Monday, November 24, 2008

Sahabat...

Pertemukanlah kami dengannya, Ya ALLAH...

Tazkirah Isyak...



Assalamualaikum...
saya baru selesai mendengar tazkirah dr seorg sahabat slps solat isyak berjemaah,sedikit masa untuk menitip peringatan yang disampaikan oleh beliau...petikan hadis daripada buku Himpunan Hadis akhir Zaman~skiranya sy x tersilap.

Antara isi2 yang jelas didengar~mgkn krn masalah speaker di ruang solat muslimat~ dan sempat dikumpul juga dr jemaah yang lain adalah:~


  • Dalam suatu hari Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat,yang tinggal hanya org tua dan wanita.Kalimah laillaha illallah hanya tinggal istilah tanpa kefahaman tentangnya dan walaupun hanya sedikit iman dihati umat pada ms itu,ALLAH menetapkan syurga untuknya.
  • pd akhir zaman ,Islam akan luntur,seperti lunturnya kain yang telah lama dipakai.
  • umat Islam tidak mengamalkan Islam~sekadar puasa .membaca Al-Quran dan solat dikira memadai~
  • kalimah laillaha illallah juga disebut tanpa memahami tuntutan disebalik kalimah tersebut
  • Islam di akhir zaman kembali dagang seperti pd permulaannya.
Sedikit ulasan dari saya sendiri,situasi ini sekarang mmg tlh melanda umat Islam sekarang,ramai yang gemar mengamalkan formula ini


puasa+baca Al-Quran+Solat=lengkap sudah Islamku


kita sentiasa merasa cukup dgn mgamalkan formula diatas,ada yang masih bahagia di muka bumi ALLAH tanpa mgamalkan formula diataspun.Jauhnya jiwa kita terhadap Pencipta,sedangkan kita sentiasa diberi nikmat oleh-NYA.Islam itu ad-din.Cara hidup.Teringat kata seorg penceramah


"Dalam matematik,5-1=4, tapi bukan Islam,contohnya rukun Islam,satu kita x amalkan blum lagi dikatakan lengkap Islam kita"...Allahu'alam



Kata2 penceramah itu mmg jelas benarnya.Bagi sebahagian situasi lain ,kita x blh trs mengatakan salah (hehe...ada ustaz pernah cakap,makcik2 & pakcik2 kt kpg yg kt kena ajar solat,xkan kita nak ckp cr dia selama nie salah,itulah satu2 harapan nya untuk bekalan menghadap ALLAH).


Maka sebagai manusia tidak layak kita menghukum manusia lain melainkan dgn hukum ALLAH,kerana ALLAH telah mengangkat manusia kepada sebaik-baik makhluk ciptaan-NYA.Bg saya,sekiranya kita ingin mengamalkan Islam,biarlah bermula dgn mengamalkan perkara asas dahulu~pelajari dan jiwai~perbykkan bc tafsir Quran krn kt kbykn kita x fasih bbahasa arab dan dgr lagu nasyid(saranan dr sy sendri dan berapa org sahat sbb lirik lg nasyid blh buat hati kita lembut).Kemudian, belajarlah memahami hukum2 yang halus tuntutannya kepada manusia.Insya ALLAH akan memberkati usaha yang sedikit demi sedikit tetapi istiqamah dr sekaligus berubah jadi baik namun kembali jahil(fasa memahami lg penting dr pmgamal tanpa faham,dan yang faham sellalu akan mengamal ilmunya dgn hidayah dr ALLAH jg)...jd,bg kwn di luar sana ,x perlu segan untuk berubah ke arah kebaikan,tetapi malulah apabila kejahilan dan kemungkaran....





p/s: akan bersambung~nk study~doakan sy dikuatkan hati oleh ALLAH dl meniti jambatan ilmu nie~

Tuesday, November 18, 2008

Sedekah


Assalamualaikum...
semalam say menghadiri satu usrah kecil...usrah yang amat x disangka-sangka kerana sahabat terlupa memberitahu say ttg pertemuan pada malam tu.Niat dah terpasang~kena siapkan report ECG malam nie jugak~namun saya tetap bersyukur kerana ALLAH masih belum memisahkan saya dari kelompok org-org yang rajin memberi peringatan...

Usrah kecil itu dipengerusikan oleh Kak Nadz ~tatkala ini beliau mesti sudah berada di rumah nun jauh di perak,meninggalkan bumi kenyalang nie,sedih nye lama lg baru dpt jumpa kak Nadz..semoga dilindungi ALLAH~Usrah seperti biasa dimulakan dengan Al-fatihah.Sebenarnya saya menulis entry ini bertujuan untuk berkongsi tajuk yang kami bincangkan.Sebelum itu,renungkan hadis di bawah...

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "Bersedekahlah kamu walaupun sebutir tamar , kerana sedekah itu menolong orang yang kelaparan dan memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api

Insaf memikirkan hadis diatasMudah dilafaz sukar diamal selain hamba yang benar-benar mantap imannaya.Berapa banyakkah org yang kelaparan yang kita tolong~mungkin ada yg kita x peduli,kerana sibuk mengisi tengkolok diri sendiri~Berapa byk dosa kita terhapus dari sedekah~tepuklah dada,tanya iman.

Terlintas suatu kisah,ketika umat Islam diperintahkan untuk menginfaqkan harta untuk peperangan Tabuk.Satu-satunya org yang menyerahkan seluruh hartanya ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq.Walaupun kadar harta yang diinfaqkan x sebesar kadar harta yg diinfaqkan oleh saidina Umar~meninfaqkan setengah dari hartanya~namun jika dibandingkan dgn jumlah keseluruhan harta,Saidina Abu Bakar telah mengiinfaq seluruh harta yang ada tanpa meninggalkan sedikitpun.Satu kalimah yang betul2 menyentuh hati "Aku tinggalkan ALLAH dan Rasul untuk keluargaku" kata Saidina Abu Bakar apabila Rasulullah bertanya samaada keluarganya ada ditinggalkan harta atau tidak.

Terlalu jauh iman umat sekarang berbanding dgn zaman sahabat.Namun biar kita bermula dgn sedikit2 amalan sedekah dan sentiasa ditambah dari sehari ke sehari~Insaya ALLAH , sifat istiqamah akan terdidik~.

Sedikit ulasan dari pertemuan kami:~


~selain bertaubat,iktiarlah dengan bersedekah(tajuk artikel yg dibincangkan =>


~jika x mampu sedekah harta,berkomunikasilah dengan bahasa yang baik.Ini mampu menghindarkan dr melukakan perasaan orang lain..dan bagi perempuan dgn yang bukan muhrim,seeloknya jgn dilembutkan suara...insya ALLAH kalau niat anda betul,suara x akan jd buruk...hehe...lgpun seburuk-buruk suara adalah suara keldai.


~sedekah benda yang halal dan bermutu.x elok kalau kita bersedekah barang yang tidak layak lagi digunakan.dan semolek-moleknya kita sedekah barang yang kita sayang.erm..mampukah?


~jiran org yg terdekat dgn kita.pernah terdengar suatu hadis (kalau salah tolong perbetulkan),laknat ALLAh kepada org yg kekenyangan sedangkan jiran tetangganya kelaparan.Dalam kes ni,kita kena jaga tepi kain org,bukan perkara x baik kan...lgpun kita dipertanggungjawabkan dengan sgl yang berlaku disekeliling kita sekiranya kita x langsung usaha untuk mengubah perkara x baik kepada lebih baik.


~sabda nabi" Apabila seseorang mengelokkan sedekahnya ,nescaya ALLAH SWT akan menggelokkan waris pusakanya"

Pada kefahaman kami,ALLAH akan membaikkan waris yang mampu menjaga harta si mati saat selepas pemergiaannya sekiranya masa hidupnya dipenuh dengan sedekah yanga elok-elok.Sekiranya si mati seorang yang bakhil dan x elok pula sedekahnya,dgn kehendak ALLAH juga warisnya akan menjolikan hartanya dalam ms yg singkat setelah bersusah payah si mati menimbun harta...

~sabda nabi bermaksud" tiap-tiap manusia akan diletak dibawah naungan sedekahnya ,di masyhar hingga selesai semua kes antara sesama manusia"
....nauzubillah...sdgkan panas di duniapun kdg-kdg boleh membakar,inikan pula apabila matahari sejengkal di kepala...ampuni dosa kami ,YA ALLAH...


~org yg sebenar miskin itu adalah yang tidak mengadu hal kemiskinannya kerana sifat malunya dan menjaga harga dirinya disisi ALLAH.Tangan yg memberi lebih baik dari tangn yg menerima.Tetapi harus ingat,sebagai manusia,sentiasa mengambil tahu kesusahan saudara adalah perkara yang baik sekiranya tidak bertujuan mengaibkannya.jika tidak mampu kembali kepada point kedua,berinteraksi dengan baik,insya ALLAh,kata-kata yang baik bagai air yang tenang mengalir membasuh kedukaan.

Sebagai peringatan sebelum saya menangguhkan nukilan saya kali ini, belajarlah bersedekah walaupun kita perlu berkongsi makanan yang sedikit.Insya ALLAH diberkati ALLAH...ayok,kawanku,kita upgrade iman kita...~.~

Saturday, November 15, 2008

Assalamualaikum w.b.t.

Ini merupakan kali pertama saya mencoretkan kata-kata di blog ini.Cukuplah diri ini dikenali sebagai Aisyah.Doakan saya agar mampu terus istiqamah dalam perjuangan ini walaupun sentiasa sibuk dengan dunia yang hanya sementara ini.

Kenapa Aisyah?Bagi yang mengenali diri ini ,sudah tentu mengetahui nama sebenar saya bukanlah aisyah.Aisyah, kedengaran tenang dan damai di telinga saya kali pertama seorang sahabat silap menegur dengan nama tersebut (semoga dirinya sentiasa dalam pelukan kasih sayang ALLAH).Terlintas pengetahuan tentang aisyah,antara tiga wanita utama yang paling di sayangi nabi.Antara wanita-wanita tersebut ialah Saidatina Khadijah,Saidatina Aisyah dan Saidatina Fatimah.Namun saya bukan sehebat isteri nabi, dan sampai bila-bila tidak akan jadi sehebat beliau .Cukup sekadar meneliti kehidupan, ilmu dan amal beliau,dengan sedaya kudrat hamba, saya laksanakan dan dengan izin ALLAH saya akan terus memperbaiki diri.

Aisyah bermaksud hidup bahagia.Sebagai manusia, siapa tidak ingin hidup bahagia, namun definisi kebahagian itu sendiri adalah subjektif bergantung dengan individu itu sendiri.Namun kebahagian sebenar seorang hamba adalah apabila terlerai hijab antara dirinya dan Sang Pencipta.Ya ALLAH, intimkan hati kami dengan cinta-MU, agar hilang beban kami dengan cinta dunia.Bukan bermaksud meninggalkan urusan dunia menjadi janji teguh sampai di syurga,namun hubungan baik dengan manusia juga bukti ikhlas dan sabar dalam merai cinta ALLAH.Islam itu sempurna,itu yang saya temui kali pertama dan hingga selamanya.Insya ALLAh.Itu punca kebahagiaan yang sebenarnya.

Bukan mudah menongkah arus, lebih-lebih lagi di bumi yang bilangan gerejanya lebih banyak berbanding dengan masjidnya.Memulakan rentak untuk perubahan besar dalam hidup,memerlukan pergorbanan besar.Namun naluri hamba kuat membentak hati agar berubah,berubah dan mengikut jalan ALLAH.Alhamdulillah..sedikit bata-bata keberanian itu saya bina membentuk tembok Islam dalam diri.Moga-moga sentiasa diteguhkan oleh Pemilik hati ini.Terima kasih kepada insan-insan yang hadir dalam hidup ini yang mencetuskan kesedaran yang diri ini hamba ALLAH dengan kemahuan dari-Nya juga.



"ISLAM bermula dalam keadaan dagang, ia akan kembali dagang. Beruntunglah orang yang berpegang dengan ISLAM ketika ia dagang"
-Riwayat Muslim-


Setiap kali meneliti hadis diatas,saya merasatenang.Itu kebahagiaan dan keyakinan saya temui untuk melangkah terus dan sesekali menoleh untuk menginsafi kejahilan yang lepas.Namun, kesedihan tetap bertamu di hati apabila melihat saudara seagama ,terutamanya di tempat saya tinggal ,masih kurang penghayatan Islamnya.Bukan bermaksud diri ini pandai segalanya tentang agama ,namun perasaan selamat dalam kasih sayang ILLAHI itu,amat meyakinkan diri tiada siapa yang sanggup melepaskannya apabila sudah merasa kemanisannya.Setiap keluhan,kepayahan dan masalah terubat dengan kasih ILLAHI.Sungguh saya amat inginkan orang yang disekeliling saya merasa nikmat itu.

Sampai di sini pengenalan yang saya mampu coretkan bagi post pertama...Semoga usaha-usaha kita sebagai umat Islam berdakwah dengan cara yang kita mampu diberkati ALLAH.

"Umat Islam harus jadi seperti air ,walaupun disekat alirannya, air akan cuba mencari aliran keluar walaupun hanya menitis dengan titisan kecil atau zarah-zarah halus di udara"...Ingat temanku,sentiasa ada cara untuk kita berubah ke arah kebaikan...ameen...


Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP