Assalamualaikum w.b.t.
Ini merupakan kali pertama saya mencoretkan kata-kata di blog ini.Cukuplah diri ini dikenali sebagai Aisyah.Doakan saya agar mampu terus istiqamah dalam perjuangan ini walaupun sentiasa sibuk dengan dunia yang hanya sementara ini.
Kenapa Aisyah?Bagi yang mengenali diri ini ,sudah tentu mengetahui nama sebenar saya bukanlah aisyah.Aisyah, kedengaran tenang dan damai di telinga saya kali pertama seorang sahabat silap menegur dengan nama tersebut (semoga dirinya sentiasa dalam pelukan kasih sayang ALLAH).Terlintas pengetahuan tentang aisyah,antara tiga wanita utama yang paling di sayangi nabi.Antara wanita-wanita tersebut ialah Saidatina Khadijah,Saidatina Aisyah dan Saidatina Fatimah.Namun saya bukan sehebat isteri nabi, dan sampai bila-bila tidak akan jadi sehebat beliau .Cukup sekadar meneliti kehidupan, ilmu dan amal beliau,dengan sedaya kudrat hamba, saya laksanakan dan dengan izin ALLAH saya akan terus memperbaiki diri.
Aisyah bermaksud hidup bahagia.Sebagai manusia, siapa tidak ingin hidup bahagia, namun definisi kebahagian itu sendiri adalah subjektif bergantung dengan individu itu sendiri.Namun kebahagian sebenar seorang hamba adalah apabila terlerai hijab antara dirinya dan Sang Pencipta.Ya ALLAH, intimkan hati kami dengan cinta-MU, agar hilang beban kami dengan cinta dunia.Bukan bermaksud meninggalkan urusan dunia menjadi janji teguh sampai di syurga,namun hubungan baik dengan manusia juga bukti ikhlas dan sabar dalam merai cinta ALLAH.Islam itu sempurna,itu yang saya temui kali pertama dan hingga selamanya.Insya ALLAh.Itu punca kebahagiaan yang sebenarnya.
Bukan mudah menongkah arus, lebih-lebih lagi di bumi yang bilangan gerejanya lebih banyak berbanding dengan masjidnya.Memulakan rentak untuk perubahan besar dalam hidup,memerlukan pergorbanan besar.Namun naluri hamba kuat membentak hati agar berubah,berubah dan mengikut jalan ALLAH.Alhamdulillah..sedikit bata-bata keberanian itu saya bina membentuk tembok Islam dalam diri.Moga-moga sentiasa diteguhkan oleh Pemilik hati ini.Terima kasih kepada insan-insan yang hadir dalam hidup ini yang mencetuskan kesedaran yang diri ini hamba ALLAH dengan kemahuan dari-Nya juga.
"ISLAM bermula dalam keadaan dagang, ia akan kembali dagang. Beruntunglah orang yang berpegang dengan ISLAM ketika ia dagang"
-Riwayat Muslim-
Sampai di sini pengenalan yang saya mampu coretkan bagi post pertama...Semoga usaha-usaha kita sebagai umat Islam berdakwah dengan cara yang kita mampu diberkati ALLAH.
"Umat Islam harus jadi seperti air ,walaupun disekat alirannya, air akan cuba mencari aliran keluar walaupun hanya menitis dengan titisan kecil atau zarah-zarah halus di udara"...Ingat temanku,sentiasa ada cara untuk kita berubah ke arah kebaikan...ameen...
0 comments:
Post a Comment