Showing posts with label pengalaman hidup. Show all posts
Showing posts with label pengalaman hidup. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Tidak memandang dan tidak dipandang...

comelkan?
insyaALLAH moga jadi pencinta ALLAH yang sejati


Bismillahirahmanirahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR..

Satu keindahan bila pada malam 12 rabiulawal 1432 H lepas, saya berpeluang menyambut maulidur rasul di MasjidMuhammadi, Kota Bharu. Mungkin bagi sesetengah orang, apalah sangat pengalaman saya, namun bagi saya yang serba dhoif ini, setiap detik waktu yang berlalu adalah sejarah, yang membuahkan pengalaman. Lautan manusia yang kebanyakannya berjubah putih memenuhi masjid muhammadi, anak-anak tahfiz yang bersesakkan menaiki van dan bas, serta kehadiran Tok Guru Nik Aziz , Sultan Muhammad ke-V dan peceramah Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz mendatangkan sesuatu perasaan yang damai dalam diri saya. InsyaALLAH, moga di Sarawak nanti akan muncul suasana seperti itu.


Alhamdulillah, pada keesokan harinya, diberi rezeki kesempatan untuk menjejak kaki ke pondok pasir tumbuh di kelantan. Terima kasih kepada teman sabahan ku, Hajrah Andong. Posting elektif yang hanya 5 minggu itu menarik hati saya untuk melihat kembali negeri serambi mekah ini, tujuan utama adalah untuk melihat institusi pondok di Kelantan. Yang tersemat di hati, nak mengaji pondok, namun kerana jadual yang tidak mengizin dan tugasan yang perlu diselesaikan semasa berposting di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu tidak memungkinkan pengajian mendalam untuk masa sesingkat dan sesempit itu. Namun insyaALLAH moga berkesempatan untuk merasai baih solehah...

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Ringkas dan padat.

Tetapi payah.

Payah itu perlu mujahadah.

InsyaALLAH...

Setiba kami disana, kami bertembung dengan sentri-sentri yang berpurdah. Saya sedikit terpaku. Bukan tidak pernah melihat orang berpurdah, namun tidak pernah melihat suasana sebegitu. Ramai muslimah berpurdah. Alhamdulillah, disana kami di sambut oleh kak lah, salah seorang anak perempuan Tok guru pengasas pondok pasir tumbuh. Orangnya sederhana, sekali pertemuan dia sudah sangat ramah. Pertemuan kami singkat namun sesingkat itu juga dia mampu menyampaikan mutiara hikmah. Menyatakan kebimbangannya tentang masalah muda-mudi yang galak berpasangan tanpa berkahwin. Caranya mudah , hanya dengan mesej, hati mencair bagaikan air batu diletak dibawah mentari. Sinar nafsu, sirna iman dek kerana seronok ada orang mengambil perhatian. Jadi pesannya, kalau boleh hindarkan perkara yang boleh mendatangkan maksiat dari pada memulakan selepas itu semput untuk berpatah baik. Dia juga mengigatkan kami supaya berbaik sangka dengan orang.

Saya orang yang baru dia kenal, dia orang yang baru saya kenal.

Namun kami terikat atas kalimah la illahaillALLAH sebagai saudara.

Dakwahnya bersahaja namun lahir dari relung hati yang suci.

Waima waktu sesingkat cuma

Cipta peluang atau ambil peluang menyampaikan.

ALLAH, jadikan kami juga mampu sepertinya atau lebih dari itu

Itu sucinya seorang wanita yang menjaga hatinya. Menjaga hatinya untuk mencari cinta ALLAH dan redha suaminya. Menjaga hati muslimin lain dari memandang kecantikannya dengan menyembunyikannya di sebalik hijab. SubhanaALLAH...

Dan yang paling penting bagi seorang wanita adalah hijab hatinya. Menghijab hatinya dari terpaut kepada fatamorgana dunia yang menyesatkan. Hijab hati itu hijab yang benar-benar menjaga wanita itu agar ikhlas di jalan ALLAH. Moga kita sama-sama mujahadah memiliki hijab itu. Salam mujahadah sahabiahku, hijablah hati kita dengan kain taqwa dan iman. Koreksi kembali akhlak dan kata-kata kita, adakah masih berbaur nafsu atau bersandar cinta ALLAH. Saya juga insan yang masih bermujahadah...

suka gambar nie.
ada mesej tersendiri- niqab bukan penghalang kejayaan seorang muslimah

p/s: sangat merindui cermin-cermin ajaib ku yang berada di bumi tarbiyyah, maaf atas kelemahan ana terhadap antum semua. Moga kasih kita sampai ke syurga.




24 Rabiulawal 1432H / 28 Februari 2011
Alhamdulillah selesai pada 1.14 am


Sunday, January 2, 2011

Kerana ALLAH Cinta...





Bismillahirahmanirrahim... SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR...


Hampir 3 minggu saya meninggalkan kanvas cinta ini tanpa coretan apapun. Syukran kepada ukhti Nizar Hanim atas peringatan " kenapa lama dah tak update blog?"...

Teringat kata-kata salah seorang cermin ajaibku, " Hanya hati yang bersih mampu merawat hati-hati yang lain". Mungkin berdebunya hati ini, merasakan saya sangat sakit untuk mencoret di kanvas cinta ini.


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!


Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

2 ayat diatas benar menusuk jiwa saya. Berapa banyak kata-kata yang masih belum terlaksana. Moga-moga segala baiah perjuangan yang telah diikrar , mampu untuk kami laksanakan, Ya ALLAH yang Maha mengetahui.

Alhamdulillah, di pagi ini diberi sedikit kekuatan setelah membaca blog mawar kesayanganku Asiah Yusra, moga sentiasa dirahmati ALLAH. Kembali mencoret...

Kerana ALLAH Cinta...

2011... sungguh masa itu benar-benar telah memamah usia kita kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kalau diikutkan tahun, saya telah menginjak kepada 23 tahun, baru perasan telah meninggalkan zaman remaja ^_^" .

Teringat zaman kanak-kanak saya, sungguh comot dan jiwa sangat merasa senang. Berentas belukar, memasang khemah kayu bersama teman-teman kecil, menangkap ikan 'kendot' dengan bakul kecil yang diambik dari dapur mak, mandi-manda di sungai yang kini telah pudar jernihnya. Dan yang paling kejam , membakar lintah didalam tin susu. Ya ALLAH, moga diampunkan dosa kami yang lalu.

Zaman kanak-kanak juga saya gemar mencipta alasan.
"mak, tak nak pergi sekolah, adik malaslah. Nanti cakap demam."
Emak selalunya akan marah dengan kerenah kami, namun terkadang dia terpaksa akur. Dengan kehadiran yang merah di kad laporan, saya hanya tersenyum sendiri apabila membeleknya semula.

Kasih mak sangat mendamaikan, setelah marah, mak akan datang memujuk, dipeluk dan diciumnya saya. Saya akui kedegilan saya sentiasa menguji mak. Namun sekarang, saya sangat merasakan hati mak sangat sayu, anak yang dua orang sudah membesar, sudah mencipta haluan sendiri. Ya ALLAH, kekalkan dia sebagai ratu hatiku dan diriku sebagai pengubat jiwa tuanya.

Waktu awal memasuki zaman sekolah menengah, saya hanya pelajar yang biasa. Anak seorang buruh kasar, seorang bapa tidak pernah jerih membesarkan kami. Saya ditempatkan diantara kelas hujung, namun kerana ALLAH cinta...Dia mengizinkan saya menjejak kaki ke kelas pertama. Saya masih tidak sedar akan Cinta ALLAH saat itu...

Ketika tingkatan 3, saya membina cita-cita, ingin menjadi doktor kerana terinspirasi dengan kakak seorang sahabat. Sebab yang lain, kerana ibu bapa saya menghidap asthma dan orang kata kerjaya doktor memungkinkan kita untuk hidup senang. Tiada sedikitpun niat yang cita-cita ini , saya lakukan kerana mencari redha ALLAH pada saat itu. Namun kerana ALLAH cinta... Dia mengizinkan saya merancang kehidupan dan Alhamdulillah saya kini pelajar perubatan tahun 4... Saat saya mula merancang, saya masih tidak sedar akan Cinta ALLAH saat itu...

Sebagai seorang gadis remaja, bohong untuk saya katakan, saya tidak menginginkan sesuatu hubungan yang istimewa. Namun, kerana kesibukan dan bimbang akan menganggu pelajaran, saya lebih suka menghindar pekara itu jauh-jauh. Pelik... Sepupu dan sahabat melabelkan saya pelik kerana dalam usia remaja itu, tidak mempunyai teman lelaki. Tertekan juga, tetapi naturenya saya seorang yang agak pemalu terlibat dalam perhubungan seperti itu. Bermanja dengan lelaki. Geli... Saat itu, saya masih tidak sedar akan Cinta ALLAH....Namun kerana ALLAH cinta...alhamdulillah saya kini sangat-sangat bersyukur kerana penjagaan~Nya saya menjadi diri saya saat ini. Terlepas dari bahaya cinta yang tidak dilandaskan syariat. InsyaALLAH, doakan saya dan sahabat-sahabat dikurniakan pendamping yang bersama-sama berusaha meraih Cinta ALLAH di jalan perjuangan.

Dan nikmat terbesar apabila ALLAH menemukan saya dengan cermin terajaib, Kak Radhiya semasa saya mula menjejak kaki di kampus perubatan UNIMAS. Akhlaknya sangat menambat hati saya. Kelembutannya mendamai jiwa yang saat itu sangat mendahagakan taufik dan hidayah. Alhamdulillah , kerana ALLAH cinta... Dia mengizinkan saya mengikat ukhuwwah dengan Kak Radhiyah, belajar agama darinya, belajar mendidik jiwa dan terinspirasi dengan akhlaknya. Alhamdulillah, kerana ukhuwwah itu saya dipertemukan dengan naqibah tersayang, Kak Meri, yang mentarbiyah kami melalui penyuburan hati.

Dan kerana Cinta ALLAH, dia menghadirkan cermin-cermin ajaib yang lainnya sebagai penguat diri saya yang lemah, Kak Fatin, Kak Nani, Kak Nad, Kak Asiah Yusro, Ukhti Mimi, Ukhti Ema Zara, Ukhti Anis, Ukhti Surianah dan adik-adik yang lainnya. Ditambah lagi, kehadiran sahabat-sahabat sekampus dan senegeri yang berjiwa besar menebarkan dakwah di bumi sarawak ini juga sangat mendidik jiwa saya. Tarbiyah yang mantap dari mereka, menyedarkan saya, saya tidak akan bertahan di jalan perjuangan selagi saya seorang yang cenggeng. Mampukan kami, Ya ALLAH...

Terima kasih atas segalanya, Ya Khaliq....



28 Muharram 1432H / 3 Januari 2011
Alhamdulillah selesai pada 10.09 pagi

@>----------------------------------------------Untaian mawar buat sahabat
Kerana Cinta~MU, Ya ALLAH... Kami punya segala-galanya..
Mungkinkan kami untuk mendidik hati kami untuk menjadikan Cinta~Mu, Cinta teratas di dalam jiwa kami.
Ingatkan kami akan pertemuan denganmu dalam apa-apa keadaan kami, susah mahupun senang...
Biar semesta ini terasa sepi dari kasih sayang, jangan Engkau hilangkan perasaan Cinta kami kepada diri~MU, ya ALLAH. Cinta yang bisa mengerah tulang 4 kerat yang lemah, Cinta yang bisa menyubur semangat yang layu...

Ingatlah sahabat ,jika ada suatu kebaikan dalam dirimu, sesungguhnya itu bukti cinta dan rahmat ALLAH ke atasmu, bukan kerana amalanmu yang sememangnya hak mutlak ALLAH ke atasmu.


Sunday, December 12, 2010

Pesakit Jiwa dan Azam Maal Hijrah

Bismillahirahmanirrahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR

Mengagahkan diri untuk meng'update' kanvas cinta yang ditinggalkan berdebu. Entry kali ini ringkas.

Maal Hijrah
Selamat tahun baru Islam yang ke 1432H.Apa khabar imanmu di kala melangkah di tahun baru ini? . Masih kekuningan dengan karat jahiliyah atau bersinar seperti berlian?

Bila berbicara mengenai maal hijrah atau tahun baru, pasti ramai yang memasang azam tahun baru. Teringat dengan kata-kata Datuk Dr Fadilah Kamsah, ramai yang berazam hanya dapat bertahan semasa permulaan tahun sahaja. Ada benarnya. Bagi saya yang masih dhaif ini, masih banyak perubahan ke arah kebaikan belum dilaksanakan sepenuhnya. Kengkangan masa?... Sesungguhnya manusia itu memang sentiasa tertipu dengan masa sihat dan lapang.

Kenapa hendak jadi doktor?

Cita-cita sejak sekolah menengah...

Bukan doktor susah ke?

Apa-apa pekerjaan dalam dunia nie memang susah bagi pelakunya, yang penting semua perlu usaha...

Apa-apa pekerjaan sekalipun, yang pasti bermanfaat, bagi saya ada hubungan simbiosis nya. Cleaner di hospital sangat penting khidmatnya kepada si doktor yang selalu membuang sisa klinikal. Tanpa cleaner, siapa yang boleh memastikan keadaan hospital bersih?. Dan tanpa doktor, siapa nak rawat pesakit?. Tanpa pesakit, doktor nak cari makan macam mana?. So, spread the love and appreciate others.

Sekarang saya di penghujung Posting Psychiatric. Hampir menjelang exam. Menulis untuk mengubat rindu sambil menyiapkan assignment.

Berbalik kepada Maal Hijrah dan azam tahun baru, beberapa hari lepas saya menemui seorang pesakit di Hospital Mental Sentosa. 3 jam berborak untuk history taking. Jenuh juga tetapi agak berbaloi bagi saya. Belajar sesuatu dari pesakit.

Pesakit ini bagi saya bukan pesakit yang 'heavy mental disorder' tetapi pesakit yang datang kerana sedar dia perlukan rawatan. Ramai di luar sana, saya yakin memendam jiwa kacau, tetapi tidak ramai berani mengambil langkah untuk merawat kerana stigma masyarakat bila kita berjumpa dengan pakar sakit jiwa. Sejujurnya, tidak semua yang berjumpa pakar sakit jiwa itu gila, tetapi kebanyakan mereka adalah orang yang kurang sihat mentalnya.

Menyelusuri kisah hidup pesakit ini, sebagai pelajar perubatan memang dididik untuk menjadi listener, police dan historian dahulu sebelum menjadi hakim dan advisor- saya belajar mengenal hidup. Hidup dari kaca mata orang lain. Hidup belajar dari kesilapan orang lain. Dia seorang yang sihat dari segi lahiriahnya tetapi sangat sakit pada batinnya. Segala permasalahnya berpunca dari lemahnya pengurusan jiwa. Jujur saya katakan, pesakit ini pesakit yang paling waras yang saya temui semasa di ward psychiatric. Dia datang kerana azamnya. Sempena 1432 H ini, dia perlu merawat dirinya dan dia ingin taubat nasuha...

SubhanaALLAH, kali pertama saya menemui pesakit yang ingin taubat nasuha. Mungkin ramai sahabat yang mengenali nature pesakit psychiatric akan mengatakan, pesakit psychiatric melayu memang ada religious delusion. Tapi kali ini, bagi saya tidak, kerana ini bukan kes schizophrenia tetapi ini adalah kes depressive disorder.

Tidak salah untuk belajar dari sesiapa sahaja. Setiap makhluk dan alam ini adalah bukti kekuasaan ALLAH. =)

Takrifan kejayaan di sisi ALLAH itu lebih bermakna dari di sisi makhluk. Yang penting berkerja dan terus berusaha. Maka tambah upgrade azam tahun baru - berkerja dan berusaha dengan berstrategi.

Maka, bagi kita yang mengaku berakal sihat ini. Apa azam tahun baru kita?. Adakah hanya sekadar keduniaan- result gempak, beli kereta dan rumah, kahwin awal dan lain-lain. Atau disulam cantik dengan azam yang berbentuk ukhrawi juga- belajar molek-molek semata kerana ALLAH dan agama, kumpul harta untuk memudahkan jihad fisabilillah, kahwin untuk melengkapkan agama dan membina ummah yang menegakkan Islam dan sewaktu dengannya.

Koreksi diri..Lebih lagi saya yang menulis ini. Adakah azam kita bermanfaat untuk agama sekaligus memberi impak positif kepada diri kita dan masyarakat?... sejauh mana strategi untuk melaksanakan azam?...



As doctors and nurses:
~To cure sometimes,
~To relieve often,
~To comfort always.



6 Muharram 1432 / 12 Disember 2010
Alhamdulillah selesai pada 11.34 malam
@>----------------------------------------------Untaian mawar buat sahabat
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.” [Shahih al-Jami' no 3289 (Hasan).]
maka, carilah manfaatmu kepada orang lain, bukan hanya sekadar memenuhi kepentingan diri sendiri. Sesiapa yang tidak menyayangi orang lain, dia tidak akan disayangi. Maka, sayang itu biarlah kerana ALLAH...Tidak perlu bergelar PM baru bermanfaat, Tidak perlu bergelar doktor atau nurse baru bermanfaat, tidak perlu bergelar itu dan ini baru mahu bermanfaat. Kita jadi bermanfaat bila kita sedar dan menyumbang untuk ummah. Harta, Masa hatta mungkin akan tiba waktunya untuk Nyawa..Hidup untuk memberi ( Ustaz Hasrizal)...Hidup mulia atau mati syahid..insyaALLAH =)

~Doakan saya dan sahabat2 untuk terus istiqamah berjuang di jalan ALLAH... dan doakan juga mampu menghadapi exam psychiatric selepas ini, termasuk exam akhirat dan dunia yang lainnya.~

Friday, October 1, 2010

Keberkahan Rezeki


Bismillahirahmanirrahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR...

Salam semerbak kuntuman setanggi syurga buat pendamba CINTA HAKIKI...

Terlalu lama saya tidak menulis di kanvas cinta ini... Keterbatasan waktu dan idea, dan mungkin juga kerana kelesuan menghalang saya mencoret di ruang ini. Seiring berjalannya waktu, terasa berat beban di pundak, terasa sedikit lelah semasa duduk setelah lama berdiri...adakan tanda-tanda saya dah tua...hehe... insyaALLAH masih berkudarat lagi.

Terlalu ingin rasanya berkongsi cerita mengenai rezeki, kepada sahabat yang sudi singgah. Tentang keberkatan rezeki.

Untuk menghuraikan rezeki itu dari sudut ilmiah, sungguh bukan bidang saya. Ketermampuan hanya pada tazkirah dari sumber yang sedia ada. Saya yakin sahabat boleh google je , insyaALLAH pasti ketemu apa yang sahabat inginkan. Ilmu ada suatu yang sangat penting, tetapi tidak dinafikan jugak pengalaman bukan?. Betapa banyak orang yang berilmu tetapi kecundang dalam beramal [ nasihat ini terutamanya ditujukan utuk ntuk diri sendiri]. Thus, develop your 6th sense to complete what you already have.

6 SENSES

Kalau belajar sains masa sekolah dulu, kita hanya diajar 5 senseskan. Flashback, 5 senses = sight, smell, touch, taste, and hearing.

Saya adalah manusia yang suka meneliti tetapi kurang sedikit berbicara (kecuali dengan sahabiah yang saya sudah terlalu rapat). Kadang-kadang terlalu banyak berbicara tanpa isi, menyebabkan lebih banyak yang salah dari yang benar. Berkatalah benar atau diam sahaja. Makanya, kanvas cinta ini tempat saya menulis panjang-panjang. Menafsir gelagat manusia seharian dengan 6th sense, iaitu common sense. And as a muslim, for sure, the 6th sense should develop in IMAN.

***

Usai bedside teaching dari seorang doktor pakar, saya dan rakan menuju ke klinik outpatient ENT, Sarawak General Hospital. Kali ini giliran kami adalah dengan seorang pakar ENT muslim. Antara dialog perbualan kami :


" Do you learn something?', tanya pakar ENT kepada kami.


" oo..yes." pantas kami berlima menjawab.


" Takut makan gaji buta , nak bagi makan anak isteri." dengan bersahaja dia menjawab.


SubhanALLAH, sangat jarang saya mendengar kalimat seperti itu. Mungkin tidak pernah diungkap oleh mana-mana pakar atau doktor yang pernah mengajar saya. Keberanian lisan untuk mengungkap perkara yang benar memang tidak mudah diamalkan oleh semua. Walaupun apa yang diungkapkannya nampak biasa, ia adalah sesuatu pengajaran buat saya dan rakan-rakan yang berada di situ. InsyaALLAH, dia umpama mengaja kami mendidik 6 sense kami.


Rezeki datang dalm pelbagai bentuk. Sedikit atau banyak, yang utama dari mana sumbernya. Teringat sesuatu hadis tentang rezeki dan keberkahannya.
"Tiada sesuatu yang engkau belanjakan kerana mengharapkan
keredaan ALLAH melainkan engkau akan diberi pahala hinggakan apa yang engkau suapkan ke dalam mulut isteri engkau." [Hadis riwayat Bukhari].

Hatta perkerjaan yang kecil sekalipun, tetapnya perlu untuk menjaga keberkahannya. InsyaALLAH , smoga saya dah sahabat-sahabat mampu mencari keberkahan rezeki dalam kehidupan seharian. Rezeki yang baik pasti menghasilkan makanan yang baik-baik untuk keluarga kita. Makanya dengan makanan yang baik, pasti hati yang baik lebih mudah untuk diasuh. InsyaALLAH, moga dapat melahirkan kembali barisan generasi Ulul Albab yang sangat betah memperjuangkan Islam.

~Apapun, terapkan syahadah kehidupan dalam mencari keredhaan ILLAHI dalam kehidupan dan kerjaya~ Syahadah kehidupan- Adakah aku bakal doktor muslimah?

p/s: terpaksa berhenti di sini. InsyaALLAH akan menghadapi ujian paper dunia (ENT = ear, nose & throat) pada 8 October nie. Mohon doa dari sahabat untuk saya dan rakan-rakan sepengajian.


Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP