Showing posts with label usrah. Show all posts
Showing posts with label usrah. Show all posts

Monday, October 11, 2010

Agar kita tidak tercicir dari jalan ALLAH, apa yang perlu kita lakukan...

Bismillahirahmanirrahim...

SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR...

Syukur kepada Dzat yang Maha Tinggi kerana kita masih diberi kesempatan untuk bernafas untuk kita mengenal erti hidup sebagai hamba.

Keinginan menulis di kanvas cinta ini selalu datang, namun tidak tepat pada waktunya. Tatkala idea itu meletus, namun laharnya tetap jua tertahan akibat batasan waktu yang tidak mengizinkan saya untuk menulis.

Lapang sebelum sempit
Mungkin saat lapang itu, saya tidak cuba mengerah akal untuk mencari idea menulis. Seperti mana dalam satu hadis Rasulullah saw ada mengatakan bahawa manusia selalu tertipu dengan masa sihat dan masa lapang. Masih teringat perbualan dengan seorang sahabat suatu ketika dahulu:
" Aisyah, teruskan menulis. Ini medium untuk kita sebagai daie untuk
menyampaikan sesuatu"


Saya hanya mampu tersenyum. Saya bukan penulis yang hebat. Bisa memberi nasihat sehebat sarjana agama. Bisa menulis kisah hidup yang jadi penguat jiwa...Saya hanyalah Aisyah. Yang menulis seadanya. Yang masih lemah, dan perlu terus mencari ilmu penguat jiwa.

Terasa momentum untuk menyampaikan sesuatu di dalam kanvas cinta ini tidak akan bertambah kelajuan sekalipun pedal minyaknya keras ditekan, kerana yang perlu mengerakkan sebuah kenderaan adalah bahan bakar, dan bahan bakar yang amat saya perlukan adalah tarbiyah. InsyaALLAH moga perkongsiaan sedikit dari saya mampu menjadi penguat jiwa...

***
Walaupun setelah penat berpusing mencari kawasan yang sepatutnya dituju, ALLAH masih lagi mempermudahkan jalan buat kami. Hujan yang menbasahi bumi~NYA, menjadi rahmat yang tidak terhingga buat makhluk~NYA. Hujan itu jua masih lagi membenarkan kami meredahnya untuk melaksanakan matlamat- berkumpul semata-mata demi~MU, Ya ALLAH... insyaALLAH.

Berkumpul bersama mawar-mawar kesayangan dan naqibah yang dicintai adalah sesuatu pertemuaan yang sangat indah bagi saya. Keindahan yang luar biasa. Usrah pertama setelah saya kembali dari Sibu. Sedikit perkongsian dalam usrah kami, moga yang sedikit itu tetap membuahkan hikmah yang besar.


Agar kita tidak tercicir dari jalan ALLAH, apa yang kita perlu lakukan...

Pelihara niat
Niat perlu dijaga. Dan teman yang benar-benar sejati untuk niat itu adalah ikhlas , semata-mata kerana ALLAH.

Bab solat adalah perkara yang sangat perlu dititik beratkan. Malu rasanya kerana saya juga hambanya yang kerap lalai. Namun peringatan itu penting, untuk sama-sama memperbaiki diri. Kekurangan itu bukan untuk terus dikesali tanpa berbuat apa-apa, belajarlah untuk memperbaiki =)

Ramai yang bersolat, namun tidak semua benar-benar bersolat. Saya ambil kehidupan sebagai seorang pelajar. Kita lebih senang untuk datang ke kelas awal tetapi kenapa tidak menunaikan janji kepada ALLAH diawal waktunya. Adakah takut kita kepada pensyarah dan malu kepada kawan-kawan itu lebih terkesan kepada kita berbanding kepada takut dan malu kepada ALLAH...Ya ALLAH, ampuni kelalaian kami.
Katakanlah:
Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. (Surah Al-An'am: 162)

Amalan yang dikerjakan secara ikhlas beramal ini KOSONG daripada niat mengharapkan sesuatu pulangan atau balasan manfaat, sama ada di dunia maupun di akhirat.
Imam al-Ghazali mengatakan : “Ikhlas beramal itu semata-mata menjadikan amalan itu sebagai wahana untuk bertaqarrub dengan
ALLAH Taala dan tidak menuntut sesuatu yang lain. Manakala ikhlas menuntut pahala itu lebih mengharapkan amalan diterima oleh ALLAH di samping mengingini ganjaran pahalanya."


Koreksi diri kita kita kembali, adakah kita benar-benar layak dipanggil daie? Mintalah Ikhlas itu dari ALLAH, dan berusahalah mendidik hati belajar untuk ikhlas...Kerana ikhlas itu ibarat semut hitam, di atas batu hitam di malam yang kelam..Tiada yang terlihat akannya kecuali ALLAH.

Naqibah juga menceritakan tentang seorang hamba ALLAH, yang disuruh memakai jubah. Berbulan-bulan masa diambilnya untuk istikharah semata-mata untuk mendapat petunjuk perlu atau tidak memakai jubah. Alhamdulillah, akhirnya dia menemui yang berjubah itu adalah sunnah, makanya bila hatinya mantap dengan niat kerana ALLAH dan seiringan sunnah, barulah dia menggunakan jubah.

Cerita diatas mungkin tampak biasa. Hanya jubah. Namun, hati saya terasa terpukul, tatkala saya menggunakan jubah , adakah niat saya sesuci itu?...Jujur, tidak pernah terfikir. Kita mungkin nampak sopan dengan berjubah, namun sesopan mana niat kita menggunakan jubah? Perkara kecil yang selalu kita lupakan bisa memberi impak besar kepada hati.


Jangan membazir masa
Masa itu juga makhluk ALLAH dan tidak selayaknya kita menjadi hamba kepada masa. Seorang yang mengaku daie, masa adalah perkara yang sangat penting kerana urusan perjuangan itu lebih banyak dari masa yang kita miliki.
Berkerjalah untuk urusan duniamu, tetapi berkerjalah jua untuk urusan akhiratmu.

Makanya, belajarlah formula ini, 2 in 1

Contohnya, seorang doktor, sememangnya kerja doktor itu merawat pesakit dan dalam masa yang sama dia menerima gaji dari perkerjaannya--> urusan dunia
Dalam masa yang sama, doktor itu mampu menjaga syariat, menunjukkan akhlak islam dan berdakwah secara halus kepada pesakit dan orang di sekelingnya, maka ini --> urusan akhirat
Kesimpulannya, dua perkerjaan mampu dilaksanakan dalam satu masa. Ini yang dinamakan kerja yang mempawa impak kepada kantung pahala.

Perkara ini telah saya terang dalam tajuk
" Syahadah Kehidupan-Adakah aku bakal doktor muslimah". Peringatan juga, sekalipun sibuk , harus jaga kesihatan, makan pada waktunya. Kesihatan itu penting untuk daie tidak mudah lemah.



Berjemaah
Orang yang mempunyai fikrah beragama belum tentu mempunyai fikrah berjemaah, tetapi orang yang mempunyai fikrah berjemaah selalunya mempunyai fikrah berjemaah.



Jemaah itu sepatutnya menyatukan umat Islam bukan menjadikan umat Islam itu berpecah belah. Maka sifat-sifat jemaah yang wajib diikuti perlu diketahui dan bukan hanya dengan taklik semata-mata.

Sifat-sifat Jemaah (ringkasan, huraian lanjut boleh klik disini);


  1. Mengembalikan manusia seluruhnya kepada kefahaman Islam yang betul,
    syumul dan bersih, khususnya kepada orang-orang yang bekerja untuk
    Islam.
  2. Bagi jemaah yang berusaha melaksanakan tuntutan-tuntutan Islam serta
    tanggungjawabnya mestilah meletakkan dalam manhaj mereka ketetapan untuk Negara Islam, sistem Khilafah dan peneguhan agama ini di bumi.
  3. Setakat betulnya kefahaman Islam sesuatu jemaah, dan setakat adanya
    ketetapan di dalam manhaj untuk menegakkan Negara Islam sahaja, belumlah cukup lagi. Tetapi jemaah tersebut mestilah bekerja melaksanakan
    kewajipan itu dengan cara yang betul.
  4. Jemaah yang sebegini mestilah bekerja sedaya upaya di seluruh dunia
    Islam, bukannya setakat di sebuah negara sahaja. Islam dan usaha ke
    arahnya mestilah merangkumi keseluruhan dunia Islam.
  5. Sebagai contoh; jika terdapat dua jemaah yang sama-sama mempunyai empat syarat ini, tetapi salah satu daripadanya mempunyai kematangan,
    pengalaman dan persediaan yang lebih dalam bidang amal Islami, manakala yang satu lagi masih baru dan mentah, maka seseorang itu hendaklah menyertai jemaah yang pertama.

Sungguh saya belum layak untuk menghurai panjang lebar berkenaan jemaah. InsyaALLAH saya masih belajar dan akan terus belajar. Renungkanlah ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk mencari redha~NYA:

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung" Al-Imran ayat 104


"Hai orang-orang yang beriman, bersiap sedialah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!"An-Nisa' ayat 71


Agama itu tidak tertegak dengan tulang empat kerat dan akal total dari seorang lelaki sahaja, tetapi agama itu tertegak dengan pertolongan ALLAH dalam jemaah itu sendiri. Pelajarilah rentetan hidup lelaki yang paling layak kita cintai, maka dari situ kita mengetahui yang lelaki mulia itu juga tidak bersendirian dalam perjuangan meninggikan kalimah ALLAH di muka bumi ini. Maka jangan mengatakan kita tidak layak untuk bersama-sama dalam jemaah, kerana itu adalah sunnah.


“Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku
menjadi lebih dicintai daripada anaknya, ibu bapanya dan manusia sekalian”. (Riwayat Bukhari)

Peliharalah Fardhu Kifayah
Seiring dengan penekanan kepada Fardhu Ain, Fardhu Kifayah jua perlu dititik-berat. Lihatlah saudara-saudara di Palestin, perjuangan mereka dan keengganan mereka menerima tawaran kemuliaan dunia agar mereka meninggalkan tanah Al-Aqsa , menjadikan kita orang yang tidak berdosa...kerana lalainya kita kepada perjuangan membebaskan Palestin.


Makanya pelihara jua Fardhu Kifayahmu, agar dirimu tidak menjadi fitnah kepada orang lain yang membawa Islam. Makanya, laksanakannya dalam syariat yang benar.


Jangan menjadi lantang di medan dakwah, namun lesu di bangku kuliah. Daie yang sejati adalah daie yang menjaga kedua-duanya, bukan semestinya berjaya, tetapi usaha untuk mengapai kejayaan itu lebih dipandang oleh ALLAH, kerana kalah atau menang itu adalah rezeki dari ALLAH.

Sampai disini sahaja buat detik ini...Segala yang dikongsi didalam kanvas cinta ini untuk peringatan kita bersama, lebih-lebihlagi bagi diri saya selalu tersungkur dalam meniti ujian dari~NYA...Jadikan kami ikhlas,Ya ALLAH...



ALLAHU'ALAM




6 Zulkaedah 1431H / 14 Oktober 2010
Alhamdulillah selesai pada 9.11 malam



@>-----------------------------------------Untaian Mawar buat sahabatku


Pesanan buat diri dan sahabat~ Moga-moga kita tidak lesu dalam terus menyampaikan kebenaran Islam dalam apa cara sekalipun, tatkala senang mahupun sibuk:

"Setiap orang yang berusaha meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda,jiwa raga, pena (penulisan), dan lidah (pendakwah)." ~Sayid Abdul 'Ala al-Maududi




Friday, June 4, 2010

Syahadah Kehidupan - Adakah aku bakal doktor Muslimah?

Assalamualaikum W.B.T...

Tazkirah yang disampaikan oleh naqibah yang disayangi semalam menusuk jiwa kami. Sesekali airmata ini ingin mengalir namun disekat . Waima tajuknya adalah tajuk asas, namun penyampaian dari naqibah yang disayangi ini sentiasa menyebabkan hati saya terusik, sentiasa menyebabkan saya menyedari kesilapan yang disedari atau tidak...Sentiasa menyebabkan hati ini kembali ke fikrahnya...Laksana air, pasti menakung di tempat yang rendah, maka tuntutlah ilmu dengan rendah hati .

Kenapa Syahadah Kehidupan?. Syahadah dan tuntutannya adalah tajuk yang sudah sebati dengan korikulum kita di sekolah menengah, pasti dihafal untuk mendapat "A " dalam pendidikan Islam. Namun sejauh mana kita kenal dan memahami apa itu syahadah. Syahadah dan tuntutannya juga adalah ceramah yang biasa dimasukkan dalam tamrin asas .
Namun, adakah hati kita benar-benar faham?
Adakah lidah kita benar-benar berikrar seikhlasnya?
Adakah perbuatan kita berlandaskan maksud syahadah itu sendiri?
Semoga ALLAH sentiasa mengampuni kita...

Jika ditanya" apa agama mu?".
pasti jawapan kita,"ana muslim / saya islam, kak".
Namun sejauh mana kita faham, sebab yang pasti Muslim = Islam dan Islam = muslim.
Sungguh saya juga masih belum layak untuk menghuraikan syahadah secara menyeluruh . Cukup sekadar meng"copy-paste"kan antara-antara perkara asas yang ada dalam syahadah. " "Repeating is the key of memorizing"

Pengertian syahadah:

  • Pengetahuan, penerangan, perkhabaran
  • i'tiqad/pengakuan terhadap Allah
  • Keyakinan kepada Allah dengan beramal dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

5 Tuntutan Syahadah:

  • membenarkan segala yang datang dari Allah dan RasulNya
  • taat kepada Allah dan RasulNya
  • melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar
  • mentaati orang-orang mukmin dan menolak orang kafir
  • melaksanakan hukum-hukum yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith

Perkara yang membatalkan syahadah:

  • bergantung selain daripada Allah
  • ingkar terhadap nikmat Allah secara terang atau sembunyi
  • melakukan sesuatu bukan kerana Allah s.w.t.
  • menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia
  • tidak taat kepada Allah
  • bencikan Islam keseluruhannya
  • Cintakan dunia mengatasi akhirat
  • mempersendakan al-Quran dan hukum-hukum Islam
  • menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal
  • tidak beriman dengan al-Quran dan Hadith
  • melantik orang kafir menjadi pemimpin
  • tidak beradab dengan Rasulullah..(e.g. karikatur)
  • Takut dan lemah untuk menegakkan tauhid Allah dan merasa lapang untuk menggalakkan perkara-perkara syirik
  • mengatakan al-Quran terdapat pertentangan dalam ayat dan isinya
  • Ingkar pada sifat-sifat ketuhanan
  • tidak tahu dan menghina sifat Rasulullah s.a.w.
  • mengkafirkan orang Islam
  • melakukan sesuatu bukan kerana Allah


Syahadah juga selalu dikaitkan dengan tauhid yang dua, Tauhid uluhiyyah dan rububiyyah. Apakah perbezaan tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah? Masih ingatkah kita terutama yang tidak mengambil pendidikan Islam sebagai subjek di universiti? Bilakah kali terakhir kita masih ingat definisinya? Bila kali terakhir kita faham dan beristiqamah dengan kefahaman kita?

Penolakan arab jahiliyah terhadap Islam yang dibawa oleh seorang lelaki yang paling mulia dikalangan mereka adalah kerana mereka memahami maksud bahasa Arab itu sendiri.

Kenapa Illah bukan Rabb dimasukkan didalam khalimah syahadah.
Teliti maksudnya :
Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH,
dan aku bersaksi Nabi Muhammad adalah pesuruh ALLAH.

Dalam maksudnya juga meletakkan maksud tuhan. Kenapa Rabb tidak boleh menganti Illah?. Bagi yang tahu, Alhamdulillah, bagi yang belum tahu, fahamilah... Hafalan tanpa kefahaman itu meletihkan minda.

Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beri’tiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam.

Tauhid al-Uluhiyyah pula bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.


Rabb merujuk kepada Tuhan yang diperjelaskan dalam tauhid Rububiyyah. Manakala Illah merujuk kepada Tuhan yang diperjelaskan dalam tauhid Uluhiyyah.Setiap manusia kecuali yang terasa dirinya tuhan pasti merasa alam ini ada penciptanya. Itu adalah fikrah. Illah memberi makna lebih besar, mencakupi seluruh kehidupan bukan hanya pengakuaan semata-mata. Klik sini untuk penjelasan lebih lanjut dari yang lebih arif.

Mukadimah yang panjang ini adalah untuk kita menilai kembali diri kita , memperkukuhkan lagi pengetahuan kita yang mungkin goyah dek hambatan kehidupan duniawi yang semakin pantas mengunyah rakus masa kita.


***
Adakah Aku bakal Doktor Muslimah


Naqibah menerangkan panjang lebar mengenai konsep syahadah dalam kehidupan. Termalu diri ketika mendengar penjelasan dari si naqibah.

Adakah aku bakal doktor Muslimah? Kadang-kadang persoalan ini pasti melintas di hati saya. Sebagai pelajar tahun 4 bidang perubatan, wajar untuk saya menilai diri saya... Ya, sekarang mudahlah saya ke hulu ke hilir mengikuti program agama atau usrah... Ya, sekarang bolehlah cakap begitu dan begini mengenai agama, tetapi hakikatnya dalam alam perkerjaan belum pasti sama.
  • bismillah disebutkah setiap kali menjalankan prosedur kepada pesakit?
  • adakah kita menasihati pesakit dengan menerapkan unsur-unsur Islam dan mengingati ALLAH?
  • adakah kita mengelak seboleh-bolehnya ubat yang haram memasuki badan pesakit muslim dengan altrernatif lain?
  • adakah setiap kali memberi medical prescription untuk pesakit , diakhiri dengan nasihat " ubat nie tak ada kuasa untuk menyembuhkan, kak. Ia hanya untuk merawat dan setiap kesembuhan itu, akak kena yakin tu semua datang dari ALLAH, banyak-banyakkan berdoa ye, kak."
  • adakah setiap kali bayi yang baru lahir di azan dan di iqamatkan?. Ini situasi yang biasa saya lihat. Kasihan si bayi kecil. Ayah tidak dibenarkan masuk. Sepatutnya si kecil ini mendengar perkataan ALLAH sebagai perkataan pertama dalam hidupnya bukan caci maki dari staf apabila ibunya payah melahirkan. Mana doktor atau jururawat yang faham tuntutan ini?
  • Kasihan kepada diri kita sendiri. Adakah kita masih mengekalkan tudung semasa memasuki Operation theater atau tersingkap tengkuk kita?. Hubungan dengan ALLAH atau manusia lebih penting?
  • Bila tiba hal aurat, adakah kita berusaha untuk meminimakan aurat wanita atau lelaki untuk dilihat sekadar untuk rawatan?

Sebenarnya terlalu banyak isu yang perlu kita teliti dalam bidang masing-masing. Kita katakan kita ingin jadi doktor, siapa boss kita? Specialist ka? Pengarah hospital? Kerajaan?

Saya sendiri dalam dilema, saya ingin memilih wad bersalin sebagai tempat berkerja saya kelak. Tidak kisahlah Medical Officer atau sebagai pakar (insya ALLAH). Namun bila berada di sana, saya masih belum mantap apabila melihat situasi sedemikian. Pekerjaan sebagai doktor ini melangkau fikrah sebagai manusia. Jadual On-call menafikan kerehatan untuk badan. Namun nasihat naqibah masih segar , Doktor Muslimah adalah keperluaan buat umat Islam. Jadikan ALLAH sebagai CEO kita.

Apa yang perlu adalah kita islamik kan kehidupan kita, keluarga, kerjaya. Konsep syahadah perlu benar-benar kita fahami dan praktikkan dalam kehidupan.

Naqibah memberi contoh mudah. "Seseorang yang ber'couple', sebenarnya dia belum jelas konsep syahadah. Jodoh adalah sesuatu yang telah tertulis di Luh Mahfuz, dan ia adalah takdir yang tidak akan berubah. Kenapa perlu kita cemari hati dengan ber'couple' yang belum pasti kita akan berkahwin dengannya, sesungguhnya Al-Quran jelas menegah kita menghampiri Zina, apatah lagi kalau sudah berzina'.

Jika kita memilih hanya satu juzuk dalam agama , pasti kita akan terpinggir dan mundur. Jadi apa yang perlu Islam diserap secara khuffah (menyeluruh) dalam hidup kita.

Islam amat memerlukan professional yang tahu tanggungjawab mereka kepada agama . Yang memahami konsep syahadah, rukun Islam yang pertama ini. Mereka ini yang akan memberi perkhidmatan kepada masyarakat, mereka ini yang akan mewujudkan keperluaan untuk masyarakat. Kita perlukan pemimpin, rakyat, doktor, nurse, guru, engineer, arkitek, eksekutif dan tenaga professional yang tahu tanggungjawab mereka terhadap agama.

Contohnya, seorang pemimpin yang Islamik pasti memerintah mengikut garis panduaan yang ditetapkan oleh ALLAH. Seorang arkitek yang Islamik pasti tahu keperluaan musollah untuk pengunjung Islam di pusat membeli-belah yang besar. Seorang eksekutif yang Islamik pasti tahu mengatur masa untuk pekerjanya bersolat dan menyediakan bilik solat tanpa mempersoalkan produktiviti. Seorang guru yang Islamik walaupun bukan ustaz atau ustazah pasti menerapkan nama ALLAH dalam pengajarannya supaya anak murid dapat mengaitkan Islam itu dengan ilmu. Seorang nurse yang pasti situasi kerjanya hampir sama seperti doktor perlu juga ada nilai Islamik. Dan sebagai umat Islam sendiri, Islamik itu amat dituntut dalam setiap segi dalam kehidupan kita.


Kita mengaku sebagai umat Islam di negara Islam. Kita berdebat dengan isu pengunaan nama ALLAH oleh penganut agama lain, peguam syariah mesti islam dan lain-lain. Kita sangat kisah dengan perkara-perkara sebegini walaupun telah diterangkan oleh ulama yang alim. Kita kisah hukum hakam tapi gagal menerapkannya dalam kehidupan. ISLAM adalah Ad-Deen. Islam bukan agama yang hanya di tikar sembahyang,di masjid-masjid atau di surau-surau. Islam bukan hanya untuk golongan tudung labuh dan kopiah sahaja.

-ISLAM adalah AD-DEEN-




p/s: segala nasihat diatas adalah untuk diri sendiri yang selalu lalai dan sahabat-sahabat. Saya menggunakan tajuk doktor muslimah kerania ini yang paling dekat bagi diri saya. Mudah-mudahan sahabat yang sudi membaca , memahami tuntutan syahadah itu adalah untuk semua. " Sharing is Caring"

Friday, December 11, 2009

Usrah 11 dec 2009/24 zulhijjah 1430 : Ikhlas itu umpama semut hitam diatas batu hitam dimalam yang kelam

Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah ALLAH meringankan hati2 kami utk ke usrah pada malam jumaat semalam, 11 dec.Di sini sy titipkn sedikit butir2 perbincangan km moga mampu menjadi peringatan kpd dr km dan yg membacanya nanti...

Selepas Alia membacakan salah satu hadis 40, huda meneruskan dgn taskirahnya..suka dgr huda bg taskirah..santai...tp ingat syg2ku kt kne belajar adab menghormati majlis ilmu...

AKHLAK MULIA 51: JANGAN MENCACI ORANG

Perbuatan mencaci seseorg mrupakan perbuatan yg sgt dikutukdan dibenci ALLAH S.W.T. Apbl seseorg tlibat dgn perbuatan mencaci dan mengutuk org lain, dgn sendirinya mengambarkan keburukan diri mereka sendiri.
Org yg suka mencaci biasanya tidak disukai oleh org lain. Sikap mjauhkn diri drpd pbuatan mencaci org adalah akhlak mulia yg perlu ada ...Cara beramal:

~sentiasa menyedari keaiban diri yg mungkin lbh byk dr org lain
~menyedari yg mencaci tidak mendatangkan faedah, bahkan lebih kpd permusuhan
~faham bhw mencaci org adalah pbuatan tercutuk. Firman ALLAH: "wahai org2 beriman, jgnlah km mperolokkan-olok kaum yg lain krn blh jd mrk yg diolokkn lbh baik drp mrk yg mengolok-olok..."
~menyedari betapa dahsyatnya pembalasan dr ALLAH dan ancaman dr Rasulullah kpd pencaci.Sabda Rasulullah : "Mencaci maki ssorg muslim itu adalah fasik dan memeranginya adalah kufur" (bukhari & muslim)
Insya ALLAH, cubalah utk menyemai amaln diatas , belajar menghormati org, dan org lain akan menghormati kt...

AKHLAK MULIA 33: SENTIASA BERSABAR

Definisi (Imam Ghazali): Sabar adalah menahan diri drpd sgl gangguan dan tahan menderita thadap sesuatu yg tidak disukai. Dan berkait rpt dgn:
  • al~Qanaah - sentiasa mrasa cukup dgn kurniaan ALLAH
  • az~Zuhd - tidak mementingkan masalah dunia
  • Kitmanus Sir - merahsiakan rahsia
  • al~Hilm- lambat marah
  • asy~Syaja'ah - berani
  • al~Iffah - pemaaf
jd aspek yg perlu ada dlm sabar :
~sabar dlm melaksanakan kewajiban
~sabar dlm membela agama, mencari ilmu, mencari rezeki dsbnya
~sabar menghadapi halangan dlm menyebarkan agama dan beramal
~sabar menerima takdir dan ketentuan ALLAH S.W.T dgn hati yg ikhlas

Amalan2 utk memupuk sifat sabar:
~sering mengigatkan diri yg sifat sabar adalah mulia dan kekalkn diri kt dalam sifat itu
~jgn melayan org yg mencabar ke arah yg tidak baik
~jika perlu membalas, biarlah tenang , ringkas dan tidak dipengaruhi oleh emosi dan keadaan
~elakkan drpd mnutrkan kata2 yg tidak sopan ,kasar dan tidak bermaruah
~menunjukkan sifat berhemah tinggi...plg tidak pun profesionalism..
~akuilah ksilapn dan berlapang dada
~ulangi perkataan maaf...(huda ckp, kalau dah 3 kali cukuplah, terpulang kpd org tu lg)
~tgglkn tempat kejadian dgn keadaan yg baik

Kesimpulannya, org yg bersabar akan beroleh kejayaan dlm kehidupan serta dikurniakan ganjaran besar dr ALLAH, beroleh ketenangan , kekuatan dan kedamaian...

ISU SEMASA..erm nie yg sy x pdh ulas sgt nie

Km berbincang mengenai 2o12, berkenaan dgn emel yg memuatkan hadis nabi -->pasal 15 ramadhan yg jatuh pd hari jumaat, dimana kiamat akan mula berlaku..allahualam...insya ALLAH nanti sy try utk mtk dr sahabat yg menyampaikan dan sahabat2 renungkan sendiri sm ada sahih atau tidak hadis ini...skiranya hadis dhoif skalipun sy berharap kt jdkn hari ini umpama hari terakhir sbelum kt bertemu dgn Yang Maha Mengadili...smg iman kt sentiasa dipelihara di kala byk manusia menyarungkan baju dunia dr baju akhirat...

SOAL JAWAB

Alia: mcm mane kte nak ikhlas dlm ibadah?

Atun umair
: ikhlas...hazirah , bgtahu...(ini bermaksud atun dah bgtau hazirah sbelum nie, dia nak hazirah recall balik)

Hazirah: IKHLAS TU UMPAMA SEMUT HITAM DI ATAS BATU HITAM DI MALAM YANG GELAP

Atun umair: ha'ah betul tu...IKHLAS TU UMPAMA SEMUT HITAM DI ATAS BATU HITAM DI MALAM YANG KELAM (satu perkataan je tkr ;) ...wpun kte dah niat nak ikhlas pun, kadang kadang ada je yg membisik perkara x elok...

~allahualam~

suka sgt ayat diatas ...
so, roses for my dear friends...
@
@@@
<@@>
!!V!!
"May ALLAH bless all of you"

Tuesday, June 16, 2009

Dia ,saya, kalian dan Islam

"...from maghrib to subuh, count the time between it, and divide it by three. The last 1/3 of the time, weak up early so you will not missed up the tahajud...".Lancar & amat yakin.

ALLAH...sebak & sayu hati saya mendengar kalimah itu datang dari mulut tetamu yang diundang untuk mengisi usrah umum pada jumaat lepas, 12 jun lalu... Dalam bahasa inggeris namun maknanya amat terang.

Sebak kerana saya sering tidak bertahajud semenjak keluar dari hostel.

Sayu kerana yang didepan saya adalah mualaf.

Namun air mata itu saya tahan kerana saya takut akan nifak. Diamati setiap butir bicaranya ,penuh keyakinan yang benar-benar merentap hati saya...di tahap mana iman saya yang telah lama islam jika dibandingkan dengan dia...ampunkan hamba~Mu ini Ya ALLAH...

"...do it everyday, and it will be something that you must do & later,it will become much easier.Only two rakaat..."

Tahajud...pada awal saya berkenalan dengan seorang insan ,alhamdulillah dia banyak membuka hati saya untuk mengenal Islam...dulu saya solat,tetapi itu kerana kebiasaan ,khusyuknya entah kemana,kelajuannya x pastilah...khusyuk, bukan mudah, saya masih berusaha ke arah itu sekarang.Terima kasih kepada sahabat,semoga sentiasa dalam pelindungan ALLAH...walaupun jarang berhubungan lagi, saya sentiasa mengharapkan dia istiqamah dalam menegakkan islam di bumi gersang ini.

Alhamdulillah dalam perkenalan itu saya mengenal Islam dari aspek ilmu,dan saya dipermudahkan ALLAH ditemukan lagi insan-insan yang banyak membantu seperti kak Radhiya , Kak Nani,Kak Nadz, ustazah Mary , Ema ~ teman pergi usrah-usrah di luar, dan yang lain-lain...dan sekarang kak Fatin~amat banyak membantu.

Sabda nabi s.a.w."mahukah aku tujukkan kepadamu sebaik-baik manusia?".Para sahabat menjawab ,"mahu ,wahai Rasululluh ".Baginda bersabda ,"iaitu orang yang apabila kamu memandangnya,maka akan menjadi kamu ingat kepada ALLAH.'-riwayat ibn majah-

Mengenali mereka, menambahkan ilmu, menambahkan kenal saya kepada sang Pencipta...sahabat yang apabila kita melihat wajah,teringat akan ALLAH...

Bermula dari situ saya mendidik diri bertahajud, saya mendekatkan dahi ke sejadah apabila malam, saya merasakan ada ketenangan di kala sunyi malam dengan munajat kepada ~Nya...sukar di gambarkan,jika dunia dan isinya dapat mengantikan perasaan itu ,saya lebih rela berada dalaam ketenangan dari kesenangan...Namun sebagai manusia, kita mudah alpa.Semakin jauh langkah kita di garisan kebenaran , halangan nya semakin mantap...ALLAH...kadang-kadang saya alpa, mengulang kesilapan...tapi alahamdulillah ,walaupun berat malu yang ditanggung kerana mengulang melakukan dosa yang sama , kemudian kembali kepada untuk bertaubat...namun saya yakin putus asa bukan sifat muslim , dan pintu keampunan ALLAH terbuka luas, seluas luasnya.Saya gersang tanpa sahabat-sahabt seperti mereka namun saya lebih gersang tanpa perhatian dari~Nya...

Tahajud sentiasa menyelamatkan saya dari kejahatan yang di'make-up'kan dengan kebaikan...

Tahajud benar-benar membantu manusia berfikir berlandaskan hukum Tuhan...

Tahajud penolong hati kita...itu kata-kata tetamu yang diundang dalam usrah umum jumaat lalu.

Dr Samirah @ Sim Sai Ping (kalau saya tidak silap, ini nama chinese beliau) hadir dalam usrah umum pelajar muslimah di FPSK atas jemputan kak Nadz, syukran ya ukhti, ana sayang kak nadz,ukhuwah fillah...

Walaupun hadir pada pertengahan usrah kerana kuliah ditangguh waktunya dan berganjak masanya sehingga semua muslim keluar dari kelas untuk solat jumaat...Namun isi usrah alhamdulilllah sampai kepada saya, namun tidak sempat dicatit~jangan amalkan tidak mencatit isi-isi usrah~

Orangnya sederhana, berwajah chinese, berjubah & bertudung litup, tenang, lancar bicaranya...namun disebalik itu, dia lulusan phD dan memang dari keluarga chinese.

Dia mengenali islam dengan ilmu & pemerhatian tentang alam...dulu dia prejudis dengan islam kerana sikap 'orang kita', namun sekarang dia amat yakin dengan islam...
Kegagalan pertama dalam hidupnya membuat dia terpanggil untuk mengenal islam setelah sekian lama dia beranggapan yang usaha adalah segala-galanya.

Islam mengenalkan dia kepada ALLAH

Islam menyulam cintanya kepada ALLAh

Islam menyakinkan dunia bukanlah segala-galanya, lebih-lebih lagi ketika kita berputus asa dengan ujian~Nya

Islam mengggalakkan usaha & tawakal bukan menunggu sesuatu dipinta itu datng tanpa ikhtiar

Islam mengajar dia tetang adab keseluruhan, kepada ibubapanya yang bukan islam dan yang memahami dan tidak memahami pegangannya

Apa yang saya yakin...Islam adalah segala-gala baginya.
Insya-ALLAh bagi diri saya, keluarga dan saudara-saudara seislam...

Islam hanya mekar di hatinya ketika dia di bumi yang azan tidak mudah didengari, bukan malaysia...sugguh kita telah mengabaikan islam di bumi kita, sifat kita mengambarkan islam kepada masyarakat bukan islam...sebenarnya yang silap adalah kita

Islam is the best product, but have a worst salesman/woman,
they have the worst product, but have a good salesman/woman.

amatilah, bandingkan diri kita dengan usaha mubaligh-mubaligh kristian,usaha kita jauh, pakaian anak muda kita umpama yahudi, tidak tampak Islam yang sebenar.


Setakat ini nukilan saya.Bagi sahabat-sahabat di FPSK rajin-rajinlah datang usrah.Walaupun penyampainya tidak selancar mana, amati ilmu yang disampaikan.1 jam seminggu jika dibandingkan dengan perkara lagha yang kita lakukan,betapa rugi jika kita meninggalkan majlis sedemikian diman berhimpun para malaikat-malaikat bersama.
Masyarakat kita semakin lemas dalam tuntutan duniawi, jangan kita ikut dibawa hanyut.

Dakwah no 1, tapi studi bukan no 2.

Tuesday, November 18, 2008

Sedekah


Assalamualaikum...
semalam say menghadiri satu usrah kecil...usrah yang amat x disangka-sangka kerana sahabat terlupa memberitahu say ttg pertemuan pada malam tu.Niat dah terpasang~kena siapkan report ECG malam nie jugak~namun saya tetap bersyukur kerana ALLAH masih belum memisahkan saya dari kelompok org-org yang rajin memberi peringatan...

Usrah kecil itu dipengerusikan oleh Kak Nadz ~tatkala ini beliau mesti sudah berada di rumah nun jauh di perak,meninggalkan bumi kenyalang nie,sedih nye lama lg baru dpt jumpa kak Nadz..semoga dilindungi ALLAH~Usrah seperti biasa dimulakan dengan Al-fatihah.Sebenarnya saya menulis entry ini bertujuan untuk berkongsi tajuk yang kami bincangkan.Sebelum itu,renungkan hadis di bawah...

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "Bersedekahlah kamu walaupun sebutir tamar , kerana sedekah itu menolong orang yang kelaparan dan memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api

Insaf memikirkan hadis diatasMudah dilafaz sukar diamal selain hamba yang benar-benar mantap imannaya.Berapa banyakkah org yang kelaparan yang kita tolong~mungkin ada yg kita x peduli,kerana sibuk mengisi tengkolok diri sendiri~Berapa byk dosa kita terhapus dari sedekah~tepuklah dada,tanya iman.

Terlintas suatu kisah,ketika umat Islam diperintahkan untuk menginfaqkan harta untuk peperangan Tabuk.Satu-satunya org yang menyerahkan seluruh hartanya ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq.Walaupun kadar harta yang diinfaqkan x sebesar kadar harta yg diinfaqkan oleh saidina Umar~meninfaqkan setengah dari hartanya~namun jika dibandingkan dgn jumlah keseluruhan harta,Saidina Abu Bakar telah mengiinfaq seluruh harta yang ada tanpa meninggalkan sedikitpun.Satu kalimah yang betul2 menyentuh hati "Aku tinggalkan ALLAH dan Rasul untuk keluargaku" kata Saidina Abu Bakar apabila Rasulullah bertanya samaada keluarganya ada ditinggalkan harta atau tidak.

Terlalu jauh iman umat sekarang berbanding dgn zaman sahabat.Namun biar kita bermula dgn sedikit2 amalan sedekah dan sentiasa ditambah dari sehari ke sehari~Insaya ALLAH , sifat istiqamah akan terdidik~.

Sedikit ulasan dari pertemuan kami:~


~selain bertaubat,iktiarlah dengan bersedekah(tajuk artikel yg dibincangkan =>


~jika x mampu sedekah harta,berkomunikasilah dengan bahasa yang baik.Ini mampu menghindarkan dr melukakan perasaan orang lain..dan bagi perempuan dgn yang bukan muhrim,seeloknya jgn dilembutkan suara...insya ALLAH kalau niat anda betul,suara x akan jd buruk...hehe...lgpun seburuk-buruk suara adalah suara keldai.


~sedekah benda yang halal dan bermutu.x elok kalau kita bersedekah barang yang tidak layak lagi digunakan.dan semolek-moleknya kita sedekah barang yang kita sayang.erm..mampukah?


~jiran org yg terdekat dgn kita.pernah terdengar suatu hadis (kalau salah tolong perbetulkan),laknat ALLAh kepada org yg kekenyangan sedangkan jiran tetangganya kelaparan.Dalam kes ni,kita kena jaga tepi kain org,bukan perkara x baik kan...lgpun kita dipertanggungjawabkan dengan sgl yang berlaku disekeliling kita sekiranya kita x langsung usaha untuk mengubah perkara x baik kepada lebih baik.


~sabda nabi" Apabila seseorang mengelokkan sedekahnya ,nescaya ALLAH SWT akan menggelokkan waris pusakanya"

Pada kefahaman kami,ALLAH akan membaikkan waris yang mampu menjaga harta si mati saat selepas pemergiaannya sekiranya masa hidupnya dipenuh dengan sedekah yanga elok-elok.Sekiranya si mati seorang yang bakhil dan x elok pula sedekahnya,dgn kehendak ALLAH juga warisnya akan menjolikan hartanya dalam ms yg singkat setelah bersusah payah si mati menimbun harta...

~sabda nabi bermaksud" tiap-tiap manusia akan diletak dibawah naungan sedekahnya ,di masyhar hingga selesai semua kes antara sesama manusia"
....nauzubillah...sdgkan panas di duniapun kdg-kdg boleh membakar,inikan pula apabila matahari sejengkal di kepala...ampuni dosa kami ,YA ALLAH...


~org yg sebenar miskin itu adalah yang tidak mengadu hal kemiskinannya kerana sifat malunya dan menjaga harga dirinya disisi ALLAH.Tangan yg memberi lebih baik dari tangn yg menerima.Tetapi harus ingat,sebagai manusia,sentiasa mengambil tahu kesusahan saudara adalah perkara yang baik sekiranya tidak bertujuan mengaibkannya.jika tidak mampu kembali kepada point kedua,berinteraksi dengan baik,insya ALLAh,kata-kata yang baik bagai air yang tenang mengalir membasuh kedukaan.

Sebagai peringatan sebelum saya menangguhkan nukilan saya kali ini, belajarlah bersedekah walaupun kita perlu berkongsi makanan yang sedikit.Insya ALLAH diberkati ALLAH...ayok,kawanku,kita upgrade iman kita...~.~

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP