalam syahdu,
jiwa ini meratap dalam kerinduaan,
jiwa ini terkulai dalam kecintaan...

Saya amat rindukan perasaan itu. Saat mula-mula merasa hidayah ALLAH. Namun sekarang jiwa ini terasa di uji, masih ikhlaskah diriku, Ya ALLAH?

Setelah benar-benar merasa jiwa saya tunduk kepada~Nya..barulah muncul keberaniaan untuk memakai tudung labuh... Bagaimana penerimaan keluargaku? sahabat-sahabat lamaku? kaum kerabatku?...Ya ALLAH kuatkanlah jiwaku.

Alhamdulillah zaman getir saya semasa proses perubahan telah berlalu...dari free hair semasa di depan sepupu, sekarang bertudung...hairan juga mereka, sampai ada yang berkata," x panas ka pake tudung?"...saya hanya tersenyum, apa yang perlu saya balas, adakah ini, "api neraka tu panas lagi". Namun jiwa dididik oleh kata-kata Ustazah Meri, dakwah itu perlu hikmah..saya takut jiwa mereka jadi jauh sekiranya saya membalas sedemikian, apa yang termampu, doakan lah mereka. Sekarang mereka menerima perubahan diri saya.

Tudung labuh vs tudung bawal atau sewaktu dengannya bukanlah pengukur iman didada. Ada juga yang bertudung labuh, namun akhlaknya tidak terjaga...namun ada yang tidak bertudung, sifatnya lebih baik...ALLAH mengaturkan sesuatu diluar pengetahuaan kita. Ini bukan permasalah tudung labuh atau tidak. Ini permasalah jiwa. Jiwa perlu dijaga, yang mudah rapuh dek hentaman arus zaman yang menggila, yang mudah leka dengan kemilau kemegahan dunia...

Tudung labuh atau tidak...yang pasti aurat itu WAJIB DITUTUP DENGAN SEMPURNA.No compromise.


Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya…” (Surah ke-24 an-Nur, ayat 31)


Kepada yang telah tekad bertudung labuh, janganlah ditanggalkan, sungguh ramai yang ingin bertudung labuh, mahu tapi malu...ini pendapat seorang penulis di blog beliau -http://muzir.wordpress.com/2009/11/14/muslimah-dan-tudung-labuh/#more-1210

"Percayalah, cara berpakaian sedikit sebanyak boleh mengawal diri dari kita melampaui batas. Dengan bertudung labuh, pasti akan ada setitik penyedar. Kita ingat siapa kita. Kita tak mahu diri terfitnah. Kita tak mahu agama terfitnah.

Janganlah dibuang tudung labuh itu dari tubuh kalian. Kalian nampak ayu dan sopan bertudung labuh. Kalian menimbulkan rasa ingin beragama di kalangan sebahagian manusia. Samada lelaki atau wanita, rasa beragama tiba-tiba datang tatkala kalian muncul. Yang paling penting ialah berpakaian seperti itu jika betul niatnya dan caranya, kalian akan diredhai ALLAH."

Ini cabaran yang perlu dihadapi yang bertudung labuh, anda telah nekad, maka anda berusaha mempertahankan.kerana akan tiba satu fasa yang anda akan digelar kolot, terlalu menutup, tatkala itu anda perlu kuat.. Bagi sahabat yang menyimpan hasrat bertudung labuh, teliti dahulu , selidik dahulu, amati dahulu...saat anda tekad, saat itu juga anda mulakan langkah, takut nanti perasaan itu akan hilang jika dibiar menanti waktu...

LAYAKKAH MEREKA?
"selalunya kita orang ikut giliran bagi pengisian masa usrah, ukhti. Sahabat yang tidak bertudung labuh pun bagi pengisian...Alhamdulillah dia orang boleh". Hanya sekadar berkongsi fenomena usrah di tempat saya.

"Erm..tak takut ke, kalau mereka sampaikan sesuatu yang tidak tepat." sahabat ini teragak membagi jawapan.

Saya membisu. Tidak terkeluar jawapan.

Pertemuan sebentar dengan sahabat ini membuka mata saya , fenomena tudung labuh hanya berkawan dengan tudung labuh ini memang terjadi. Layakkah peringatan mereka kita ambil, kerana hanya sekadar mereka tidak bertudung labuh?...

Saya bukan membela tidak bertudung labuh atau mengaibkan yang bertudung labuh...saya sendiri, diberi peluang menggunakan tudung labuh setelah tidak bertudung...perasaan orang yang tidak bertudung labuh hanya difahami oleh orang yang pernah mengalaminya...Jika penerimaan anggota usrah hanya dikalangan bertudung labuh, kita merasakan kita telah cukup mengtarbiah?... Setiap individu punya potensi masing-masing. Saya suka dengar kisah Umar Al-Khattab...dari orang yang amat keras menentang islam, apabila memeluk islam , beliau menggunakan sifat keberaniaannya yang sejak dari sebelum memeluk islam untuk mengdaulatkan islam...Seorang yang berpotensi dalam sesuatu hal, boleh mengendalikan sesuatu amanah walaupun tidak berkait dengan aktiviti surau, apabila jiwanya mula berubah dan mendekat dengan ALLAH, potensinya itu akan dimanfaatkan untuk agama...masakkan orang yang rajin sebelum mendapat hidayah, menjadi malas setelah mendapatkannya...

"Don't judge a book by its cover. Try to read it first before you make a conclusion."

Ini hanya sekadar peringatan dan pengalaman yang dikongsi kepada sahabat untuk kita benar-benar mengenal diri kita..jangan mudah mengadili tanpa mengenali seseorang itu terlebih dahulu. Terutama mereka yang menjejak kaki ke medan dakwah, tudung labuh umpama kewajipan...namun janganlah kita lupa sahabat yang lain,janganlah berkumpul antara kalian sahaja, janganlah menyampaikan kepada yang anda kira menerima saja...cubalah...dengar pendapat yang lain, selami jiwa mereka ,tiupkan semangat mereka agar bara menjadi api supaya mereka merasa damai dalam beragama, sentiasa berteman dalam kedukaan dan jadikan mereka terasa dihargai...pesanan ini dari saya kerana saya juga mengalaminya...


Sunday, May 31, 2009

kematian & mentaliti saudaraku di sini...

Sejujurnya,pd sabtu lepas adalah kali pertama sy menjejak kaki di kwsn perkuburan...sejak dr kecil lg mentaliti budak kampungan sarawak ini dijamu dgn crita2 seram ala keliwon dr kuburan...tp alhamdulillah perasaan keanak2an itulh sy buang jauh2 sejak sy benar2 mengenal sang Pencipta sy....




sy kira sy akn berasa sayu abpl berada di sana,dan memandangkan ini pertama kali sy berada dkt dgn tempat sedemikian...namun bunyi bengit karaoke dr rumah pengantin yg berdekatan memudar "feel" sy untuk merasai maksud disebalik kematian dan kehilangan~sy jenis org yg suka mengamati keadaan...Ya ALLAH, jika terus begini mentaliti saudara2 senegeri sy,sy takut kt akan ditimpa azab ALLAH yg amat pedih...septt kematian itu menjadi pengajaran dan skrg2nya kt beradab terhadap keluarga si mati...sungguh sy sedih dgn situasi ini...hiburan sebegitu bukannya perlu di majlis walimah yg menjd tanda kesyukuran penyatuan 2 jiwa, malah jatuh haram hukumnya jika ada unsur2 maksiat, namun itu yg sering diper"ada"kan oleh org negeri sy dan mgkn mn2 tmpt dewasa ini..

okeylah...berbalik dgn kematian tadi...sy tertarik dengan pandangan ustaz zaharuddin ,beliau menulis " kematian itu sepatutnya menjadi satu waktu yg dinanti krn ia permulaan nikmat yg hakiki, bukan untuk ditakutkan dan dirisaukan"...ungkapan yg pertama kali sy dgn ttg kematian yg jauh berbeza dgn sebelum ini...islam itu indah,dan sy amat gembira menjadi penganutnya walaupun dgn mengamal hukum asas bertudung pun,dipandang pelik...entah...kalau pun ada yg nampak pincang ,itu adalah pd sifat sebilangan umatnya ~manusia biasa~bukan islam itu sendiri..sy pernah menbc suatu kisah, allahualam~seseorg ini masuk islam kerana hanya mengamati upacara pengebumian org islam, hanya kain kafan yg menbalut org yg meninggal waima org itu kaya atau ternama sekalipun, ini menunjukkan islam itu x membezakan umat2nya selain takwa menjd kekayaan hakiki di alam barzakh~kematian itu nampak indah dengan amalan, namun amalan itu belum tentu terjamin tanpa ikhlas...rsnya disini sj sy mampu menukil dgn tulisan yg xlah seberapa...

kepada shbt sarawakian yg singgah di blog ini,sy harap kita lebih bersemangat untu bersama yg lain2 untuk memartabatkan islam,sungguh ALLAH x berhajat pun dgn kt,ttp kt yg berhajat kepada-NYA....insya ALLAH,wpun sy bukan dr jurusan agama dan sggh pengetahuan sy ttg agama msh nipis,senipis kulit bawang,sy akan menyumbang apa yg termampu, sy akan trs berada di bumi kecintaan sy ini~wpun ada shbt yg mgkn beranggapan sy anak cenggeng yg hanya nak dkt dgn famili sehingga x nak pergi merantau~sbb bg sy bumi sarawak nampak subur dgn budaya namun gersang dgn roh islamnya,yg sy amat rindu2 kehadirannya....insya ALLAH, sy akan trus brd disini, berdakwah, berkerja, berkeluarga dan insya ALLAH menghembuskan nafas terakhir dlm islam yg sempurna di sini juga....



Saturday, November 15, 2008

Assalamualaikum w.b.t.

Ini merupakan kali pertama saya mencoretkan kata-kata di blog ini.Cukuplah diri ini dikenali sebagai Aisyah.Doakan saya agar mampu terus istiqamah dalam perjuangan ini walaupun sentiasa sibuk dengan dunia yang hanya sementara ini.

Kenapa Aisyah?Bagi yang mengenali diri ini ,sudah tentu mengetahui nama sebenar saya bukanlah aisyah.Aisyah, kedengaran tenang dan damai di telinga saya kali pertama seorang sahabat silap menegur dengan nama tersebut (semoga dirinya sentiasa dalam pelukan kasih sayang ALLAH).Terlintas pengetahuan tentang aisyah,antara tiga wanita utama yang paling di sayangi nabi.Antara wanita-wanita tersebut ialah Saidatina Khadijah,Saidatina Aisyah dan Saidatina Fatimah.Namun saya bukan sehebat isteri nabi, dan sampai bila-bila tidak akan jadi sehebat beliau .Cukup sekadar meneliti kehidupan, ilmu dan amal beliau,dengan sedaya kudrat hamba, saya laksanakan dan dengan izin ALLAH saya akan terus memperbaiki diri.

Aisyah bermaksud hidup bahagia.Sebagai manusia, siapa tidak ingin hidup bahagia, namun definisi kebahagian itu sendiri adalah subjektif bergantung dengan individu itu sendiri.Namun kebahagian sebenar seorang hamba adalah apabila terlerai hijab antara dirinya dan Sang Pencipta.Ya ALLAH, intimkan hati kami dengan cinta-MU, agar hilang beban kami dengan cinta dunia.Bukan bermaksud meninggalkan urusan dunia menjadi janji teguh sampai di syurga,namun hubungan baik dengan manusia juga bukti ikhlas dan sabar dalam merai cinta ALLAH.Islam itu sempurna,itu yang saya temui kali pertama dan hingga selamanya.Insya ALLAh.Itu punca kebahagiaan yang sebenarnya.

Bukan mudah menongkah arus, lebih-lebih lagi di bumi yang bilangan gerejanya lebih banyak berbanding dengan masjidnya.Memulakan rentak untuk perubahan besar dalam hidup,memerlukan pergorbanan besar.Namun naluri hamba kuat membentak hati agar berubah,berubah dan mengikut jalan ALLAH.Alhamdulillah..sedikit bata-bata keberanian itu saya bina membentuk tembok Islam dalam diri.Moga-moga sentiasa diteguhkan oleh Pemilik hati ini.Terima kasih kepada insan-insan yang hadir dalam hidup ini yang mencetuskan kesedaran yang diri ini hamba ALLAH dengan kemahuan dari-Nya juga.



"ISLAM bermula dalam keadaan dagang, ia akan kembali dagang. Beruntunglah orang yang berpegang dengan ISLAM ketika ia dagang"
-Riwayat Muslim-


Setiap kali meneliti hadis diatas,saya merasatenang.Itu kebahagiaan dan keyakinan saya temui untuk melangkah terus dan sesekali menoleh untuk menginsafi kejahilan yang lepas.Namun, kesedihan tetap bertamu di hati apabila melihat saudara seagama ,terutamanya di tempat saya tinggal ,masih kurang penghayatan Islamnya.Bukan bermaksud diri ini pandai segalanya tentang agama ,namun perasaan selamat dalam kasih sayang ILLAHI itu,amat meyakinkan diri tiada siapa yang sanggup melepaskannya apabila sudah merasa kemanisannya.Setiap keluhan,kepayahan dan masalah terubat dengan kasih ILLAHI.Sungguh saya amat inginkan orang yang disekeliling saya merasa nikmat itu.

Sampai di sini pengenalan yang saya mampu coretkan bagi post pertama...Semoga usaha-usaha kita sebagai umat Islam berdakwah dengan cara yang kita mampu diberkati ALLAH.

"Umat Islam harus jadi seperti air ,walaupun disekat alirannya, air akan cuba mencari aliran keluar walaupun hanya menitis dengan titisan kecil atau zarah-zarah halus di udara"...Ingat temanku,sentiasa ada cara untuk kita berubah ke arah kebaikan...ameen...


Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP